30 December 2010

Hepi2..

Assalamualaikum.. wah, ceria2 semua pagi nie yea.. hehe.. maklumlah esok CUTI beb!! yahooo!!! aku pun tumpang hepi giler.. da lama menantikan saat2 cuti free camni.. haha..

Aku perasan ari ni n sejak mlm td lg, kebanyakan rakyat MALAYSIA dok heboh psl bola.. especially AFF Suzuki Cup nie.. sana sini citer pasal benda ni.. x kira la, dlm facebook ke, twitter ke, blog ke paper ke n mana2 je la.. hatta kat opis sekalipun... bola, bola n bola.. wuish, sgt2 dashyat wooo..



Apapun, b'kalung2 tahniah n syabas la aku ucapkan kpd wira2 negara kita atau lebih dikenali sbg team HARIMAU MALAYA, yg telah b'tungkus lumus membaham si GARUDA aka Indonesia mlm td.. tanpa jerih perih usaha dari kalian, tdk la kami semua rakyat MALAYSIA m'dapat CUTI FREE esok hari.. hahaha..



Terima kasih - 3x (curi trademark HAFIZAL HAMAD) kpd semua la yg t'libat dgn game mlm td.. bkn hanya kesebelasan utama yg diturunkan bahkan jurulatih, pegawai pasukan dan mereka yg telah banyak menabur jasa utk kebangkitan skuad Harimau Malaya ini.. Jua b'terima kasih lah kpd diri kita sendiri kerana terus setia menyokong pasukan negara.. sokongan kita semua sgt b'makna buat mereka...

Apa yg penting, sukan bola sepak kita sudah semakin maju ke hadapan.. dan kita sbg rakyat Malaysia harus sgt2 berbangga dgn nya.. tahniah sekali lagi..

Eh, dlm sibuk2 baca cerita psl bola, t'lihat lak benda ni..



x nampak??? tgk yg ni..

Amacam?? BANGGA lagiiiiiii... hahaha.. pemain MU nie...


p/s : Keeper kita tu, KHAIRUL FAHMI (bdk sebaya aku) da jadi insan femes 2,3 menjak nie.. apa taknya, dlm dia punye fanpage fb saja,da mencecah 100,000 fan setakat ni.. wah, kalah artis, kakaka... tahniah APEK!!!ambo respek dgn demo..

Jgn lupa, ESOK CUTIIIIIII!!!!! yahoooo!!!



28 December 2010

Saya Blogger Kelantan

Wah, jalan2 kat blog org td, t’jumpa la something yg menarik kat blog nie... Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri.. hmm, aku pun apa lagi, terus la m’joinkan diri, hehe..

Benda ni nak kata contest pun bukan, nak kata teka silangkata pun bukan.. nak kata teka-teki sah2 la bukan.. ntah org panggil hapa nie.. tp bagi aku, benda ni lebih kurang cam something yang nak m’perkenalkan diri kita or blog kita or negeri kita and apa2 je la b’kenaan dgn diri kita.. mcm tu la lebih kurang modus operandi dia wat benda nie.. tp menarik la gak kan.. bila ramai2 join.. geng2 negeri.. leh kenal2.. erat2 ukhuwah.. cee..

Memandangkan tajuk entry aku ni da jelas t’pampang “saya blogger kelantan”, so korang da boleh agak la aku org negeri mana kan.. x perlu la nak diberitahu lagi n da tiada rahsia lagi antara kita, cewah... ah, melalut pjg la plk, jom blogger2 sekalian, b’kenal2 mesra dgn kawe.. keh3

Ini dia Negeriku, KELANTAN DARUL NAIM..

Nama??? nama aku_tiewa (bkn nama sebenar) hehe.. nama aku misz nuriz sebenarnya.. nuriz apa??? pandai2 la korang tambah sendiri.. tu je yg aku nak bagitaw.. maklumlah dia nak nama glemer je kan.. kekeke..

Status??? kalau belum kawin org panggil apa ek??? bujang ke single ek???? hah, tu la kot jawapan dia..

Nak contact aku??? hah, pegi la kat web facebook tu, cari la nama misz nuriz.. klu ada, ada la.. klu xde nk wat camne kan.. kakaka... twitter pun ada, tp x aktif pun, x yah la susah2 nak add eh.. lagipun, aku lebih suka b’FB je..

Daerah/jajahan??? ha, ni ambo nok oyak nie.. ambo ni ore MACHE.. mache gapo??mache2.. kekeke.. mache la aka nama femes dia MACHANG..

Sila rujuk peta yea, nanti sesat.. ^^

Tempat tinggal??? umah ambo ko?? hmm, gini la, kalu kat mache ni, ambo duduk di kg hok atas sikit pado Batu 23 n bawah sikit pado Pulai Chondong, yo lo ko??? teko kg gapo??? ah, lantaklah betul ko dok... lalalala..

Tempat yg menarik di tempat anda??? hmm.. mache ado gapo eh??? ha, ada tempat2 camni..

Hutan Lipur Bukit Bakar

Kolam Air Panas

Hutan Lipur Jeram Linang

Dan b'mcm2 lagi la, bukan setakat kat Machang tp seluruh negeri Kelantan Darul Naim nie.. pegi la eh.. cuti2 Malaysia org kata..

