Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

28 February 2014

Hati

Sukarnya mendidik hati..
Sukar sekali..
 
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati



31 December 2013

Di ambang tahun baru..

Beberapa jam saja lagi, kita akan melangkah ke tahun baru 2014.. meninggalkan 2013 yang telah setahun kita tempuhi.. coretan kisah suka duka.. nangis tawa.. yg dilakar selama 365 hari di tahun 2013 kini akan tinggal kenangan semata..

Semoga kehadiran tahun baru ini bisa membuka 1001 cerita bahagia yang lebih indah dalam kehidupan kita seterusnya... dan semoga kita sama-sama memperbaiki diri ke arah kehidupan yang lebih baik dan mendapat keredhaan Allah s.w t..

Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara cuma.. ambillah kesempatan untuk mencari bekalan berguna buat kehidupan yang kekal di sana.. bak bait lirik salah satu lagu nasyid "jadikanlah dunia landasan ke akhirat.. jangan jadikan ia matlamat kehidupan..."

Sekian.

Akhir kata, selamat tahun baru 2014!

27 January 2013

Coretan Pagi Ahad..

Selamat pagi! Rasa macam dah lama sangat tak menulis.. Ntah kenapa, fikiran aku sangat bercelaru 2, 3 menjak ni.. Dan aku sendiri tak pasti apa sebabnya dan kenapa aku begini.. Semuanya bercampur-baur.. Berkecamuk.. Serabut!

Rasa macam nak tenangkan jiwa di tempat yang sunyi.. Lapangkan fikiran.. Tak nak fikir apa-apa.. Nak biarkan otak kosong.. Segar.. Dan bebas dari belenggu masalah...

Hidup ni sangat complicated kan.. Lari sejauh mana pun, masalah sentiasa menghambat kita.. Bukan masalah je, kenangan, kesalahan dan sejarah lampau sentiasa memburu kita walau di mana saja kita berada... Cumanya, bergantung kepada diri kita sama ada bijak atau tidak untuk mencari jalan penyelesaian menyelesaikan dan melupakan semua itu..  

Apapun, ingatlah, jalan yang satu itu sentiasa terbentang luas.. Kembalilah ke jalan itu.. Nescaya kehidupan kita akan lebih terjamin dan diredhai oleh-Nya..

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa

Bukankah Tuhan telah berfirman, "ketahuilah dengan mengingati Allah, jiwa kan menjadi tenang.... "

Peace!  ^_^


01 January 2013

Selamat Datang 2013!

1 Januari 2013 membuka tirai hari ini membawa lembaran cerita-cerita baru dalam kehidupan kita  setelah genap 365 hari telah kita lalui di tahun 2012..

Selamat datang 2013! Dan selamat tinggal jua 2012! 

Sememangnya, ketibaan tahun baru ini langsung tidak bermakna andai kehidupan kita tetap di tahap yang sama.. Tiada apa-apa perubahan.. Tiada apa-apa kemajuan.. Berazamlah untuk berubah ke arah kebaikan.. Dan berusahalah untuk melaksananya serta iringlah dengan untaian doa.. Insyaallah, kehidupan kita tidak akan sia-sia..

Di tahun baru ini, tiada apa yang aku harapkan melainkan berdoa dan terus berdoa agar dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk aku terus mengatur langkah meniti hari-hari mendatang.. Hari-hari yang aku sendiri tidak pasti apa yang akan terjadi.. Hari-hari yang masih misteri.. Yang masih kabur haluannya.. Namun, kehidupan harus diteruskan walau apa jua rintangan yang menghalang.. Yea, jalanilah kehidupan yang penuh cabaran ini dengan penuh ketabahan..!

Jauh di sudut hati ini berdoa, "semoga ketibaan 2013 ini memberi 1001 makna dan menjanjikan sesuatu yang jauh lebih baik dari sebelum ini..."Mudah-mudahan.. Akhir kata, SELAMAT TAHUN BARU 2013!


