15 December 2012

Suara hati sang jasad..

Di kegelapan malam
Sayu mencuit!
Lalu titis-titis hiba
Menterjemahkan rasa hati
Peritnya!

Dalam kesenduan itu
Jasad itu menyedari
Betapa selama ini
"Persinggahan Sementara" yang diberi
Merajai
Meracuni
Menyesatkan pelosok diri!

Ah! deraian itu semakin deras membasahi
Bagaikan cuba membersihkan kekelaman hati
Yang mewarnai jiwa sang abdi

Dengan nada pilu
Jasad itu bersuara
"Sungguh ku terasa jauh..."
Jauh!
Teramat jauh
Dari cinta hakiki

Dan jasad itu mula merayu
"Ku mohon dekatkanlah hati ini... "
Hapuskanlah jarak pemisah
Lenyapkanlah sempadan di tengah
Agar tiada lagi onak menghalangi
Perjalanan menuju kehidupan abadi

Semoga kembara kali ini
Akan lebih diberkati
Dan sentiasa berpaksi di jalan yang diredhai..
Mudah-mudahan...


04 December 2012

Tragedi 4 Disember!

Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan DISEMBER pun kan.. Hmmmmm sungguh pantas masa berlalu.. Dan hari ini tanggal 4 Disember mengingatkan aku kepada sebuah buku komsas yang aku paling suka baca zaman sekolah menengah dulu...
 
Bukunya bertajuk TRAGEDI 4 DISEMBER! Pernah dengar tak?? Hmm, kalau korang baya-baya aku dan sekolah kat Pantai Timur memang akan dibekalkan dengan buku komsas ni laa.. Almaklumlah, buku komsas kan lain-lain ikut negeri kan?
 
 
Actually, aku baru tahu je yang buku ni digarap berdasarkan  kisah benar.. Buta sejarah sangat kan?? kekeke.. Tapi aku memang tertarik dengan buku ni pun.. Seingat aku, banyak kali jugaklah aku ulang baca.. ceee buat macam novel pulak padahal buku teks sekolah je pun.. 
 
Buku ni menceritakan kejadian kapal terbang terhempas yang telah mengorbankan banyak nyawa yang betul-betul berlaku di negara kita suatu ketika dahulu.. Cuma adalah penulis ni ubah-ubah sikit takkan la nak citer sejibik sama macam kisah realiti tu kan.. Kalau dah cenggitu, kena buat buku sejarah la pulak...
 
Ok! Ni sinopsis buku neh..
 
Kamarul Azam meminta kebenaran daripada ayahnya, iaitu Encik Razali dan ibunya Puan Katijah untuk mengikuti perkhemahan di Tanjung Pangku, Johor. Dia dan beberapa anggota pengakap dan pandu puteri sekolah iaitu Razi, Zanawati, Lina Lim, dan Rendera mengikuti perkhemahan itu untuk mengambil Ujian Kelas Pertama Pengakap dan Pandu Puteri. Kebetulan pada hari itu, Encik Razali akan mengiringi Menteri Pertanian sebagai wartawan kehormat untuk rangka lawatan ke negeri-negeri di utara Semenanjung. Malangnya, kapal terbang yang dinaiki oleh Razali yang berlepas dari Lapangan Terbang Bayan Lepas telah dirampas oleh pengganas. DSP Yazid telah memaklumkan perampasan kapal terbang kepada isteri Encik Razali, iaitu Puan Katijah. Justeru itu, Puan Katijah bersama keluarga-keluarga penumpang lain telah ke Hotel Gentre untuk menunggu berita tentang kejadian tersebut.
 
Semasa aktiviti perkhemahan, Azam melihat kejadian kapal terbang meletup di udara. Dia tidak tahu bahawa ayahnya turut berada di dalam kapal terbang tersebut. Azam dan Razi yang mencuba pergi ke tempat kejadian itu telah diculik oleh beberapa lelaki bersenjata yang dipercayai terlibat dalam rampasan tersebut. Mereka menculik Azam dan Razi ke tengah laut lalu membiarkan motobot mereka karam.
 
Azam dan Razi hanyut di tengah laut hingga pengsan. Mereka kemudiannya diselamatkan oleh Pak Widodo Samsi, nelayan dari Pulau Rangsang, Sumatera Timur. Dengan bantuan Antik, anak Pak Widodo, Azam dan Razi berjaya pulang ke Johor. Azam dapat memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah arwah ayahnya. Azam berharap agar penjenayah yang merancang rampasan itu akan segera ditangkap.
 
Dan kepada sesiapa yang belum tahu atau teringin nak tahu pasal kejadian tersebut, boleh baca DI SINI yea.. Dah tu je, kbai!
 
p/s : Semoga sejarah tak akan berulang lagi....  
 
Related Posts with Thumbnails