28 February 2011

Sekalung Budimu Guru..

Dulu, aku pernah tampilkan sajak yg ku cipta khas ini khusus utk melahirkan rasa penghargaanku yg tdk t'hingga kpd guru-guruku yg telah pergi menyahut seruan Ilahi.. Sesungguhnya merekalah insan-insan yg sgt berjasa.. yg byk berkorban menabur jasa demi mendidik kami, anak bangsa ini.. Namun, apakan daya, Tuhan lebih menyayangi mereka.. Itu suratan & ketentuan dari-Nya...

Dan sabtu lalu, aku kehilangan seorang lagi insan berjasa.. Allahyarham Ustaz Tajudin, ustaz yg pernah mengajarku mengenal Bahasa Al-Quran iaitu Al-lughatul Arabiah atau Bahasa Arab di SMKA WAtaniah Machang dulu jua telah pergi meninggalkan kami utk selama-lamanya..

Aku masih t'bayang-bayang lagi wajah Allahyarham Ustaz yg lembut menutur kata & ramah dalam bicaranya.. Tetapi, kita sebagai hambaNya yg kerdil lagi hina ini harus yakin & percaya dgn janji Allah bahawasanya setiap yg hidup pasti akan merasai mati..


AL-FATIHAH buat Allahyarham Ustaz Tajudin..



"Sekalung Budimu Guru"

Sekalung budimu Guru,
tak terhitung!
Mencurahkan ilmu
Sepenuh kudrat
Setulus jiwa
Demi tanggungjawab
Yang dikau sandang..

Guruku,
Walau pertemuan kita
Hanyalah singkat cuma
Namun, jasamu amat berharga
Kerana ilmumu itulah
Aku kini menjadi dewasa..

Guruku,
Masih ku ingat kata-katamu
Mendidik kami agar tidak alpa
Suaramu masih kedengaran
Memberi nasihat yang berguna
Budimu bagai ibunda
Melayan kami penuh mesra
Senyummu tak pernah lekang
Walau kami bermacam ragam..

Guruku,
Kini dikau pergi dulu
Meninggalkan kami yang masih rindu
Rindu akan didikanmu
Rindu akan nasihatmu
Rindu akan keluhuran budimu

Oh guruku,
Masih terbayang wajahmu di ruang mataku
Wajah yang suci
Sesuci pengorbananmu
Yang tersemat di hati kami..

Guruku,
Amanlah dikau bersemadi
Bersama para solihin
Hanya doa tulus seikhlas hati
Mampu ku hadiahkan
Bersama Al-Fatihah di hujung kalimat mengiringi
Pemergianmu ke alam abadi..

Guruku,
Tak terbalas budi yang kau tabur dalam diri kami
Menjadi pengorbanan yang amat dihargai
Tanda luhurnya hatimu yang murni
Sesungguhnya jasamu guru
Tetap terpatri dalam sanubari
Walau jasadmu dimamah bumi
Namun, dirimu masih ada disisi
Kerana ilmumu kini milik kami!

Guruku,
Benarlah
Sekalung budimu
Tak terhitung!
Menjadi sanjungan
Sepanjang zaman

Kami relakan kau pergi
Guru,
Moga jasa, pengorbanan jua budimu
Dirahmati Ilahi
Dan mendapat kasih
Serta lindungan
RABBUL IZZATI...



Cikgu, terima kasih utk segalanya..!


5 comments:

Prince Halilintar said...

Prince suke sajak tu..thumbs up!

Al-Fatihah juga pada Allahyarham..semoga roh beliau berada dlm golongan yg beriman..amin

Misz Nuriz said...

Prince
thanks.. amin..

HonEyBuNNy said...

salam....

al-fatihah....

Wan Hafisah Collection's said...

Mujur nuriz masih mengingati dia. Sesetengah antara kita terlupa pada cikgu sendiri.

Akak pun sama! HARI ni baru teringat cikgu Mat, cikgu BM akak yg tlg bsh berak akak ms kecik dl. erk.

Misz Nuriz said...

Ila,
thanks.. al-fatihah..

Wan Hafisah,
Hmm.. Alhamdulillah ingatan ni masih kuat kak..
Masih dpt imagine rupa arwah camne..
Mujur la jgk member bagitaw dlm fb, klu x mmg x taw la..
Tp, masih ingt lg la dia

Related Posts with Thumbnails