So, tu je la sesi taaruf kita kali nie.. hehe.. sebelum aku undur diri, nak menyeru la kat blogger2 ni, sesapa yg rasa rajin nak join, meh la join.. sila2 jgn malu jgn segan klik kat web di atas yea.. tp sebelum wat entry psl ni tu, baca dulu syarat2 dia.. ada syarat2 jgk taw.. jgn main terjah je.. hehe

k, la.. wassalam..

p/s : ambo banggo jadi anok kelate we.. ^^

27 December 2010

Berakhir jua..

Assalamualaikum semua.. hmm, baru ku perasan, blog ni da lama x update upenye.. keh3.. sori yea, buzy sket.. biasa la..

Ha, mesti ari ni ramai blogger2 and reporter2 newspaper dok tulis pasal bola kan??? ki3.. da agak da.. maklumlah Malaysia menang besar smlm.. 3-0 tu..


Ari ni aku bkn nak citer psl bola pun.. juz nak fokuskan kpd kesinambungan entry di bawah ni je.. hehe.. sila2 lihat entry di bawah dulu baru anda mengerti..

Hmm, semua da sedia maklum, program feveret aku, x lain x bukan, IDOLA KECIL da melabuhkan tirainya utk musim ke-3 ari sabtu ari tu.. so dgn itu, lahirlah juara baru menyambung tradisi senarai juara2 t'dahulu yg dibarisi oleh WADA dan DAYANA..



Aku malas nak tulis panjang2 sebenarnya.. So, utk memendekkan cerita, sekalung tahniahlah aku ucapkan kepada para pemenang, iaitu adik HARRIS yang telah b'jaya dinobatkan sebagai juara IK3, adik PUTERI yang m'dapat tempat kedua dan adik BALQIS, org Ganu kiter yg cute tu m'dapat tempat ketiga..

Adik Harris



Adik Puteri


Adik Balqis

Syabas kpd semua.. sememangnya usaha mereka selama ini m'buahkan hasil.. TAHNIAH!!! Kepada penonton2 setia program ni, sama2 la kita tunggu musim seterusnya yea.. hehe...

p/s : suka bila dpt lihat peserta feveret, adiba n farra kat atas pentas.. t'ubat rindu akhirnya.. kekeke..^^


19 December 2010

Idola Kecilku da t'singkir..mood sedey..

Aduhai... aku pun x taw nape.. walaupun usia aku da 20-an, tp aku sgt2 meminati program feveret bebudak sekolah, IDOLA KECIL... he3.. mungkin sifat kebudak2an tu masih melekat dlm diri aku kot... Hmm.. aku mula tgk Idola Kecil ni pd musim pertama ag.. masa tu, x tgk live pun.. juz ulangan je.. time tu, pengacara dia, Zizan Raja Lawak.. bagi aku, x sesuai langsung dia jadi pengacara program ni.. sbb paham2 je la, dia ni suka wat lawak kan.. program ni lak, program nyanyian.. & kadang2 perlukan situasi yg serius especially time nak umum penyingkiran.. tp, bila pengacara pun da lawak, bayangkanlah camne??? kah3...

Bila da tgk musim p'tama tu, da tentu la aku x lepaskan peluang utk tgk musim kedua lak kan.. pengacara dia pun da b'tukar.. kali ni, Aliff Sattar la plk.. hmm, ok la.. tgk musim kali ni, mmg aku da jatuh minat la dgn program nie.. boleh dikatakan, tiap2 minggu aku tunggu siarannya.. dgn kata lain, setiap sabtu mlm, jam 9, pasti aku da t'pacak kat dpn tv semata2 nak tgk Idola Kecil.. Masa tu, da siap ada idola kecil feveret la.. hehe.. & adik itu x lain x bukan, fienaz n dayana.. bila tang fienaz t'singkir tu, uishh.. sedey giler beb.. tgk dak2 AF t'singkir pun x camni... tp, mujurlah Dayana menang.. t'ubatlah jgk kedukaan tu.. hik3..

Dayana n Fienaz Idola Kecil 2


Fienaz, Arill n Dayana

Ha, musim ketiga ni mmg excited sgt2 la nak tgk.. mmg da lama t'tunggu pun.. Mula2, masa tgk konsert first, tu minat kat adik nie, Adiba nama dia.. wuish, t'pikat betul dgr suara dia.. da la suara serak2 basah, nyanyi lak lagu ella.. mmg perfect la.. konsert kedua n ketiga tu, kena g kursus lak.. adoi, kacau daun betul.. t'lepas la tgk.. tgk konsert yg ke-4 tu, rasa cam pelik je, sbb adiba xde.. so, tak puas ati la nie.. tanya la member yg sorang tu.. yg juga penggemar program ni.. dia cakap, adiba da t'singkir.. hadoii mak, sedey siot.. baru je nak minat..

Yeahhhh!!! Adiba.. rockkkk!!!

