15 October 2009

Sekalung budimu GURU..!

Tanggal 15 September 2007, aku telah dikejutkan dengan berita pemergian guru kimia ku iaitu Cikgu Faizah ke rahmatullah.. Setelah mendengar berita itu, aku terus mencapai helaian kajang di atas mejaku dan dlm suasana sayu itu, aku menulis bait2 sajak yang ku titipkan khas untuknya..

Entah mengapa, ku rasakan pena yang ku pegang itu semakin laju mengukir bait2 kata.. Mungkin juga kerana cetusan hatiku yang meronta dek kerana kepiluan yg ku rasai saat itu menambahkan ideaku untuk bermain dengan kata-kata yang penuh bermakna dan nostalgik..

Sememangnya karya ini sangat bererti bagiku.. Inilah bukti betapa besar dan bernilainya jasa seorang pendidik terhadap anak didiknya..

Juga ku tujukan sajak ini kepada guru geografi ku yg telah pergi menghadap Ilahi kerana t'libat dlm kemalangan jalan raya ketika dlm p'jalanan utk melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik pada 5 Ogos 2008 yg lalu, iaitu Cikgu Wan Mohammad atau lebih dikenali sbg Cikgu Wan Mad..

Guruku, jasamu akn sentiasa ku kenang sehingga akhir hayatku..


Allahyarhamah Cikgu Faizah

Allahyarham Cikgu Wan Mohammad
Hayatilah..

"Sekalung Budimu Guru"

Sekalung budimu Guru,
tak terhitung!
Mencurahkan ilmu
Sepenuh kudrat
Setulus jiwa
Demi tanggungjawab
Yang dikau sandang..

Guruku,
Walau pertemuan kita
Hanyalah singkat cuma
Namun, jasamu amat berharga
Kerana ilmumu itulah
Aku kini menjadi dewasa..

Guruku,
Masih ku ingat kata-katamu
Mendidik kami agar tidak alpa
Suaramu masih kedengaran
Memberi nasihat yang berguna
Budimu bagai ibunda
Melayan kami penuh mesra
Senyummu tak pernah lekang
Walau kami bermacam ragam..

Guruku,
Kini dikau pergi dulu
Meninggalkan kami yang masih rindu
Rindu akan didikanmu
Rindu akan nasihatmu
Rindu akan keluhuran budimu

Oh guruku,
Masih terbayang wajahmu di ruang mataku
Wajah yang suci
Sesuci pengorbananmu
Yang tersemat di hati kami..

Guruku,
Amanlah dikau bersemadi
Bersama para solihin
Hanya doa tulus seikhlas hati
Mampu ku hadiahkan
Bersama Al-Fatihah di hujung kalimat mengiringi
Pemergianmu ke alam abadi..

Guruku,
Tak terbalas budi yang kau tabur dalam diri kami
Menjadi pengorbanan yang amat dihargai
Tanda luhurnya hatimu yang murni
Sesungguhnya jasamu guru
Tetap terpatri dalam sanubari
Walau jasadmu dimamah bumi
Namun, dirimu masih ada disisi
Kerana ilmumu kini milik kami!

Guruku,
Benarlah
Sekalung budimu
Tak terhitung!
Menjadi sanjungan
Sepanjang zaman

Kami relakan kau pergi
Guru,
Moga jasa, pengorbanan jua budimu
Dirahmati Ilahi
Dan mendapat kasih
Serta lindungan
RABBUL IZZATI...


Cikgu, terima kasih utk segalanya..!

2 comments:

Asma Adila said...

tq ckgu..kn ku kenang jasamu selagi hayat dkandung badan..

sajak mu ke tiewa..mu ni berseni la..hehe

Misz Nuriz said...

sema,
sajak aku la nie..
ikhlas dari sanubari aku tulih nie..
hehe..x dok la b'seni sgt..
biasa2 je.. ^^

Related Posts with Thumbnails