29 September 2011

Salam Rindu..

Selamat pagi.. Alhamdulillah.. Pagi-pagi ni, berpeluang untuk update blog setelah berkurun lama tak update..

Hmm, takde citer menarik pun nak kongsi.. Cuma, rasa RINDU la kat korang.. hehe.. Lama bebenor kita tak beramah mesra yea.. Takpe, don't worry be hepi.. Jap lagi aku pegi wat lawatan kat blog korang.. Maklumlah, da lama tak blogwalking nie.. Orang bizi la katakan.. Ceeeeeee..

Apapun, aku doakan korang sihat-sihat sokmo la hari nie & hari-hari akan datang.. Dan semoga kehidupan kita sentiasa dirahmati Allah S.W.T hendaknya.. Insyaallah :)

19 September 2011

Perjuangan Yang Belum Selesai!

First time aku dengar lagu ni, masa kursus BTN dulu.. Mula-mula dengar, takde rasa apa pun.. biasa-biasa je.. Tapi bila dengar banyak kali, rasa macam ada tarikan dalam lagu ni yang buat aku suka nak dengar banyak-banyak kali... Dengan bait-bait lirik yang sungguh puitis dan penuh pentafsiran.. ditambah pulak dengan suara merdu Nora dan lantunan suara Tun Mahathir yang sayup-sayup kedengaran mendeklamasikan bait-bait kata, membuatkan aku terus jatuh hati untuk terus dengar dan dengar lagu ni tanpa rasa jemu sedikit pun..

So, aku dedikasikan lagu ini untuk korang.. Sesungguhnya, perjuangan kita masih belum selesai!

Perjuangan Yang Belum Selesai

Langkah, beribu langkah
Ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti, tercari-cari
Haluan arah, yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian

Hina, hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi
Kerdilnya diri bukan lagi tuan
Inikah rupanya nasib bangsaku

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan juga terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Tanpa usaha, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal selamanya...

"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya?"

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan jadi terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Usahalah, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal sentiasa

"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya..."

video

16 September 2011

Errrr..

Aku tak tau kenapa & sejak bila aku begini??? Sebenarnya aku baru menyedari hal ini.. Dan, ia membuatkan aku berbangga dengan diri aku..

Err, aku malu nak bagitahu korang tapi aku bagitahu jugak la yea.. Sebenarnya, selain daripada sifat lemah-lembut, sopan-santun dan berbudi bahasa yang ada dalam diri aku nie - sesape yang dah rasa loya atau tak sedap perut, sila pegi jauh-jauh sekarang.. Rupanya tanpa aku sedari, ada terselit sifat “PATRIOTIK” la dalam diri aku nie.. Macam tak percaya je :)

Yea, betul nie - aku tak paksa korang percaya oke! Owh, nak bukti yea... Buktinya mudah saja.. Situasinya berlaku bila mana “deria dengar” aku ni terdengar lagu-lagu patriotik.. tak kira la dari radio ke tv ke internet ke, asalkan ianya lagu patriotik, secara otomatiknya la mulut aku nie dengan tak semena-mena n lajunya menyebut lirik-lirik lagu tersebut satu persatu dengan melodi yang betul dan terus bernyanyi riang tanpa salah lirik satu pun walaupun tak tengok lirik langsung - fuhh berjaya menulis dengan satu nafas.. :)

Betul.. Tu la buktinya.. Walaupun lagu tu da lama tak dengar, tapi bila je ia berkumandang, aku dapat menyanyikan dengan baik.. Erkk, maksud aku menyanyi dengan lirik yang betul laaa bukan pitching bagai.. Terkadang, aku pun pelik.. macam mana aku boleh mengingatinya yea?? Dan aku terpikir, mungkin inilah yang dikatakan sifat patriotisme.. hahaha - tak lawak pun!