04 December 2012

Tragedi 4 Disember!

Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan DISEMBER pun kan.. Hmmmmm sungguh pantas masa berlalu.. Dan hari ini tanggal 4 Disember mengingatkan aku kepada sebuah buku komsas yang aku paling suka baca zaman sekolah menengah dulu...
 
Bukunya bertajuk TRAGEDI 4 DISEMBER! Pernah dengar tak?? Hmm, kalau korang baya-baya aku dan sekolah kat Pantai Timur memang akan dibekalkan dengan buku komsas ni laa.. Almaklumlah, buku komsas kan lain-lain ikut negeri kan?
 
 
Actually, aku baru tahu je yang buku ni digarap berdasarkan  kisah benar.. Buta sejarah sangat kan?? kekeke.. Tapi aku memang tertarik dengan buku ni pun.. Seingat aku, banyak kali jugaklah aku ulang baca.. ceee buat macam novel pulak padahal buku teks sekolah je pun.. 
 
Buku ni menceritakan kejadian kapal terbang terhempas yang telah mengorbankan banyak nyawa yang betul-betul berlaku di negara kita suatu ketika dahulu.. Cuma adalah penulis ni ubah-ubah sikit takkan la nak citer sejibik sama macam kisah realiti tu kan.. Kalau dah cenggitu, kena buat buku sejarah la pulak...
 
Ok! Ni sinopsis buku neh..
 
Kamarul Azam meminta kebenaran daripada ayahnya, iaitu Encik Razali dan ibunya Puan Katijah untuk mengikuti perkhemahan di Tanjung Pangku, Johor. Dia dan beberapa anggota pengakap dan pandu puteri sekolah iaitu Razi, Zanawati, Lina Lim, dan Rendera mengikuti perkhemahan itu untuk mengambil Ujian Kelas Pertama Pengakap dan Pandu Puteri. Kebetulan pada hari itu, Encik Razali akan mengiringi Menteri Pertanian sebagai wartawan kehormat untuk rangka lawatan ke negeri-negeri di utara Semenanjung. Malangnya, kapal terbang yang dinaiki oleh Razali yang berlepas dari Lapangan Terbang Bayan Lepas telah dirampas oleh pengganas. DSP Yazid telah memaklumkan perampasan kapal terbang kepada isteri Encik Razali, iaitu Puan Katijah. Justeru itu, Puan Katijah bersama keluarga-keluarga penumpang lain telah ke Hotel Gentre untuk menunggu berita tentang kejadian tersebut.
 
Semasa aktiviti perkhemahan, Azam melihat kejadian kapal terbang meletup di udara. Dia tidak tahu bahawa ayahnya turut berada di dalam kapal terbang tersebut. Azam dan Razi yang mencuba pergi ke tempat kejadian itu telah diculik oleh beberapa lelaki bersenjata yang dipercayai terlibat dalam rampasan tersebut. Mereka menculik Azam dan Razi ke tengah laut lalu membiarkan motobot mereka karam.
 
Azam dan Razi hanyut di tengah laut hingga pengsan. Mereka kemudiannya diselamatkan oleh Pak Widodo Samsi, nelayan dari Pulau Rangsang, Sumatera Timur. Dengan bantuan Antik, anak Pak Widodo, Azam dan Razi berjaya pulang ke Johor. Azam dapat memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah arwah ayahnya. Azam berharap agar penjenayah yang merancang rampasan itu akan segera ditangkap.
 
Dan kepada sesiapa yang belum tahu atau teringin nak tahu pasal kejadian tersebut, boleh baca DI SINI yea.. Dah tu je, kbai!
 
p/s : Semoga sejarah tak akan berulang lagi....  
 

16 August 2012

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin!

Ramadhan yang dirindu
Kini beransur pergi
Hatiku sayu
Bisakah bertemu lagi nanti..
  
Syawal yang akan dirai
Kini kian mendekati
Sebagai pengganti diri
Ku utuskan ucapan ini..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN ^_^

Salam 27 Ramadhan!

