17 February 2011

Wajah-Wajah Bilionair Malaysia.

Meh baca meh...


Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam.

Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.

"Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion," jelas kenyataan tersebut.

Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion.

"Terdapat tiga pendatang baru dalam senarai itu dengan dua daripadanya merupakan kemasukan kali pertama.

Mereka ialah Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd; Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd; Datuk Seri Stanley Thai dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd; Datuk Tan Heng Chew," ujarnya.

Sumber : Kosmo Online

7 comments:

NM02 said...

eh... mana gambar saya??? hahahaha

Misz Nuriz said...

NMO2,
kah3..a'a la..
mana gamba akak eh??
penulis t'lepas pandang kot..
ntah2 da t'cicir x??
haha...

:: Zanna :: said...

ble gmbr zanna nk ad kat list bilionair..eeheh~~


Jom tengok Tutorial baru ^,^

HAJAR hasan said...

saya respek Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. 1st melayu tu. sye pon selalu bwt research ttg jutawan ni. hee~

Misz Nuriz said...

zanna,
hehe
insyaallah..
usaha n doa2kanlah.. ^^

Profesor Adab said...

Sumpahan Allah Adalah Untuk Siapa & Kepada Siapa?Mengapa?www.rosemujahid.bkogspot.com

HonEyBuNNy said...

salam..ila pun bangga dgn Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary...jutawan malaysia kita...;-)

Related Posts with Thumbnails