15 October 2009

Penghujung Ramadhan ini..

Hmm.. kejap je ek masa berlalu.. dari saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam, hari ke hari, minggu ke minggu, da nak abis da bulan pose taun ni.. masuk ari ni da tinggal seminggu je ag kita nk sambut hari raya.. ntah la kita sedar ke tak akan peredaran masa yg tdk pernah menunggu kita selama ni..


Masa sememangnya pantas berlalu.. Terasa baru je menempuhi bulan Ramadhan tempoh hari tetapi hakikatnya kini Ramadhan semakin tiba di penghujungnya.. Yea, Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita.. Ramadhan kini kian bersisa..


Ayuh rebutlah keberkatan & maghfirah di hari2 terakhir Ramadhan ini.. Bukankah kita telah dijanjikan akan ganjaran pembebasan dari api neraka oleh Tuhan tatkala melewati penghujung Ramadhan..? Bukankah akan menjelmanya satu malam yg kelebihannya menyamai seribu bulan, malam yg sangat2 indah, yg sering dinanti dgn penuh kesabaran oleh hamba2Nya yg muttaqin, malam di mana Malaikat & roh turun membawa segala2nya dengan keizinan Tuhan, malam yg sgt bererti bg hambaNya2 yg mengerti akan kebesaran Allahu Rabbi.. Itulah Malam Lailatul Qadar yg dirahsiakan Tuhan akan kemunculannya, namun yg pasti ia akan menjelma pada salah satu malam antara 10 malam terakhir Ramadhan.. Carilah ia dengan penuh kesabaran.. dengan tulus ketaqwaan..dengan rasa kecintaan.. dengan jiwa kehambaan.. InsyaAllah, dgn izinNya, kita bisa menjadi insan yg terpilih utk menemuinya..


Alangkah beruntungnya kita jika kita bisa mengimarahkan sisa2 Ramadhan ini dgn sepenuh jiwa.. & juga bisa menyempurnakan Ramadhan dgn sebaik2nya.. Lantas menjadikannya sebagai Ramadhan terbaik yg pernah kita tempuh dlm kehidupan ini..
Kerana, kita tdk tahu adakah kita masih berpeluang utk mengecapinya lagi pada tahun2 yg akan datang.. Mungkin Ramadhan ini adalah yg terakhir bagi kita.. Siapa tahu.. Kita tdk pernah tahu akan tempoh hayat kita.. Kita tdk akan tahu apa yg akan terjadi kpd kita selepas ini.. Kita juga tdk tahu bila kita akan dijemput olehNya.. Yg kita tahu hanyalah usaha & merancang, itu sahaja... Hakikatnya, Dia lah yg menentukan segala2nya..


Lantaran itu, peluklah RAMADHAN ini seerat2nya buat kali terakhir.. Genggamlah keberkatannya, Belailah maghfirahnya, Kucuplah kenikmatannya & Sambutlah ganjarannya.. Namun andai suatu ketika kita harus meninggalkannya jua maka leraikanlah ia dengan rasa kehibaan, tangisilah pemergiannya dgn tangisan penuh kesedihan & kepiluan.. berdoalah kita sentiasa agar pemergiannya bukanlah selama2nya.. semoga suatu hari nanti, ia kembali lagi menghulur salam membawa limpahan keberkatan & kenikmatan juga mengheret kita dlm pelukan yg penuh dgn cinta Tuhan.. dlm kehidupan kita pada masa yg akan datang... Mudah-mudahan...


2 comments:

Anonymous said...

baru perasan blog ni.

shahdu bile bace artikel ni. bait bahasa tu menyentuh hati. =)

aku_tiewa said...

tanpa nama

Thanks krn b'kunjung ke blog nie..
blog yg x seberapa..
jika nk dibandingkan dgn blog2 lain..
anyway, thanks utk komen yg sgt m'bina & m'beri semangat ini.. teruskan m'baca ea..^_^

Related Posts with Thumbnails