Sedar tak sedar lagi 3 hari, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita.. Bulan kemuliaan.. Bulan yang penuh ganjaran ini akan melabuhkan tirainya jua setelah hampir sebulan menemani kita.. Dan dalam tempoh itu, tanyalah diri kita, apakah kita telah sedaya upaya mengimarahkannya?? Apakah kita sudah menyempurnakannya?? Bisakah ia menjadi Ramadhan terbaik bagi kita?? Hanya diri kita saja yang tahu jawapannya..

Apapun, berdoalah semoga amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini diterima olehNya dan bisa menjadi bekalan untuk kita di sana nanti.. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir bagi kita.. Siapa tahu.. ? Kerana bila-bila masa sahaja kita akan dijemput olehNya.. Dan ingatlah, kita tidak pernah dijanjikan untuk bertemu Ramadhan lagi di masa akan datang..

Ya Allah Ya Tuhanku, ku mohon padamu.. Janganlah kau jadikan ini Ramadhan terakhir bagiku.. panjangkanlah usiaku Ya Allah agar aku bisa bertemu Ramadhan lagi pada masa akan datang.. Dan terimalah amal ibadahku di bulan yang mulia ini.. Hanya rahmatMu jua Ya Allah ku memohon.. Amin Ya Rabbal Alamin..

10 August 2012

Semoga ini bukan Ramadhan Terakhir!

Salam 21 Ramadhan.. Sedar tak sedar, kita telah memasuki fasa 10 terakhir Ramadhan bagi tahun 1433 Hijrah ini..

Fasa di mana Allah menjanjikan ganjaran pembebasan dari api neraka buat hambaNya.. Dan juga kurniaan malam yang kelebihannya menyamai seribu bulan.. Malam yang sangat-sangat indah, yang sering dinanti dengan penuh kesabaran oleh hamba-hambaNya yang muttaqin, malam di mana Malaikat & roh turun membawa segala-galanya dengan keizinan Tuhan.. Malam yang sangat bererti bagi hamba-hambaNya yang mengerti akan kebesaran Allahu Rabbi.. Itulah Malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan Tuhan akan kemunculannya, namun yang pasti ia akan menjelma pada salah satu malam antara 10 malam terakhir Ramadhan..

Carilah ia dengan penuh kesabaran.. dengan tulus ketaqwaan.. dengan rasa kecintaan.. dengan jiwa kehambaan.. InsyaAllah, dengan izinNya, kita bisa menjadi insan yang terpilih untuk menemuinya.. Allahu Akbar!

"Singkaplah tabir di sepuluh malam terakhir.. Berlumba kita mencari keredhanNya.. Hidupkan malam beribadah dan beriktikaf.. Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan..."

Ayuh rebutlah keberkatan & maghfirah di hari-hari terakhir Ramadhan ini..

Peluklah RAMADHAN ini seerat-eratnya buat kali terakhir.. Genggamlah keberkatannya, belailah maghfirahnya, kucuplah kenikmatannya & sambutlah ganjarannya..

Namun andai suatu ketika kita harus meninggalkannya jua maka leraikanlah ia dengan rasa kehibaan, tangisilah pemergiannya dengan tangisan penuh kesedihan & kepiluan.. Berdoalah kita sentiasa agar pemergiannya bukanlah selama-lamanya.. Semoga suatu hari nanti, ia kembali lagi menghulur salam membawa limpahan keberkatan & kenikmatan juga mengheret kita dlm pelukan yang penuh dgn cinta Tuhan.. Dalam kehidupan kita pada masa yang akan datang.. Berdoalah semoga Ramadhan ini bukanlah Ramadhan terakhir buat kita.. Mudah-mudahan..


21 July 2012

Salam Ramadhan 1433H

Gema Mubarak menghulur salam
Mengetuk pintu hati yang gersang
Meniup khabar berita gembira
Taman rohani kembali terang….

