14 March 2011

Bukan ku mahu kau pergi..

Bukan ku mahu kau pergi
Tapi, ku sedari
Jika kau pergi,
Ringanlah penderitaan..
Hilanglah bebanan..

Walau tak pernah dirasai
Namun, aku yang melihat
Merasainya dalam naluri..

Bukan ku mahu kau pergi
Kerana aku tahu,
Jika kau pergi,
Ada insan yang menangisi
Sedangkan aku tak akan mengerti
Kerana aku belum pernah mengenali..

Bukan ku mahu kau pergi
Walaupun aku fahami
Kalau kau pergi
Terlepaslah dari seksa ini..

Bukan ku mahu kau pergi
Walaupun aku yakini,
Pergimu menghadiahkan sesuatu yang berharga
Buat insan ini..

Sekali lagi aku lafazkan
Bukan ku mahu kau pergi,
Itu bukan niatku
Kerana aku tahu
Jika sampai masanya
Kau akan pergi..

Namun,
Melihat kau begini
Hati ini merayu kau pergi
Kerana
Walaupun kau masih ada di sini
Tetapi
Dirimu bagaikan sudah pergi
Dari sisi..

Jika diizinkan kau pergi,
Pergilah..
Kerana pemergian itu adalah jauh lebih baik untukmu..

6 comments:

Selipar Putus said...

pah nOk gi manO..? hikhik. nOk ikut!

Misz Nuriz said...

selipar putus,
gi la mano2 pun..
mari la nk ikut skali gak..haha :)

Merpati Puteh said...

sy xnk myampuk, sy nk mgomen je, hikhik
...ku biarkan kau pergi bgai layang2 tputus tali nye..

Misz Nuriz said...

merpati puteh,
wah awk,
da lama sy tunggu awk mengomen,
tp x pernah komen2..
ni la 1st time..
hmm.. lepaskan la layang2 tu t'bang tinggi di awan.. biarkan ia bebas.. sebebas sang camar b'terbangan..

Merpati Puteh said...

aik. sy rs sy ade komen sbelom2 ni la syg..
hahah

Misz Nuriz said...

kak ila,
eh yea ke??x perasan la plk sy..hehe..
sori.. ^^

Related Posts with Thumbnails