Ok! Fullstop! Sekarang, jom dengar lagu patriotik di bawah.. Ntah kenapa, dalam banyak-banyak lagu bergenre patriotik, lagu ni jugak yang aku suka dengar...Layannnn!!!!

video

p/s : Selamat Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia :)

12 September 2011

Story pasal dia..

Da lama rasanya aku tak melakukan sesuatu yang aku minat... susah betul la kalau org ada hobi bermusim ni.. dulu suka main twitter.. download citer... n sekarang, suka baca blog seseorang la pulakkk!! Blog sapa yang menjadi perhatian aku tu??? Haaa.. meh nak citer..

Al-kisahnya camni.. Aku teringat kat sorang pelakon nie.. ntah la korang kenal ke tak.. beliau tak femes pun.. tapi yang pasti, beliau pernah membintangi satu siri citer yang aku suka tengok laaa.. Citer yang santai dan menghiburkan.. Yang viewers nye aku percaya, kebanyakannya adalah di kalangan budak2 remaja..

Hmm, disebabkan keinginan nak tahu pasal pelakon yang sorang nie.. aku pun search la nama watak beliau kat google.. nak search real name aku tak ingat masa tu..hehe.. Nak dijadikan citer, search punye search aku jumpa la nama beliau kat blog HANIS ZALIKHA si blogger femes tu.. Setelah diselidik, rupanya pelakon ni juga ada blog.. n blog dia pernah jadi list blog terbest si Hanis Zalikha tu.. Hmm.. menarik!! Aku pun apa lagi, terjah la blog dia..

Mula-mula masuk blog dia, aku da tertarik dengan kata-kata yang terpapar di headernya yang berbunyi “JIKA KAMU MAHU BELAJAR TENTANG THEOREM PITAGORAS, KAMU BERADA DI BLOG YANG SALAH” haha.. Sedikit humor di situ.. So, sapa-sapa yang rasa dia silap parking, boleh keluar terus yea.. hihi.. Blog dia simple je.. sesimple simple blog.. takde langsung widget menghiasi.. hatta widget follower sekalipun.. tapi, tu tak kesah laa.. bukannye penting pun semua tu.. tapi yang aku kisahnya, pengomen2 entry dia.. ada satu entry dia ni, just letak tajuk je.. takde huraian apa2 pun tapi 139 orang komen.. hebat tak??? haaaaaaaaaaa... kalau blog macam aku ni, jgn harap la.. usahkan nak letak tajuk saja, letak isi pun belum tentu org nak komen.. So, korang boleh bayang sendiri la macam mana tahap kesukaan & kefanatikan reader2 blog dia terhadap entry-entry dia.. Entry yang pendek dan simple pun nak sampai beratus pengomen.. Tak ke pelik??? So, aku wat kesimpulan, pasti content dia menarik..

Dan sekarang aku enjoy membaca entry-entry dia termasuklah yang lama-lama.. Akan ku cuba habiskan sedaya yang boleh.. Mungkin dia sedikit bizi kot.. Sebab blog pun dah jarang update.. Hmm, tak kesah la.. Pendapat aku?? Emmm, tulisan yang sangat santai, bersahaja dan agak kelakar.. Memang taste aku laaa... Suka baca blog-blog macam ni.. Sambil-sambil membaca, aku terbayangkan wajah dia yang masih samar-samar dalam ingatanku.. Sambil-sambil teringat lakonan beliau.. & watak yang beliau pegang sebagai “NIK” dalam siri SUNSILK IMPIAN ILYANA.. Erk!! Tetiba rasa cam nak tengok siri ni balik! Boleh teka sapa yang aku maksudkan??? Sila refresh balik memori anda jika pernah menonton siri tersebut... PEACE!


Cer teka, mana satu "dia" yang aku maksudkan dalam pic nie :)

p/s : Rupa-rupanya, si pelakon or tuan punya blog ni anak kartunis terkenal negara, Dato’ Lat & jugak anak sedara kepada Pengarah Mamat Khalid.. Hmm, baru ku taw....