Alhamdulillah! Hanya ucapan itu saja bisa kulafazkan bagi menggambarkan perasaan ini tatkala diberi kesempatan untuk..

Bertemu kembali dengan Ramadhan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula
Ramadhan yang mulia….

Jauh di sudut hati,
 
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna…

Apapun, kusambut kedatanganmu “tamuku”…

Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan
Marhaban Ya Ramadhan

Salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa buat seluruh muslimin muslimat di mana jua anda berada.. Semoga kita dapat mengimarahkan bulan penuh keberkatan ini dengan sebaik mungkin dan diharap Ramadhan ini adalah ramadhan yang terbaik bagi kita.. Mudah-mudahan...

16 July 2012

Harapan RAMADHAN 1433H

Salam 26 Syaaban! Sama ada kita sedar atau tidak, SYAABAN semakin hampir tiba ke penghujungnya.. Berbaki 4 hari sahaja lagi, kita akan menerima kunjungan tamu yang amat dinantikan iaitu RAMADHAN.. Bulan yang penuh keberkatan...

Semoga dalam tempoh 4 hari lagi itu, kita diberi kesempatan untuk bertemunya dan seterusnya diberi kekuatan untuk menyempurnakannya sehingga ke pengakhiran.. Insyaallah..

Dan dalam perhitungan hari itu jua, tiada apa yang lebih kuharapkan melainkan berazam menjadikan Ramadhan ini sebagai Ramadhan terbaik yang pernah kulalui dalam kehidupan ini..

Mungkin bait-bait lirik dari lagu "Harapan Ramadhan" ini bisa menjelaskan perasaan ini dalam penantianku menunggu detik ketibaan Ramadhan nanti.. Errr, kedengaran agak cliche bukan??? Tapi itulah yang diharap-harapkannya.. Mudah-mudahan menjadi kenyataan..  Aminnn...


HARAPAN RAMADHAN

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua...

21 June 2012

Selamat Datang Syaaban!

Hari ini, tanggal 21 Jun 2012 Masihi, Syaaban menjenguk kita lagi.. Yea, Syaaban! bulan ke-8 dalam kalendar Islam.. Bulan yang mengurniakan banyak kelebihan sepertimana bulan Rejab yang telah meninggalkan kita kelmarin...

Dan apabila Syaaban mula mengetuk pintu kehidupan kita, maka semakin dekatlah kita menghampiri “tamu” yang telah lama dirindui.. Setelah semusim ia meninggalkan kita pergi... Dialah tamu itu, Ramadhan.. Bulan yang sentiasa dinanti.. Yang sentiasa ingin dilalui... Oleh insan yang mengerti akan kelebihan dan ganjaran yang dibawanya nanti..

Persoalannya, bersediakah kita untuk bertemunya lagi???  Berupayakah kita menyekat nafsu yang sentiasa merajai diri??? Hanya diri kita sahaja yang tahu jawapannya...

Namun kawan, kedatangannya dalam kamus kehidupan kita masih samar-samar lagi..  Dan ingatlah, kita tidak pernah dijanjikan pertemuan itu.. kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada kita sedikit waktu nanti.. Jika diizinkan dan masih diberi peluang untuk kita bertemunya nanti, bersyukurlah sebanyak-banyaknya! Dan berusahalah untuk menyempurnakan kedatangannya sebaik-baiknya.. Mungkin, inilah pertemuan terakhir kita dengannya.. Siapa tahu???     

Ya Allah, Rejab telah ku lalui.. Israk Mikraj telah mengukir sejarahnya tersendiri.. Dan kini, Syaaban mula melewati.. Dan pastinya, tanggal 15 Syaaban adalah nikmat yang paling dinanti.. Kehadiran Nisfu Syaaban yang menjanjikan kelebihan yang tersembunyi.. Dan bila Syaaban pergi, Ramadhan akan menghampiri.. Pastinya, pelbagai ganjaran lagi dianugerahi.. Tapi, saat itu masih jauh dan belum pasti.. Apakah aku masih di sini? dan berpeluang menempuhi nya nanti???

