03 March 2011

Dunia Oh Dunia..

Selamat pagi semua! Syukur alhamdulillah.. Aku masih di sini! Yea, masih setia di sini hari ini.. Bersedia melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada Sang Penciptanya, seorang pekerja bagi majikannya, seorang anak kepada ibubapanya, seorang sahabat kepada sahabatnya jua seorang insan yang sentiasa mendambakan kehidupan yang lebih baik dari hari ke hari...

Melakukan rutin harian kat ofis saban hari ni kadangkala membuat aku terfikir, apakah ada improvement dalam keje-keje aku sehari-hari?? Ikhlaskah aku?? Komitedkah?? Bak kata bos aku, kalau kat ofis ni, kita bekerja untuk rakyat tapi kat luar ofis, kitalah rakyat.. Apakah tujuan itu sudah tercapai?? Jujur aku berkata, belum...dan nyata ia perlukan perubahan..

Dan aku masih lagi berfikir.. Apakah masa 24 jam yang aku habiskan sepanjang hari itu bermakna??? Kemana perginya detik-detik itu?? Ke mana aku buang nilai waktu itu?? Bernilaikah??? Untuk tujuan apakah?? Kerana di fikiran aku masih terngiang-ngiang lagi kata-kata seorang Ustaz dalam satu program TV tempoh hari yang antara lain menyebut, sebenarnya masa 24 jam yang diperuntukkan untuk kita sehari-hari itu adalah tak lain tak bukan untuk 3 perkara.. Iaitu 8 jam untuk ALLAH.. 8 jam untuk diri-sendiri & 8 jam lagi untuk orang lain yakni masyarakat di sekeliling kita..

So, nilailah.. Apakah pembahagian masa itu telah kita penuhi?? Tak perlu nak menilai dari sudut pandangan orang lain, nilai saja diri kita sendiri... Ah, teori sememangnya tidak semudah praktikal.. Secara peribadi, memang terlalu jauh dengan apa yang aku laksanakan sekarang... & aku akui, masa yang aku habiskan selama ini langsung tak seimbang.. dan aku jugak tak nafikan, masaku masih terlalu banyak untuk dunia.. Yea, untuk dunia yang sementara.. yang tidak akan pernah kekal...

Tiba-tiba teringat lagu lirik lagu Kumpulan In-Team, PESONA DUNIA..


Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa ia kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan


Ya Allah, akulah hambaMu yang sering lupa.. yang sentiasa leka.. yang seringkali tewas dengan pujukan dunia.. Ampunkan segala dosaku Ya Allah.. Istiqamahkanlah aku dalam melaksanakan kewajipanku sebagai hambaMu & hindarilah aku dari perkara yang melalaikan aku dari mengingatiMu.. amin.....

6 comments:

♥ Ana Joe ♥ said...

Ya, sbg hamba kita sering lupa pd Pencipta..begitu juga sy..sma2 kita renung balik ap yg kita dah buat.

klau salah bertaubat..insyaAllah.

Misz Nuriz said...

Ana Joe,
Em, sama2 la kita muhasabah diri kita..
Semoga kita dpt m'perbaiki diri kita ke arah yg lbh baek..insyaallah..

Hidayah said...

Sama2lah muhasabah diri. Biasalah dunia ni banyak sungguh godaannya. Semoga kita semua tabah m'hadapi setiap duri2 kehidupan amin...:)

Misz Nuriz said...

hidayah,
yea..
amin... :)

EiJOt The A.S said...

salam & selamat pagi tiewa..sehat....begitulah pesona duniawi yg mana isinya sering lalai.tp bila terdetik lakukan lah kebaikan walau sebesar zahrah. selamat bekerja ya .semoga diberkati allah pekerjaanmu .. ^_^

Misz Nuriz said...

Eijot The A.S
Selamat pagi.. sori baru reply..
Alhamdulillah, sy sihat2 je..
hmm, insyaallah..semoga diri ini n kita semua istiqamah dlm melakukan kebaikan d jln Nya..
thanks yea.. Alhamdulillah..amin.. ^^

Related Posts with Thumbnails