11 September 2011

Najwa Latif :)

Selamat Petang! hmm, agak lama la tak update.. Sori yea kawan-kawan, saya agak bizi sket.. Biasalah kan.. Ok, entry hari ni pasal Najwa Latif.. Mesti nama ni da familiar bagi korang kan.. Kenapa Najwa Latif??? Wondering tak?? hehe..

Maaf la kalau aku ketinggalan sikit.. Actually, aku baru je mengenali adik Najwa Latif nie.. Selama ni aku dok dengar je orang cerita pasal dia dalam facebook tu tapi aku tak amik tahu pun..

Najwa Latif

Tapi, ntah camne, tetiba je aku rasa cam nak amik tahu pasal dia.. Mungkin sebab aku 'terview' VC lagu femes "Cinta Muka Buku" dia tu kot.. Dan lepas view VC dia tu, aku rasa macam "tertarik" pulak tgk adik nie.. Dengan suaranya yang best + orangnya yang comey membuatkan aku jatuh katil oppss, tak de laaa.. jatuh hati dengan personalitinya..


Oleh sebab itu - sori, ayat agak skema :) aku pun merajinkan diri laa untuk meng'usya' laman2 peribadinya, termasuklah FACEBOOK, YOUTUBE, TWITTER dan juga BLOG..

Dan aku percaya, "kegiatan" ini akan berterusan untuk masa-masa akan datang sebab aku dengan tidak semena-mena & segan silunya telah menganggap diriku sebagai "kipas" nya.. :)

Cukup cerita hari ini, sampai ketemu lagi yea.. ^^

p/s : Masih tak jemu-jemu mengulang kaji tayang Video Clip "CINTA MUKA BUKU" di laman Youtube dengan tujuan meningkatkan rating "viewers" dan dengan harapan dianggap "kipas yang setia" yang tidak putus-putus support artis kesayangannya... PEACE!!!

05 September 2011

I'm back!

Assalamualaikum dan selamat pagi! Yea, setelah seminggu bercuti & menyepikan diri dari dunia blog, kini aku kembali..

Apa khabar kawan-kawanku sekalian?? Moga2 sihat sejahtera hendaknya yea.. Hmm, pagi isnin yang indah ni, bermula la semula rutin harianku.. kerja.. kerja dan kerja.. Walaupun masih lagi bermalas-malasan, tapi terpaksa la jugak merajinkan diri dek kerana mencari rezeki...

Mesti ramai yang dah start memulakan tugas hari ni kan?? Terujakah anda??? atau masih lemau2 badan n sakit2 pinggang?? Maklumlah, bulan raya.. rumah terbuka di mana-mana.. So, apa lagi, makan..makan n terus makan.. Tak cukup dengan makan juadah raya, terpaksa pulak makan jem takde roti di tengah jalan.. tak ke merana badan kan.. Apapun sabo je la yea.. Nak wat camne.. Keje tetap keje.. Jalan hak semua.. hihi..

Dan aku percaya, ramai lagi yang masih bercuti.. Bersenang-lenang di kampung halaman.. Waduh, jeles gue! Dan kebanyakan ofis pun masih lengang.. Dan itu sudah terbukti apabila ku lihat orang-orang yang turun di bus stop berkurangan.. Tak seperti selalu.. Meriah dengan orang!

Itu mereka.. Dan aku yang dah mula keje ni haruslah melaksanakan tanggungjawab dengan sewajarnya yea.. Begitu jugak dengan korang.. Selamat bekerja kembali aku ucapkan.. Laksanakanlah tugas dengan amanah dan penuh rasa tanggungjawab.. Mudah-mudahan rezeki yang kita terima selama ini diberkati oleh-Nya.. Insyaallah..


p/s : Selamat berpuasa bagi mereka-mereka yang dah start puasa enam..

Related Posts with Thumbnails