Doaku..

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان

"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"

"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan)"

Amin Ya Rabbal Alamin..

07 May 2012

Selamat Datang MAY !

Selamat tengahari dunia! Dah lama kita tak bersiaran yea?? hehehe.. Walaupun hari ni dah masuk 7 Mei, tapi masih belum terlambat rasanya untuk aku mengalu-alukan kedatangan bulan MAY dalam diari kehidupan aku dan juga korang semua bagi edisi 2012 neh..


Cepat kan masa berlalu.. Rasa macam baru je semalam 1 April tapi sekarang dah masuk bulan MAY dah.. Mungkin disebabkan kesibukan kita sehari-hari kot.. Sampai tak perasan betapa pantas masa berlalu meninggalkan kita.. hari demi hari.. minggu demi minggu dan bulan demi bulan.. Hmmmmm..

Apapun, bersyukurlah kerana saat ini, kita masih dikurniakan nyawa.. Dan berpeluang mengharungi sisa-sisa kehidupan di dunia ini lagi.. Hargailah nikmat kehidupan ini sebelum ianya hilang dan tidak dapat kita nikmati lagi....

p/s : Dalam banyak-banyak bulan, bulan Mei la yang paling aku suka.. Nak tau kenapa?? Sebab dlm bulan ni, banyak hari-hari-hari yang istimewa cam Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Guru dan yang paling special haruslah birthday aku.. hihihi..  Walaupun aku tahu, sesetengah orang akan beranggapan, tidak harus meletakkan hari-hari tertentu sahaja sebagai hari-hari istimewa tersebut kerana hari-hari adalah hari-hari mereka (hari ibu, guru etc laaa).. Yea, memang! Tapi apabila ada hari yang mengiktiraf golongan-golongan tersebut, ia adalah lebih istimewa bukan?? Dan usaha itu haruslah kita hargai sebaiknya.. Kecualilah birthday tu yang memang sah-sah jatuh tarikh tu jah kan??? PEACE!

05 April 2012

Salam April !

Salam kuhulur di pagi yang indah! Hmmmm, saban hari, kita dikejar peredaran masa.. Detik demi detik.. Waktu dan ketika.. Dan akhirnya, kita semakin dimamah usia.. Yea.. Hari demi hari semakin pantas berlalu.. Minggu ke minggu beransur pergi.. Dan bulan ke bulan kian bersilih ganti!

Kini, giliran APRIL pula menjengah kamus hidupku.. Setelah MAC berlalu membawa bersama cerita-cerita lalu.. Yang pasti, datangnya April bersama semangat baru.. Untuk melakar satu-persatu peristiwa dalam diari hidupku.. Mencoret kenangan-kenangan yang mungkin indah, manis, pahit mahupun pilu.. Dan semua itu masih menjadi rahsia dan tanda tanya.. Kerana, takdir kehidupan kita telah ditetapkan olehNya.. Tidak dapat dijangka.. Takkan dapat diduga.. Siapalah kita??? Hanya hamba-Nya yang lemah segala.. Namun, selagi masih dipinjamkan nyawa, aku kan terus melangkah mengharungi sisa-sisa kehidupan.. Dan berharap agar hidupku sentiasa di dalam perlindungan dan keberkatanNya.. Insyaallah..

Apapun, selamat datang April! Menghiasi diari hidup edisi 2012 ku.. Sebagai permulaan April ini, ku dedikasikan lirik lagu nyanyian Opick kepada anda semua, visitors blogku.. Hayatilah setiap bait-bait kata di dalam lirik ini.. Sememangnya, ia memberi makna mendalam buat insan yang mengerti akan maksud yang ingin disampaikannya.. Tu je, kbai! ^^

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu


14 March 2012

Berakhirlah sudah sebuah FENOMENA..

