15 October 2009

Citer lawak!!!

Hari ni aku rasa boring sgt2..walaupun assignment n keje b'lambak nk kena wat, tp, aku rasa cam x de keinginan je nk siapkan benda tu cpt2..paham2 je la ek maksud aku nie..ala, biasalah hari minggu kan, relax2 la ckit, xkan nk bebankan fikiran dgn keje yg x abis2 nie..slow2 la..time nie la nk spend masa utk rehat, biar da byk rehat da pun..

So, dlm keboringan yg amat tu, tgn aku pun gatal la nk buka internet..Rasa cam nak hiburan je hari nie, aku pun terus la tulis p'kataan "cerita lawak" kat enjin carian google tu..em, result dia ok, cemerlang, he2..ingat amik spm ke..kui2

Setelah buat pemilihan yg teliti dlm setiap aspek, aku pun buka la laman web lawak yg satu tu..memang t'buktilah kelawakkan cerita dia nie sampai aku da xder daya nak gelak..nk taw lawak ke x citer dia..?nk taw..ha, meh ikut aku..nk pi mana..?pi mai pi mai tang tu,ha3..xder la, nie aku da postkan lawak dia, korang baca sendiri je la ek..tp, x taw la bagi korang citer dia nie lawak ke x..depends on diri masing2 la yea..hu2


Penjual Tembikai

Ada la seorang makcik ni nak beli tembikai merah, jadi, penjual ni pun beri jaminan la tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik nie, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut dianggap penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhlah, dia takut terus jadi pucat dan putih."

Makcik tu pun apa lagi terus baling sisa tembikai tu kat muka si penjual tu. Baru padan muka dia..he3

Silap Tanya

"Seorang wartawan muda ditugaskan untuk membuat liputan mengenai peristiwa pembunuhan. Dia disediakan sebuah kereta lengkap dengan pemandunya sekali. Setelah tiba di tempat kejadian, dia melihat terlalu ramai orang di tempat kejadian..Wartawan itu mula menemuramah beberapa orang yang berdiri di situ untuk mendapatkan punca sebenar pembunuhan itu... Dia juga menemuramah beberapa anggota keluarga dan jiran mangsa.. tapi dia masih rasa belum puas. Lalu dia terlihat seseorang yang begitu ramah.. Si Wartawan berpikir..

"Nampaknya lelaki ini baik orangnya dan sering tersenyum padaku, pasti dia bersedia memberikan keterangan yang lebih tepat.." Wartawan itu terus mendekati lelaki tersebut dan mula mengajukan beberapa pertanyaan.Wartawan :"Apakah anda Jiran Mangsa?"

Lelaki : "Oh ... bukan."

Wartawan : "Kalau begitu anda ahli keluarganya?"

Lelaki : "Bukan juga"

Wartawan : "Kalau begitu apa hubungan anda dgn mangsa atau kejadian ini?"

Lelaki : "Tidak ada"

Wartawan : "Jadi kenapa anda ada di sini?"

Lelaki : "Sebab saya adalah pemandu yang membawa encik ke mari."


Makcik dari kampung

"Ada sorang makcik nie datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang makcik ni akan menginap. Si Makcik ni mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, makcik tu melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.

"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"
Si pelayan yg dari tadi bengang sbb kena marah nie terus m'jawab dgn penuh perasaan "Makcik, nie bkn bilik, ni lif la"..ha3

Suatu hari di KLCC

Satu hari ketika baru saja tiba dari Kuantan, Amin singgah sekejap di KLCC. Ada something utk dibeli katanya. Ketika dia sedang melihat barang2 di sebuah kedai, tiba2 perutnya terasa memulas. Apalagi, dia pun terus b'gegas ke tandas kat level 1. Masuk saja kat situ, dia tengok ada 3 bilik air. Satu tu b'tutup so dia pergi la yg di sebelahnya.. Baru saja dia duduk, dia t'dengar suara dari sebelah "Haa, camna sekarang?" Si Amin nie bkn jenis yg suka nk b'bual ngan org yg dia x kenal kat tandas tu.. Ntah camne, akhirnya dia jawab jgk "Ok gak ler" Kemudian suara tu b'tanya lagi "Ko nk gi mana nie?" Ishkk..Amin mula rasa musykil skit..tp, dia balas jgk "Aku nak balik, singgah sini nk beli barang sikit" Lepas tu suara tu b'tanya lagi "Bila ko nak gerak ni??" Amin pun selamba jer kata "Lepas aku sudah ni, abis beli, aku chow la".. Kemudian Amin t'dengar lagi suara org sebelah tu b'kata "Hei, aku call balik la ko lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodo sebelah aku nie asyik jawab jer!!!"

