11 May 2010

Baca dan hayatilah.....

Sebuah kisah untuk renungan bersama.. ku petik dari sebuah sumber.. x pe la copy paste sekali sekala, asalkan ia m'beri manfaat utk pembaca...

Ada la sorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng!..bunyi….aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja...


Jadi, si hamba Allah ni pun lari la untuk menyelamatkan diri.. Harimau tu pulak apa lagi, kejar la hamba Allah ni sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu masih menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana la nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok ralit berfikir tu, tetiba dia t'dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!… Ya Allah….. lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Malangnya nasib ari ni. Dah la jatuh ditimpa tangga lak tu. Ishk3.. Lagilah b'tambah takut si hamba Allah ni. Mana tak nye, atas ada harimau, bawah pulak ada buaya. Semakin risau dan takut lah dia dibuatnya.

Tengah dia dok berfikir untuk mencari jalan keluar tu, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas, tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh… cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Memang kurang asam gelugur betul la 2 ekor menatang ni. Macam mana aku nak buat ni… habislah aku jadi mangsa buaya kali ni.

Dia berfikir lagi. Kalau naik kat atas, pasti kena makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah confirm la kena makan dek buaya. Macam mana nih… ibarat diluah mati mak, ditelan mati bapak dah dia sekarang.. Sedang si hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba…. terdengar lagi satu bunyi…. uuuuuuuuuuuuu… Bunyi lebah bawa madu.

Hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmatnya sehingga tak terkata.. Hamba Allah tu berkata, " Fuh manisnya madu ni, tak pernah ku rasa manis begini. Sedapnya. Subhanallah.. Kerana setitik madu, si hamba Allah tu terus lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.. Dashyat kan????

Hmm, sebenarnya...

Si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat hamba Allah tu bergayut tadi adalah jangka hayat kita.. Kalau pendek talinya maka pendeklah umur kita dan kalau panjang talinya maka panjanglah umur kita..

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu… madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.

Macam kitalah jgk.. bila dapat nikmat sikit je, terus lupa pada Allah. Nauzubillah.. Dah tu, waktu ditimpa kesusahan pulak, baru la kita sedar.. t'hegeh2 cari sejadah.. wat kebaikan.. mula la nak ingat Allah. Astaghfirullah.. kenapa jadi begitu????kenapa sampai macam tu sekali??? Renung2kanlah.. Mudah-mudahan diri kita tdk berada dlm golongan seperti ini..




6 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

Bagus sgt crita ni..awe bace sampai habs..mmg ada value...semoga kite dirahmati Allah...amin..tq

Misz Nuriz said...

Hawa,

tu la.. sbb tu sy rasa t'panggil utk share ngn readers..
story yg sgt2 nice.. penuh pengajaran..

semoga kita sama2 m'ambil iktibar & dirahmati Allah.. amin..

Shamrin Mat Janih said...

Citer yang punya mesej mendalam, semoga kita semua dirahmati Allah, amin

Aqmar Ismail said...

masyallah, thanks for sharing :)

Misz Nuriz said...

bro sham,

yes..mesejnya amat m'dalam bagi sesape
yg m'hayatinya..

mudah-mudahan kita semua dirahmati Allah.. amin.. (^_^)

Misz Nuriz said...

aqmar,

welcome..
sama2 la kita m'ambil pengajaran drpdnya
agar kita tdk m'jadi manusia yg leka..

(^_^)

Related Posts with Thumbnails