31 December 2011

Di Ambang 2012.. SELAMAT TAHUN BARU!

Selamat malam kawan-kawan! Sorry lama tak update.. Sangat-sangat bizi sejak dua menjak nie.. Biasa la kan.. 

Sedar tak sedar, lagi beberapa jam saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru, 2012.. Hmm, cepat sungguh masa berlalu yea.. Terasa baru sebentar mengharungi hari-hari di tahun 2011.. Segala memori yang tercipta.. Pahit manis.. Suka duka.. Tangis tawa yang telah kita lalui sepanjang tahun ini masih segar di dalam ingatan.. Masih terbayang-bayang lagi kenangan-kenangan manis yang tersemai bersama insan-insan tersayang.. Kenangan yang semestinya takkan pernah dapat dilupakan.. Tidak kurang juga kenangan-kenangan pahit yang mengguris perasaan.. Yang bisa membuatkan hati tidak tenang apabila memikirkannya.. 

Namun kawan, tahun 2011 harus kita tinggalkan.. Menjadi sebuah kenangan dan sejarah silam.. Yang memberikan kita banyak pengalaman berharga.. Dalam melayari kehidupan yang masih bersisa..

Apapun, panjatkanlah kesyukuran ke hadrat Allah yang Maha Esa.. Andai esok hari, kita masih lagi dipinjamkan nyawa.. Mengemudi kehidupan di dunia yang sementara ini.. 

Sememangnya, ketibaan tahun baru ini langsung tidak bermakna.. Andai kehidupan kita tetap di tahap yang sama.. Tiada apa-apa perubahan.. Tiada apa-apa kemajuan.. Berazamlah untuk berubah ke arah kebaikan.. Dan berusahalah untuk melaksananya serta iringlah dengan untaian doa.. Insyaallah, kehidupan kita tidak akan sia-sia..

Di ambang tahun baru ini, tiada apa yang aku harapkan melainkan berdoa dan terus berdoa agar dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk aku terus mengatur langkah meniti hari-hari mendatang.. Hari-hari yang aku sendiri tidak pasti apa yang akan terjadi.. Hari-hari yang masih misteri.. Yang masih kabur haluannya.. Namun, kehidupan harus diteruskan walau apa jua rintangan yang menghalang.. Yea, jalanilah kehidupan yang penuh cabaran ini dengan penuh ketabahan..!

Jauh di sudut hati ini berdoa, "semoga ketibaan 2012 ini memberi 1001 makna dan menjanjikan sesuatu yang jauh lebih baik dari sebelum ini..."Mudah-mudahan.. Akhir kata, SELAMAT TAHUN BARU 2012!


5 comments:

Merpati Puteh said...

Happy New Year..
pssstt .. bila nak kawen. duit dah banyak

Nurul Alyaa said...

selamat tahun baru jugak! =)

Misz Nuriz said...

Merpati Puteh,
Happy New Year kakakku..
kawin??? Errr..lok ko kak dio la dulu..
duit banyak???Hmm, kalau duit banyak, x kijo doh sero.. dok dumoh goyang kaki jah.. hu3

Misz Nuriz said...

Nurul Alyaa,
Terima Kasih..
Selamat Tahun Baru jgk utk anda.. :):)

EiJOt The A.S said...

ha ni akk nak menyampuk....selamat tahun baru..shoutmix tu dah tukar ke lain ke belum..lalalallala
take ker ye dik.. chillllllllll

Related Posts with Thumbnails