Hmm, lepas tu, t'paksa la minat kat org lain lak.. ceee.. mcm korang la, minat dak2 AF.. aku minat Idola Kecil je.. hu2.. tgk konsert seterusnya tu, t'pikat lak ngan suara adik Farra nie.. suara pun lebih kurang suara Adiba gak.. serak2 basah.. so, semangat la ni tgk.. tiap2 minggu sokong Adiba.. tp yg sedeynya, tgk semalam punye konsert yakni konsert semifinal, Farra la plk t'singkir dgn 2 org peserta ag.. Adooii.. b'tambah2 sedih la diri ini.. hmm, ingatkan dpt la dia g final.. tp x kesampaian jgk..

Adik Farra..


Adiba n Farra (peserta feveret), dua2 da meninggalkan pentas Idola Kecil 3, huk3...

Nak wat camne kan, keputusan semuanya di tangan juri.. kalau guna undian SMS lain cerita la.. ni keputusan juri 100%.. tp kdg2 rasa cam x adil jgk bila juri diberi hak sepenuhnya m'buat keputusan.. tgk cam musim2 lepas, yg sepatutnya keluar x keluar n yg sepatutnya x keluar tu keluar.. camne tu?? mmg la juri tu profesional.. diorang lebih mahir dan tahu siapa yg lebih layak & x layak.. lagipun diorang ada kat situ, boleh nilai di mana kekurangan n kelemahan peserta.. tp kdg2 ketidakadilan tu b'laku jgk.. mungkin sesetengah pihak b'anggapan, ala, peserta yg dia minat keluar, mmg la dia rasa x puas ati kan.. cuba peserta feveret dia tu boleh g final dah tu menang plk, x kan adanya rasa ketidakpuasan ati tu.. ha, mesti ada suara2 sumbang yg melafazkan dialog camni kan.. tp, betul la.. ni pun salah satu sbb jgk.. tp dr sudut pemerhatian aku, sbg peminat setia program ni, ternyata b'laku ketidakadilan di situ.. mmg aku x nafikannya..

Ntah la, x taw nak cakap apa..tp bila tgk facebook bdk2 idola kecil 3 ni, mmg ramai la sependapat dgn aku.. hehe.. tp xpe la, nak wat camne.. mungkin nasib x menyebelahi adik2 kita yg x boleh pegi final ni.. especially farra la.. sabarlah yea dik, jgn sedey2.. adat program realiti camni la.. ada yg t'singkir, ada yg x.. teruskan p'juangan la yea.. adik2 sume masih muda.. p'jalanan hidup masih jauh.. so, jgn putus asa... lain musim cuba lagi.. hehe.. n kpd peserta yg bole g final minggu dpn tu, buatlah yg t'baik.. x sabar rasanya nak tgk juara baru IDOLA KECIL bg musim yg ketiga nie.. sapa la yg bertuah tu yea??? sama2 la kita nantikan...


Jangan lupa yea!!! ^^

17 December 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah..

Best ke citer nie?? aku x tgk ag nie.. tp, menurut citer org yg da tgk, citer ni boleh tahan la kelakarnya.. maklumlah, citer bro Mamat Khalid kan..

Hmm, aku sebenarnya bkn suka sgt tgk citer2 nie semua.. kdg2 je kalau aku layan pun.. dah tu, kalau layan pun citer2 yg b'genre camni la.. yg ada komedi2 n santai2 camni, ha.. memang aku b'minat sgt2 nak tgk.. best woo layan citer camni.. boleh gelak2.. sekurang2nya, mampu la kurangkan stress.. yea dak??

Aku ingat ag, citer Zombi Kampung Pisang bro Mamat Khalid ni, yg b'kali2 ditayang kat astro especially time raya, mmg layan la.. tgk la b'kali2 pun, tetap x boring punya.. perasaan nak gelak tu tetap ada.. mmg lawak sgt2.. yg paling x tahan bila tang si zombie2 tu sume dok sebut "OTAK" "OTAK".. Kah3..



Tp, tu citer Zombie, citer Hantu Kak Limah Balik Rumah ni pulak adalah kesinambungan drpd citer tu.. ha, mesti menarik kan.. nie ada info mengenai citer nie..


Pengarah : Mamat Khalid

Penulis & Lakon Layar : Mamat Khalid
Penerbit : Gayatri Su-Lin
Cerita Asal : Mamat Khalid
Pengarah Fotografi : Helmi Yusof
Pengarah Seni : Nazrul Asraff
Penyunting : Zappa Khalid
Syarikat Penerbit : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Fiksyen, Komedi, Seram, Misteri
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 09 Disember 2010Durasi : 100 min
Audio : Stereo
Format : 35mm

Pelakon dan Watak :

Awie sebagai Hussein
Man Kadir sebagai Pak Jabit
Zami Ismail sebagai Pak Abu
Johan Raja Lawak sebagai Abi Hurairah
Ummi Nazeera sebagai Cik Nin (Pelakon Utama)
Pekin sebagai Musalman
Shoffi Jikan sebagai Wak Joko
Avaa Vanja sebagai Ayu
Nadia Mustafar sebagai Nadia Mustafar

Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah :

Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,

Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.

Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah'.



