14 February 2011

Penyesalan...

SEMALAM,
Ku lalui kehidupan seorang insan
Melewati setiap detik masa & ketika
Tanpa secalit kerisauan
Mencuri ruang di jiwa
Mengkritik laku seharian..

HARI INI,
Aku diselubungi dosa semalam
Terkapai-kapai di lautan kesesalan
Tercari-cari sisa kemaafan
Dek kerana ia telah berlalu
Hatiku jua terus terkeliru
Diburu kesalahan
Dibelenggu kesilapan
Yang membawa penyesalan..

ESOK,
Mungkinkah memberiku sinar harapan???
Menjernihkan kusut fikiran
Melenyapkan kisah-kisah silam
Yang menghantui diri
Agar aku bisa melangkah lagi
Meneruskan perjalanan hidup ini
Yang belum pasti..

NAMUN,
Ku sematkan dalam ingatan
Berhati-hati di landasan perjuangan
Supaya diri tidak tersasar
Dan tidak pula akan menyesal
Dalam menempuh segala cabaran
Menuju destinasi impian
Pastinya, mencapai puncak kejayaan!!!

4 comments:

Anonymous said...

Nice.. :)

Misz Nuriz said...

tanpa nama,
tq komen cni..
tq2

Raji berkata said...

hohoho pk byk2 sebelum melakukan kesalahan ;D
nice lah
kau ni kreatif btol

Misz Nuriz said...

raji,
haha..xde kreatif pun
juz main tulis je..
btw,tq yea..
susah2 je puji..keh3..

Related Posts with Thumbnails