Yea, tepat jam 10 malam semalam, aku dengan ini mengisytiharkan bahawasanya berakhirlah sudah sebuah FENOMENA dalam hidupku.. Fenomena yang sangat-sangat merencatkan kehidupan harianku selama ini.. Dan kukira kalian semua tahu apa yang aku maksudkan bukan..?? Fenomena itu adalah tak lain dan tak bukan --> Vanilla Coklat!


Jujur kuakui, setelah kukenali Vanilla Coklat, hidupku dah tak seperti dulu lagi.. Vanilla Coklat telah merubah kehidupanku.. Menjadikan aku bukan lagi seperti aku yang dulu.. Tak tahu kenapa.. Kalau dipikirkan pun, memang tak tercapai dek akal kita.. erkkkk, lain macam lak bunyiknye.. 

Sungguh aku tak sangka, Vanilla Coklat  ni sangat-sangat memberi kesan dalam hidup aku.. Kerana Vanilla Coklat lah, hari selasa ku semakin bererti.. Dan aku sentiasa ternanti-nanti ketibaannya saban minggu.. Walaupun terpaksa melalui hari Isnin terlebih dahulu yang kebiasaannya menjadi hari yang sangat malas untuk memulakan kembali rutin harian namun demi selasa yang dinanti, segala-galanya kutempuhi dengan wajah yang berseri-seri..

Apa yang lebih penting, dek kerana Vanilla Coklat jugaklah aku belajar erti kegigihan.. yea, aku sangat menyedari betapa gigihnya diri ini mendownload setiap episod untuk rujukan ku hari-hari.. Bukan tu je, segala jenis video, ost, movie maker dan lain-lain yang berkaitan dengannya jugak aku download sama.. Dan tak pernah jemu aku mainkannya hari-hari.. Semuanya demi VC!

Dan yang paling aku tak lupa, kegigihan aku mencari satu medium untuk aku berkongsi luahan perasaan tentang VC ini sehinggalah aku terjumpa forum CARI.. Memang kenalah dengan aku yang tengah mencari nie.. Tak tau nak cari kat mana, carilah kat forum CARI! Sememangnya, penemuan ini adalah sangat membahagiakan buat diriku tatkala dapat berkongsi segala-galanya tentang VC.. Dapat meroyan bersama-sama jemaah yang langsung tak kukenali tapi punyai minat yang sama, itu sudah memadai!

Tapi sayangnya, VC sudah melabuhkan tirai episodnya yang terakhir malam semalam.. Meninggalkan kenangan-kenangan indah yang akan terus kekal terpahat di ingatan para pencintanya.. Selamat tinggal VC! Kini bayangan VC sudah tiada lagi menghantui malam selasaku.. sobs3.. Ini juga bererti, hari selasaku sudah tiada penyeri.. tidak lagi ku ternanti-nanti dan selasaku kini kembali menjadi selasa seperti sebelum-sebelum ini... Owh tidakkkk! Pasti kerinduan kepada VC menggamit nanti.. 

Apapun, itulah hakikat yang harus aku terima.. Menangis airmata darah sekalipun takkan mengubah apa yang telah terjadi bajet tragis bebenor kisah aku nie.. Bertabahlah wahai diri menghadapi perpisahan ini.. Semoga di lain hari, aku takkan jumpa lagi fenomena seperti ini kerana aku sangat-sangatlah serik dan tersiksa jiwa raga menahan gelora cinta ketagihan, kecairan, kemanisan, keterujaan, kesengehan yang memanjang & bermacam-macam lagi kekronikan yang sangat-sangat memudaratkan mental dan fizikalku..

Namun VC, jutaan terima kasih jua aku ucapkan kerana telah menceriakan hari selasaku selama ini.. Mengertilah, diri ini sangat-sangat menghargainya! Thanks a lot kepada krew-krew produksi, pelakon-pelakon and semua yang terlibat! Semoga kalian semua terus maju jaya dalam industri!  