So, tunggu apa lagi kwn2, pegilah menonton di pawagam2 berhampiran anda yea.. hehe.. citer ni da lama da kuar sebenarnya, cuma aku je baru ada hati nak menulis pasal nie.. hihi.. Selamat Menonton.. ^^

14 December 2010

Biar Berjauhan...

Hari ni, aku nak sajikan korang dengan lirik lagu dari Kumpulan Kapilla ni.. Lagu yang sangat-sangat jiwang.. Lagu yang penuh dengan kenangan.. kerana, lagu ini MENGINGATKAN aku kepada seseorang... yea!! SESEORANG... Dan tatkala mendengar lagu ni, fikiranku akan menerawang jauh mengingati kisah-kisah lama.. yang dah bertahun-tahun ku tinggalkan.. kisah-kisah manis yang akhirnya menguntum menjadi sebuah kenangan.. kenangan-kenangan indah yang akan terus kukenang.. buat SELAMA-LAMANYA... ^^

Biar Berjauhan

Biar menjauh dari menghampiri
Agar tak berulang kelukaan hati
Biarlah putus tak bersambung lagi
Andai diingati sedih pun kembali

Tak perlu berkirim salam
Tak perlu bertanya khabar
Tak perlu mengambil hati memujuk hati ini

Dan bila ku berhadapan teringat kenangan silam
Yang menghiris perasaan lama terpendam
Rasanya sudah terlewat untuk ku terima tiap kekesalan
Walau berbagai caramu tapi ternyatalah sia-sia saja

Biarlah aku dgn caraku
Selama ini tidak kau peduli
Sedari dulu tidak sedikit pun
Aku terima kasih dan sayangmu

Biarlah aku dgn caraku
Selama ini tidak kau peduli
Sedari dulu tidak sedikit pun
Aku terima kasih dan sayangmu

Biar menjauh dari menghampiri
Agar tak berulang kelukaan hati
Biarlah putus tak bersambung lagi
Andai diingati sedih pun kembali
 

p/s : dan saat ini, aku sedang merindui kenangan2 itu....
 

09 December 2010

Tuhan..

Ku dedikasikan lirik ini kpd semua.. salah satu lagu feveret aku dari Kumpulan Wali Band.. lagu yg kukira sgt indah & menyentuh jiwa.. terimalah..

Tuhan 

Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Kuangkat tanganku
Kulafazkan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan

Tuhan lihatlah aku
Kuberserah kepadaMu
Kuletakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku

Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
Tuk nanti tiba akhiratku

Tuhan lihatlah aku
Ku berserah kepadaMu
Ku letakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku

Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
Tuk nanti tiba akhiratku

Berapa nikmat yang t’lah Kau beri
Berapa yang t’lah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu

Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
Tuk nanti tiba akhiratku



06 December 2010

Salam Maal Hijrah..

Assalamualaikum..

Tahun baru akan menjelma lagi.. Sedar x sedar, kita kini berada di penghujung tahun masihi dan awal hijrah.. Sudah setahun kita menjalani kehidupan dan setahun juga telah kita jalani usia kita.. Sejam, sehari, seminggu, sebulan dan setahun sudah berlalu tanpa terasa peredarannya...


Berada di penghujung tahun masihi dan awal hijrah ini, luangkanlah sedikit masa kita dgn b'muhasabah diri sepanjang setahun kita m'jalani kehidupan ini.. Seorang penceramah dalam salah sebuah programnya pernah b'kata, "Kita sekarang sebenarnya merasa bangga kerana tdk melakukan dosa besar dgn mengenepikan dosa-dosa kecil yang berterusan kita lakukan.. Umpama, kita takut dan menutup pintu jika ada harimau di hadapan rumah tetapi kita biarkan pintu terbuka dan tdk kisah nyamuk masuk ke dalam rumah..

Bayangkanlah, dlm sebulan berapa ramai manusia mati krn dibaham harimau? Dan berapa ramai pula yg mati krn gigitan nyamuk? Itu perumpamaan yang Allah utuskan kpd kita utk tdk meremehkan perkara kecil yakni (dosa kecil) yg jika dilakukan berterusan akibatnya diumpama menyamai melakukan dosa besar (dosa kecil yang terkumpul boleh menjadi dosa besar)"...

Jika direnungkan, pelbagai peristiwa telah kita lalui sepanjang tahun ini.. ada yg m'bawa suka dan ada juga yg m'bawa duka.. Bagi yang menghadapi musibah, diharapkan agar terus bersabar dan redha dengan apa yang berlaku.. Bagi yang memperolehi kebahagian dan kejayaan dalam hidup, b'syukurlah krn terus dilimpahi rahmat dari Yang Maha Kuasa... Sebagai hamba, perjalanan hidup kita ditentukan oleh-Nya.. Ditimpa musibah bukan bermakna Dia membenci kita, bahkan Dia ingin menguji tingkat keimanan kita, begitu juga sebaliknya.. Sesungguhnya hanya Dia mengetahui segala yang tersembunyi dan semoga kita termasuk dalam golongan hamba-Nya yang beriman...

