04 November 2011

Salam Aidiladha 1432 Hijrah..

Selamat pagi semua! Semoga ceria-ceria selalu di pagi nan sejuk nie... Hmm, korang tak balik kampung ke?? ke da ada kat kampung?? or setia berkhidmat untuk negara?? kehkehkeh..

Memandangkan lusa dah kita nak sambut raya haji atau nama lainnya, hari raya aidiladha dan aku pun akan bertolak pulang ke tanah tumpahnya airmataku, Kelantan Darul Naim pagi-pagi esok lagi, so, aku nak mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh muslimin muslimat tidak kira di mana jua anda berada especially yang sedang membaca entry nie.. 

Marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan yang sebenar-benarnya lebih-lebih lagi semasa melakukan or melihat ibadah korban dilaksanakan.. Dan renungkanlah sejenak hadis (terjemahan) ini “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

p/s : Errrr, tak paham kenapa orang cakap, raya haji kat Kelantan lebih meriah berbanding negeri-negeri lain?? Why ye?? Rasa, macam biasa jeeee.. Sebab memang da terbiasa dengan suasana sambutan macam tu.. Tak boleh nak beza & tak tau nak cakap meriah ke tak.. Tapi, aku rasa sama je mana-mana pun.. Dan tak kisahlah kita sambut kat mana pun, yang penting penghayatan & keikhlasan kita terhadap tuntutan agama tu sendiri yang lebih utama.. kan.. kan.. kan.. hehe..    

17 comments:

Belleza~ said...

ha'ah ramai org cakap raya haji kat kelantan meriah dari raya puasa. hehe. betul ke? kamu raya kat kelantan kan. selamat hari raya tiewa! :)

Misz Nuriz said...

sue,
hehe.. tu la, sy pun xtaw sbb apa org ckp cam tu..

bg sy, biasa2 je sbb mmg da t'biasa camtu.. tak tau nak cakap meriah ke x sbb mmg da biasa.. hihi..

btw, slmt hari raya jgk sue.. :)

Prince Halilintar said...

waaaa...xsabar nk blk kg ni..

slmt hari raya qurban jgk =)

ILA HonEyBuNNy said...

seronok la tgk raya haji di kelantan...heheh

salam aidil adha dear...;-)

Selipar Putus said...

selamat ari raya ohh.. huhu

sedih ni tak dapat balik beraya kat kelate.. raye kat perantauan sajork.. hukhuk :(

Jasman said...

selamat hari raya korban...

Anak Wak Mail said...

tak terlaamat rasanya nak ucap selamat hari raya aidiladha kan!hehe

fathiahRAIHANA said...

abah cakap raya hj kat kelantan lg meriah . np ye ? ceciterr . hehe.
lmbt ckit , tp nk ucp gak . salam aidiladha ^^

@be BNadz said...

salam aidiladha kak tiwa....setelah sekian lama menjadi silent reader dan follower,tergerak nak komen hari ni..huhuhu
http://bukankisahzombie.blogspot.com

Misz Nuriz said...

Prince,
hehehe..
slmt hari raya jgk..lambat sikit..

Ila,
Slmt hari raya..seronok ke???

Selipar,
kesiannye..sabo yea.. slmt hari raya :)

Jasman,
Selamat hari rayaaa.. :)

Misz Nuriz said...

Anak Wak Mail,
hehe.. n tak terlambat jgk nak balas n ucap, slmt hari raya aidiladha..hihi

fathiah raihana,
tu la..ramai org ckp camtu.. sy pun tak tau kenapa..rasa cam biasa je..hihi.. salam aidiladha gak..

Bnadz,
owh, silent reader la selama nie yea..hehe.. thanks sudi singgah sini.. Salam aidiladha jgk.. :)

@be BNadz said...

yola kak tiwa!!!hehehe...senior 2 kali..huhu

Misz Nuriz said...

Bnadz,
senior 2 kali???
maksudnya??? kurang faham di situ..hu3

Nadzimah BNadz said...

@bnadz...senior sekoloh rendah n sekoloh menengah,,

Misz Nuriz said...

Bnadz,
owh..awk skoloh labok jgk ko dulu??
xtaw pulok..hehe..
baru nak b'kenalan yea kita..

Nadzimah BNadz said...

yola...adoi..huhu..sedih nya saya!!!hak3

:)

Misz Nuriz said...

Nadzimah,
keh3..sori laa.. saya terlepas pandang agaknya.. hok saya tau junior SKL, izni je..hihi

Related Posts with Thumbnails