29 February 2012

29 Februari 2012

Assalamualaikum! Aku kembali menjenguk blog yang semakin sepi nie.. Memang sangat-sangat sepi sejak kebelakangan ini! Maaf yea.. Sekarang, mood aku nak berblog dah tak macam dulu.. Semakin hari semakin hilang minat itu.. Entah kenapa.. Maybe sebab takde benda yang menarik untuk dikongsi kot.. Tambah-tambah lagi dengan kesibukan diri ini.. Memang tak punya kesempatan langsung laa.. Harap anda mengerti.. :)

Hmm, 29 Februari - tarikh yang special kan?? 4 tahun sekali je muncul tarikh nie.. So, sesape yang lahir tarikh ni memang 4 tahun sekali la boleh sambut birthday.. yea dak?? hihi..

Takde apa pun nak diceritakan hari nie.. Just nak jenguk2 teratak sepi nie je sambil-sambil mengambil kesempatan mencoret entry pada tarikh nie.. Insyaallah, kalau panjang umur, 4 tahun lagi kita bertemu lagi yea pada tarikh ni.. hehe..

#Kbai!

05 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Ya Rasulullah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X ) 

Kutahu cintamu kepada umat
Ummati Ummati
kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
 Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu 

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu


Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim 


02 February 2012

Izinkan aku kembali..

Assalamualaikum buat rakan-rakan bloggerku sekalian.. Seikhlas hati aku lafazkan, terima kasih kerana masih sudi  mengunjungi teratakku yang telah sekian lama sepi ini.. Terima kasih kerana masih tidak melupakan medan yang kujadikan tempat untuk meluahkan rasa.. Tapak untuk diri ini melakar tinta menitipkan bicara..  Lantas membiarkan “hati meluahkan isinya yang tersurat dan tersirat” seadanya..

Kini, aku akan kembali mewarnai dunia maya.. Yea, kembaliku dengan semangat dan keazaman baru! Yang pastinya matlamat ku hanya satu! Agar mereka mendapat sesuatu dari penulisanku.. Kerana aku sedar, setiap isi tulisanku adalah TANGGUNGJAWABKU! Dan aku akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang aku tulis di akhirat kelak ! Sesungguhnya Ya Allah, aku tidak mahu tulisanku menjadi jalan membawa ku ke Neraka! Biarlah setiap tulisanku menjadi penyambung titianku ke Syurga.. Yang sentiasa diimpi-impikan oleh kaum manusia.. Insyaallah..

Apapun, semoga dipermudahkan semuanya.. Dan aku kini sedang berusaha membuang entri-entri lama yang bagi aku tidak perlu dipaparkan.. Insyaallah, akan dibereskan dalam masa terdekat ini.. :) Akhir kata, sebagai peringatan kepada kita semua terutama rakan-rakan blogger, tulislah sesuatu tulisan yang baik.. yang tidak mengaibkan sesiapa.. dan yang memberi khalayak pembaca ilmu yang berguna  serta pahala membacanya.. Insyallah, tulisan kita akan diredhaiNya.. Ingatlah, AMALAN KITA DI DUNIA INILAH YANG AKAN MENENTUKAN NASIB KITA DI AKHIRAT KELAK..

Semoga bermanfaat!  
  

31 December 2011

Di Ambang 2012.. SELAMAT TAHUN BARU!

Selamat malam kawan-kawan! Sorry lama tak update.. Sangat-sangat bizi sejak dua menjak nie.. Biasa la kan.. 

Sedar tak sedar, lagi beberapa jam saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru, 2012.. Hmm, cepat sungguh masa berlalu yea.. Terasa baru sebentar mengharungi hari-hari di tahun 2011.. Segala memori yang tercipta.. Pahit manis.. Suka duka.. Tangis tawa yang telah kita lalui sepanjang tahun ini masih segar di dalam ingatan.. Masih terbayang-bayang lagi kenangan-kenangan manis yang tersemai bersama insan-insan tersayang.. Kenangan yang semestinya takkan pernah dapat dilupakan.. Tidak kurang juga kenangan-kenangan pahit yang mengguris perasaan.. Yang bisa membuatkan hati tidak tenang apabila memikirkannya.. 