Semoga Tahun Baru 1432 Hijrah dan Tahun 2011 masihi ini bisa menambahkan lagi keimanan kita dan kita dapat melipat gandakan lagi amalan kita seterusnya m'beri makna yg mendalam dlm hidup kita.. Ingatlah wahai sahabat, diari lama kita akan naik ke langit untuk ditutup dan dihitung... Kini hanya menunggu detik lembaran diari baru yg akan bermula tdk lama lagi... Mudah-mudahan, catatan pertama diari kita tertulis dengan perkara-perkara kebaikan.. INSYA-ALLAH, amin......


04 December 2010

Too much of technology..

Bila da t'lalu banyak teknologi, cam ni la jadinya...

Habis, kalau da sume org guna credit card, camne la nasib diorang nie yea..



Kah3.. ada ke patut nak suruh anta pizza melalui emel.. gambar pizza boleh la... kah3


Maju2.. dok dlm hutan pun ada hotmail tu...


Kalau cam tu , kena wat 5 mouse button la nampak gayanya...


Nak mintak tolong pun guna shortcut key.. mmg canggih betul la.. adoiiii...


Ha, ni kalau anak tanya apa2, jgn bagitaw nama saja taw.. bagi password sekali.. senang diorang nak log in nanti.. kah3

01 December 2010

Hepi first anniversary..

Alhamdulillah.. pada tarikh ari nie, 1 Disember 2010, genaplah SETAHUN aku b'gelar seorang penjawat awam.. Alhamdulillah syukur sgt2...

Hmm, mungkin pada pandangan sesetengah org, tempoh setahun nie bkn lah satu tempoh yg lama.. tempoh ni masih dianggap tempoh yg mentah.. ibarat kalau nak m'didihkan air, baru je setengah cerek yg panas.. x sempat lagi nak m'gelegak.. sesuai sgt la ia dikaitkan dgn kata2 "baru setahun jagung".. yakni, tempoh yg sgt2 singkat.. yg belum layak lagi utk dibangga2kan atau diwar2kan jika nak dibandingkan dgn tempoh p'khidmatan penjawat2 awam lain yg da m'capai usia b'puluh2 tahun p'khidmatan...


Tp lantaklah.. tu hal diorang.. lagipun x t'detik langsung niat di hati ini nak b'sifat sedemikian.. pentingkah sume tu??? bukankah merugikan diri sendiri je semata2.. sememangnya, aku tetap tegas dgn kata2ku.. "aku juga seperti kamu.. hanya insan biasa.. jadi, tiada apa yg nak dibanggakan dgn dunia... " yes!! kata2 yg sering m'bangkitkan semangat dlm diriku... kata2 yg sentiasa aku pegang walau dlm apa jua keadaan sekalipun...

Tempoh setahun walaupun singkat sgt m'beri makna yg besar kepadaku... yea, m'beri b'macam2 makna kehidupan.. yg memaksa daya fikirku m'cari jawapan kpd pelbagai p'soalan... persoalan yg kdg2 aku b'daya m'jawabnya.. & kdg2 aku t'paksa m'biarkannya b'lalu tanpa jawapan..

Hmm.. betul la apa yg dikata.. pengalaman sedikit sebanyak mematangkan fikiran seorang manusia... dlm tempoh setahun ni, aku dpt belajar byk perkara...
dan fokusku kali ini semestinya di alam pekerjaan.. krn dari sedekad ke sedekad, aku melalui situasi yg b'beza... aku m'harungi suasana yg pelbagai... dari sekecil tadika.. kpd peringkat sekolah rendah kemudiannya ke menengah disusuli dgn ipt.. semua ini m'beriku pengalaman yg b'beza... tdk sama....

Dan kali ini, proses pembelajaranku pastinya lebih b'harga.. krn aku dilingkungi golongan2 yg terpelajar.. golongan yg mampu m'jadi pemimpin.. mampu m'jadi penyelesai kpd pelbagai permasalahan.. jua golongan yg mampu merancang & mengatur kehidupan rakyat.. semua ini adalah pelajaran t'mahal buatku.. yg takkan aku dpt sewenang2nya di tempat lain...

Dan bermula di sinilah, aku lebih mengerti apa itu perjalanan hidup sebenarnya.. especially, b'kaitan kehidupan seorang manusia.. jatuh bangunnya.. sifat & personalitinya.. kehendak & kemahuannya.. jua kelemahan & kekurangannya... semua ini bagaikan b'satu dlm diri setiap manusia... mungkin dlm tempoh sesingkat ini, t'lalu sedikit yg aku perolehi.. aku x nafikannya.. tp, bila dibilang hari demi hari, t'nyata semua ini sudah cukup m'beriku suatu gambaran t'tentu... gambaran yg aku sematkan di hati jika ianya m'beri kebaikan & akan ku buangnya jauh2 jika sebaliknya..

Apalah ertinya pengalaman jika kita tdk mengambil pengajaran darinya..??? tak b'makna apa2 bukan??? dan semua ini dapat aku belajar dlm tempoh yg sering saja kita tafsirkan sbg "SINGKAT" itu tadi... apa yg penting sebenarnya, bukanlah tempoh masa, tp something yg kita dapat dlm tempoh t'sebut... benda ni sudah sering didedahkan kpd kita.. tp, berapa kerat je yg mengambil pengajaran darinya..??? terlalu sedikit!! tu pun hanyalah dari golongan yg benar2 ingin merubah kehidupannya ke arah yg lebih baik.. tdk kah kita mahu t'golong dlm golongan ini??? renung2kanlah!!!


p/s : ku b'syukur padaMu Tuhan atas rezeki ini.. semoga aku dan rakan2 akan lebih maju jaya lagi selepas ini.. amin..


