12 February 2011

Akulah insan itu..

Akulah insan itu..
Yang malu meluahkan
Tapi sentiasa meyakini
Setia menghargai
Perasaan yang tulus
Datang dari nubari

Memang itu aku
Yang tidak termampu
Mengungkapkannya nyata
Walau hatiku kian mendesak
Tatkala ia hadir menganggu
Menyentuh kalbu yang bisu
Mendatangkan rona sayu
Menyelubungi jasadku

Sungguh itu aku
Memendam dalam sepi
Perasaan yang muncul tanpa dicari
Yang kumiliki tanpa perlu dibeli
Yang datang tidak pergi-pergi

Yea..
Memang!!!
Sungguh!!!
Akulah insan itu..
Yang masih setia memendamnya
Yang masih tak berdaya meluahkannya

Namun hati..
Ku mohon simpanlah rasa ini
sedalam-dalamnya
Kerana aku tahu
Walaupun lidah kelu bersuara
Tapi naluri ini masih tetap sama
Dan firasat ini tetap setia berkata

"Perasaan itu milikku & akan kekal menjadi milikku..
Kerana, aku ikhlas menghargai kehadirannya........"



11 comments:

Lia3003 said...

saya suka ayat2 tu.. rasa macam romantik, nam amik boleh???

Misz Nuriz said...

Lia3003,
terima kasih..
Ni luahan hati sy..
karya saya..
copyright org kata..
Hmm, nak amik boleh..
Tp, kena link kan kat sy la sbg tuannya..
Coz sy x nak karya sy merata2 tnp izin sy..
yea.. tq

~Nanie@InTaN~ said...

nice :)

Misz Nuriz said...

nanie@Intan
tq..
sy sgt hargainya.. :)

shameel Iskandar said...

puitis sekali luahan hati awak.

Suka puisi ker?

misz nuriz said...

saudara shameel,
puitis ke??
tu je yg t'mampu..
em, sy sgt2 suka puisi..
tp tu la.. kdg2 mls nk wat..
coz kekangan masa n mls nak pikir..hehe

With Julia said...

suka poems anda... :))

Misz Nuriz said...

with julia,
tq2.. :)

Ekmi said...

suka la lauhan thru puisi ni. best!

Raji berkata said...

kadang2 ad jgak bnder yg elok dipendam jer ;D

Misz Nuriz said...

ekmi,
tq2.. ^^

raji,
a'a betul tu..
bkn sume benda kita bole luah..
so pendam la yea, slagi t'mampu.. ki3

Related Posts with Thumbnails