Namun kawan, tahun 2011 harus kita tinggalkan.. Menjadi sebuah kenangan dan sejarah silam.. Yang memberikan kita banyak pengalaman berharga.. Dalam melayari kehidupan yang masih bersisa..

Apapun, panjatkanlah kesyukuran ke hadrat Allah yang Maha Esa.. Andai esok hari, kita masih lagi dipinjamkan nyawa.. Mengemudi kehidupan di dunia yang sementara ini.. 

Sememangnya, ketibaan tahun baru ini langsung tidak bermakna.. Andai kehidupan kita tetap di tahap yang sama.. Tiada apa-apa perubahan.. Tiada apa-apa kemajuan.. Berazamlah untuk berubah ke arah kebaikan.. Dan berusahalah untuk melaksananya serta iringlah dengan untaian doa.. Insyaallah, kehidupan kita tidak akan sia-sia..

Di ambang tahun baru ini, tiada apa yang aku harapkan melainkan berdoa dan terus berdoa agar dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk aku terus mengatur langkah meniti hari-hari mendatang.. Hari-hari yang aku sendiri tidak pasti apa yang akan terjadi.. Hari-hari yang masih misteri.. Yang masih kabur haluannya.. Namun, kehidupan harus diteruskan walau apa jua rintangan yang menghalang.. Yea, jalanilah kehidupan yang penuh cabaran ini dengan penuh ketabahan..!

Jauh di sudut hati ini berdoa, "semoga ketibaan 2012 ini memberi 1001 makna dan menjanjikan sesuatu yang jauh lebih baik dari sebelum ini..."Mudah-mudahan.. Akhir kata, SELAMAT TAHUN BARU 2012!


04 November 2011

Salam Aidiladha 1432 Hijrah..

Selamat pagi semua! Semoga ceria-ceria selalu di pagi nan sejuk nie... Hmm, korang tak balik kampung ke?? ke da ada kat kampung?? or setia berkhidmat untuk negara?? kehkehkeh..

Memandangkan lusa dah kita nak sambut raya haji atau nama lainnya, hari raya aidiladha dan aku pun akan bertolak pulang ke tanah tumpahnya airmataku, Kelantan Darul Naim pagi-pagi esok lagi, so, aku nak mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh muslimin muslimat tidak kira di mana jua anda berada especially yang sedang membaca entry nie.. 

Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan yang sebenar-benarnya lebih-lebih lagi semasa melakukan or melihat ibadah korban dilaksanakan.. Dan renungkanlah sejenak hadis (terjemahan) ini “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

p/s : Errrr, tak paham kenapa orang cakap, raya haji kat Kelantan lebih meriah berbanding negeri-negeri lain?? Why ye?? Rasa, macam biasa jeeee.. Sebab memang da terbiasa dengan suasana sambutan macam tu.. Tak boleh nak beza & tak tau nak cakap meriah ke tak.. Tapi, aku rasa sama je mana-mana pun.. Dan tak kisahlah kita sambut kat mana pun, yang penting penghayatan & keikhlasan kita terhadap tuntutan agama tu sendiri yang lebih utama.. kan.. kan.. kan.. hehe..    

02 November 2011

Salam November

Selamat Pagi! Lama tak update, alih-alih dah masuk bulan November yea.. Hmmm...

Pagi-pagi nie rasa macam nak makan benda-benda ni la.. sobs3

 Nasi Berlauk

 Cek Mek Molek

 Pulut Ikan Masin

 Nasi himpit

 Kuih Bom

 Pulut Kuning

 Lompat Tikam

Cekodok pisang

p/s : Laporrrrrrrrr..... nak balik kampung.. sob3

Related Posts with Thumbnails