30 November 2010

Demam..

Salam.. sori sume eh.. x boleh nak update blog ag.. ingatkan nak citer psl kursus ari tu tp xpe la.. cancel la dulu.. coz 2,3 menjak ni, selalu je x sihat.. keadaan kesihatan sekarang nie mmg sgt2 t'ganggu..

Baru je nak baek dari demam pas raya aji ari tu, tiba2 demam balik lak 2,3 ari nie.. batuk pun x benti2 ag nie.. hmm, nak wat camne kan.. sakit ni bkn kita mintak... bahkan kita kena b'syukur kerana sakit nie la tanda bahawa Allah sayangkan kita.. Dia timpakan kita ujian nie utk tgk sejauh mana kesabaran kita.. nak uji kuatkah kita m'hadapi ujian darinya... so, tabahlah m'hadapinya..

Lagipun, bukankah kita da taw, bahawasanya sakit itu adalah penghapus dosa.. Ini t'bukti melalui hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang b'maksud :

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cobaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR. Bukhari-Muslim)

Sememangnya, semua orang pernah mengalami sakit.. Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit demam berat. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahwa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.

Dalam satu waktu, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda.“Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu mengikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)

So, renung2kanlah bersama...

p/s : doakan semoga kesihatanku semakin b'tambah baik yea.. amin.. ^_^

23 November 2010

Salam...

Da lama x update blog.. Sori eh semua, buzy sikit.. almaklumlah, baru pas raya kan.. rasa2nya, x t'lambat lagi utk aku ucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" kpd semua Muslimin Muslimat di seluruh dunia khususnya yg baru atau yg pernah m'jejakkan diri anda secara maya ke blog nie..hi3

Hmm, xde apa nak yg diceritakan pun sebenarnya.. minggu ni pun masih buzy.. buzy dengan kursus yg akan b'mula 25hb nie... x lama da tu, lusa da.. Hmm, dapat la aku mereleasekan tension sket selama 5 ari.. ok la kan, drpd t'peruk kat opis dgn keje yg b'lambak nie.. baek aku kuar mkn2 angin sambil cari2 ilmu.. ada gak faedahnya!!

Anyway, di kesempatan ni, aku nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK2 la kpd semua pengunjung & followers blog ni yg sudi singgah ke mari tak kira la sekadar utk up kan traffic semata2 ke, utk tinggalkan link ke, utk mengomen ke mahupun utk m'baca tulisan2 yg sekadar picisan ni atau apa jua alasan lain, tak kisahlah apa2 pun, yg penting anda pernah singgah ke http://akutiewa.blogspot.com/ ni, jutaan terima kasihlah daku ucapkan.. Sememangnya, KUNJUNGAN anda semua sgt2 sy hargai & sy dahulukan dgn ucapan terima kasih. sekian terima kasih. (eh, cam ayat surat je, ah lantaklah...hehe)

 

p/s : GUD LUCK n All THE BEST diucapkan kpd pelajar2 yg menduduki exam SPM b'mula ari nie especially buat my dear sis n sepupu,.. Semoga Allah m'permudahkan urusan kalian & seterusnya m'beri kejayaan yg cemerlang kpd kalian semua.. amin.. ^_^



12 November 2010

Dengar dulu...!!!

This could happen at work, home or anywhere else where people jump into conclusions and not listen first!!!



Good COMMUNICATION is the best solution for many of problems that we might face in our life!!!

09 November 2010

Alamak!!! terlebey sudaaa....

Waduh2.. apa yg harus aku lakukan??? bagaimana semua ini bisa t'jadi??? tdk pernah ku duga perkara seumpama ini t'jadi kepadaku...

Hari ini t'bongkarlah segala-galanya.. & saat ini, baruku tahu betapa OBESNYA BLOGKU.. huh!!

Tak percaya?? Ni buktinya!!


Tak pernah ku sangka, cempedak akhirnya jadi nangka jua.. nampaknya, blog ini telah berani melawan tokey.. sedangkan tuannya sendiri x cukup zat, dia dgn berani2nya m'bina berat.. ntah vitamin hapa yg dihadamnya, aku sendiri pun x taw...

Hmm.. sekarang, t'paksa la aku memikir.. benda apa la yg aku nak buang utk bagi dia slim balik ni.. kalau x bole slim pun, sekurang-kurangnya biar la ideal.. sbb menurut tuan punya mesin penimbang yg aku guna ari tu, nilai terbaik bagi saiz sesebuah blog tu adalah di bawah paras 100kb.. So, kalau da t'lebih ni, paham2 je la kan.. bkn apa, benda ni utk menyenangkan pengunjung blog kita jgk.. kalau da loading pun berejam2, x ke naik serabut kepala diorang??? x pasal2, niat murni nak ziarah-m'ziarahi t'batal gitu je.. kesian sungguh!!!

Takpe la.. nantilah aku pikir apa yg nak dibuang.. kalau korang b'minat nak jalankan aktiviti timbang-menimbang ni
jgk, bolehlah singgah sini yea.. free of charge je.. don't wori be hepi la.. x yah bayar walau b'kilo2 pun.. hehe.. SELAMAT MENIMBANG!!! aku doakan semoga result yg korang dapat baik2 saja.. dgn kata lain, ideal lagi seimbang (eh, sama maksud ke 2 perkataan ni?? ah, lantak la..) hik3...

07 November 2010

Percayalah..

Setiap orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan.. Semua tak terkecuali.. Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan atau musibah.. dan disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya...

Namun, jgn sekali-kali menyalahkan mereka.. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia.. ketidaksempurnaan pula adalah 'nama timangan' mereka..

Kitaran hidup ini perlu didalami.. jatuh bangunnya.. turun naiknya.. takdir dan karma.. 

Tentu kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".. Ini bukan kata-kata kosong yang palsu.. Ini adalah kata-kata yg perlu kita selami.. perlu kita hayati sedalam-dalamnya maksud t’sirat di sebaliknya..

Memang.. dugaan itu t’kadang berat utk ditempuhi.. sukar utk kita jalani.. namun, bersabarlah.. Walau b’tahun-tahun kita menangis pun, airmata itu tidak akan abadi.. ia pasti akan kering suatu masa nanti.. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.. sedangkan manusia tidak mengetahuinya...


31 October 2010

Tahniah The Red Warriors!!!

Yeah.. jawapan kpd entry di bawah da t'jawab.. Alhamdulillah syukur sgt2.. sekalung tahniah diucapkan kepada team THE RED WARRIORS krn b'jaya merangkul PIALA MALAYSIA bagi musim 2010 dgn menundukkan skuad rusa atau Negeri Sembilan 2-1 malam tadi..

Saya sbg salah seorang drpd jutaan penyokong skuad kijang ni t'amat2 rasa hepi n bangga sgt2 dgn kemenangan ini.. sememangnya, penantian kami rakyat jelata Negeri Cik Siti Wan Kembang selama b'musim2 akhirnya b'akhir jua pada tarikh keramat 30/10/2010.. Tahniah2!! x sia2 jgk sorakan dan kehadiran lautan merah yg membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.. Kehadiran & sokongan anda sedikit sebanyak menaikkan semangat pemain2 TRW... Tahniah jua kpd anda wahai penyokong2 setia..


Hmm.. tiada apa lagi yg hendak diperkatakan.. semuanya sudah t'jawab.. & biarlah kegembiraan ini terus diraikan t'utama buat anak2 Kelantan... Ditambah lagi dgn cuti peristiwa hari ini yg diberikan oleh Kerajaan Negeri sempena kemenangan ini pasti akan menambahkan keceriaan mereka..

So, kepada rakyat Kelantan yg b'ada di Kelantan khususnya, selamat b'gembira la atas kejayaan ini.. Maklumlah, rakyat Kelantan yg dok kat negeri lain mmg da cuti pun ari nie kecuali Kedah n Terengganu je.. he3.. tp, xpe la, anggaplah ini sbg satu p'hargaan kpd anda.. pastinya, PIALA MALAYSIA akan diarak ke seluruh Negeri Kelantan hari ini..yeah2.. !!! dan sememangnya, saya nak tegaskan di sini bahawasanya saya benar2 bangga m'jadi ANAK KELANTAN!!!


p/s : x sia2 jgk la b'sorak dpn tv semalam... hik3 ^_^

28 October 2010

Final Piala Malaysia 2010 : Siapa Juara???

Debaran kian terasa..
Pertarungan akan b'mula..
Dua pasukan berentap b'sama..
Untuk merebut gelaran juara!!



Yeah!! Piala Malaysia 2010 semakin hampir ke kemuncaknya menyaksikan ulangan team final musim lepas kembali b'temu bagi merebut kejuaraan menggondol Piala Malaysia..

Pasukan manakah yg akan b'gelar juara bagi musim ini??? adakah skuad rusa aka Negeri Sembilan akan m'pertahankan kejuaraannya pd musim yg lepas lantas menunjukkan kepada dunia bolasepak Malaysia bahawa merekalah team t'baik yg kebal & yg tdk pernah kalah menentang pihak lawan??



Atau adakah skuad kijang aka The Red Warriors aka Kelantan negeri tumpah airmataku akan m'balas dendam atas kekalahan mereka terdahulu lalu beraksi dgn cemerlang & menghadiahkan kemenangan meraih Piala Malaysia musim ini sbg hadiah t'istimewa kpd Tuanku Sultan Muhammad ke-V & seluruh rakyat jelata yg sentiasa m'berikan sokongan padu kpd team The Red Warriors selama ini???


Sama2lah kita nantikan keputusannya pada malam 30 Oktober ini.. So, penyokong2 The Red Warriors sekalian, apa ditunggu lagi, dapatkan tiket2 anda sekarang walaupun mahal...he3.. sememangnya sy sgt pasti, harga bukanlah ukuran bg anda.. apa yg penting, sokongan & kesetiaan anda kpd pasukan kesayangan anda tdk pernah b'belah bagi..!!!

Pastikan tsunami merah melanda Stadium Bukit Jalil pada malam sabtu ini... Biarlah negeri Kelate senyap n sunyi seketika... asalkan Bukit Jalil gegak b'gempita dgn sokongan kita!! haha.. Akhir kata, "GO MORE KELATE GO MORE!!!!


p/s : Sek2 Kelate tu, jange wat darat sgt gak kat stadium tu.. biarlah sejarah dulu x b'ulang lagi.. jagolah perlakuan anda.. jange dok nakal sgt gak.. kito oghe jurus kae.. biarlah ore luar respek kito etek.. mugo adat p'tandinge ado kaloh mene.. kito terimo joh la keputuse male tu nyo.. kalu mene gak mujur.. kalu kaloh gak, kito cubo lg taun depe.. ko guano sek demo?? wat kiro la lagu2 mano pun.. he3..

ambo tgk telebise dumoh jah.. hu3.. =)



~~Lalalalala~~

22 October 2010

Bayangkanlah...



senyum je laa...

14 October 2010

Hadith: Kesan Istighfar


Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:


“Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.(Riwayat Abu Daud)



HURAIAN


1.Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah S.A.W. sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum.

2.Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadanya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

3.Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai, seseorang itu hendaklah sentiasa memperbanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.



10 October 2010

10.10.10

Lawa kan tarikh ari nie??? hmm, selalunye kalau tarikh lawa2 camni, org selalu wat something yg istimewa.. yg boleh mengingatkan mereka kembali kpd suatu kenangan yg indah & membahagiakan... cewah!! ala, macam majlis kawin tu... hmm, tp bg aku, tarikh lawa camni, harus dibuat entry baru.. ki3..

Ari ni ada 2 pasangan yg aku tau akan kawin.. First, angkasawan negara, DATUK DR.SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR & pasangannya DR.HARLINA yg majlisnya juga kalau x silap aku, akan ditayang di TV3 mlm ni.. Perkahwinan Kayangan ke apa ntah nama dia.. tgk la kalau nak taw.. pukul 9 mlm ni yea.. jgn lupa tu.. (promot2)

Gambar Dr. Sheikh Muszaphar & pasangannya semasa majlis pertunangan tempoh hari

n sorang lagi, bekas peserta program realiti IMAM MUDA yg jgk merupakan senior aku masa zaman sekolah dulu.. sapa lagi, kalau bkn ABE SYARA atau nama sebenarnya, Sharafuddin bin Suaut.. yea, Abe Syara akan menamatkan zaman bujangnya dgn gadis pilihan hatinya, NIK FARA WAHAYU, yg b'asal dari Machang Kelate yg juga merupakan kg aku..hi3.. So, sapa2 yg b'dekatan or b'jauhan yg rasa nak hadir memeriahkan majlis Abe Syara ni, boleh la b'buat demikian yea.. sbb semua dijemput hadir kata admin fb dia.. nak taw alamat lengkap, sila klik di sini ok!!!

B'seri-seri muka Abe Syara nie ha, maklumlah nak jadi raja sehari kan.. =)

Apapun, aku ingin mengambil kesempatan la kat cni utk mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" kpd kedua2 pasangan ni khususnya n kpd semua yg akan b'gelar raja sehari pd hari ini.. semoga berbahagia sentiasa & ikatan yg dibina ini akan b'kekalan hingga ke akhir hayat.. amin.. =)


06 October 2010

Entry tersirat, kalau paham baca..

He3.. biasa la kan, nama blog pun tersurat n tersirat.. kekadang ada benda yg kita boleh suratkan n t'kadang juga ada benda yg kita boleh siratkan.. begitulah.. hanya masa yg menentukan segala-galanya.. hmm, sebenarnya ari nie, takde apa yg nak diceritakan pun.. episod semalam masih belum b'akhir.. sejarah masih belum bisa terukir.. krn, kisah itu masih berlarutan sehingga ke hari ini.. tidak ada perbezaan.. tiada apa perubahan.. suasana masih sama.. masih seperti dulu..

Ah, susahnya hidup.. bila kesalahan tdk diperjelaskan.. bila suasana ceria dipalit kesuraman dgn tiba2.. apakah ini adil?? bilakah semua ini akan berakhir??? bingung aku dibuatnya!!

Ya Tuhanku, bantulah hambaMu ini.. berilah aku kekuatan.. Sesungguhnya, tiada apa yg sgt aku harapkan, melainkan rahmat kasihMu.. tuntunilah aku m'harungi perjalanan duniawi ini..

p/s : kadang2, kata2 juga tdk dapat m'tafsirkan makna yea.. hik3




03 October 2010

Damai Bersama-Mu (Chrisye)

Aku Termenung Di Bawah Mentari
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya Kasih-Mu
Kurasakan Damainya Hatiku

Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya Pada-Mu Tuhan
Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia

Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu
Akan Kutempuh Semua Perjalanan
Agar Selalu Ada Dekat-Mu
Biar Kurasakan Lembutnya Kasih-Mu...



Related Posts with Thumbnails