Moral : Jgn menyampuk time org b'cakap..

Sabar

"Seorang lelaki asyik memerhatikan seorang wanita yang sedang membeli-belah di supermarket bersama anak kecilnya... Anak wanita itu duduk di dalam troli yang ditolak oleh ibunya..

Ketika melintas bahagian makanan... anak wanita itu merengek-rengek meminta dibelikan biskut... Tapi ibunya kelihatan tidak menghiraukan permintaan anaknya itu.. Anaknya mula menangis dan menjerit. Dengan suara perlahan.. si ibu berkata"Sabar Suzie... ada tiga lorong lagi.. jangan marah..ya. tak lama lagi dah.."


Kemudian mereka melalui pula lorong yang mengandungi bahagian permainan.. anaknya sekali lagi merengek dan menjerit minta dibelikan permainan.. Ibunya tetap tidak menghiraukan permintaan anaknya itu dan anaknya terus menangis... Si ibu berkata..


"Sabar, sabar, Suzie... ada dua lorong lagi dan kita akan keluar dari tempat ini"Akhirnya mereka selesai melalui lorong terakhir dan terus pergi ke kaunter dan menunggu giliran untuk membuat pembayaran.. Anaknya masih menangis dengan kuat dan menjerit-jerit minta dibelikan mainan.. Si ibu dengan sabar berkata..


"Sabar Suzie.. kita akan melepasi kaunter ini dalam masa 5 minit sahaja lagi.. Lepas ini kita akan pulang dan boleh tidur dengan selesa.."


Si lelaki yang melihat kejadian itu kagum dengan kesabaran si ibu... Lalu dia pun mengikuti wanita berkenaan hingga ke tempat parking untuk memberikan pujian....


"Sungguh luar biasa.. anda begitu sabar menghadapi karenah si kecil Suzie" katanya.

Si ibu menjawab.. "Saya Suzie dan ini anak saya namanya Lily"

Siapa Yang Betul

"Amar dan Omar.. dua sahabat sedang bertengkar mengenai perkataan yang betul..

"Yang betul adalah SILANGKATA!" kata Amar

"Bukan.. SIRANGKATA!" Bantah Omar

"SILANGKATA!" Amar bertegas

"Gila kau! SIRANGKATA yang betul, bodoh!" marah Omar

"OK, daripada kita bertengkar kat sini, mari kita minta pendapat dari orang yg melalui jalan ini" cadang Amar...

Omar setuju. Seketika kemudian seorang lelaki tua melintas jalan itu.. mereka terus bertanya..

"Pak.. kami tumpang tanya.. mana yang betul..

SILANGKATA atau SIRANGKATA?"tanya Amar.

"Yang betul SIRANGKATA" jawab orang tua itu.

Omar pun t'senyum kemenangan..

"Terima kasih bebanyak ya pak" kata Omar pada orang tua itu..

"TERIMA KASIH KEMBARI..." jawab orang tua itu pelat... " hi3

Pisau

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan, seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu t'jumpa sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar senior itu pun mengambil pisau lipat t'sebut dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang ada kehilangan pisau lipat di tengah2 perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..

Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..

"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Masih tidak ada jawapan dari para pelajar lain..

"Kerana tidak ada yang jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya!!!"

Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL" cepat keluar...!!!

"Makan Suratkhabar "

Tina, 8 tahun, di suruh oleh ibunya untuk menjaga adiknya yang sedang bermain sementara ibunya sedang memasak. Ketika sedang bermain, bayi adiknya itu memakan suratkhabar hampir habis 1 halaman. Tina sangat terkejut dan takut dimarahi oleh ibunya...

Tina : "Ibu.... Adik makan surat khabar sampai hampir habis !".

Ibu : "Apa?!"

Dengan terkejutnya dan sambil berlari.. si ibu merebut sisa suratkhabar yang ada lalu dengan m'ukir senyuman si ibu menjawab....

Ibu : "Emm.. biarkanlah dia.. ibu ingatkan surat khabar hari ni.."

Buruk sangka

Sewaktu si mamat sedang dalam perjalanan menaiki kereta utk pulang ke Kuala Lumpur daripada Johor Bahru melalui lebuhraya, beliau telah berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya, “Anak nak ke mana?”. Beliau menjawab ringkas, “KL”.

Orang tua itu bertanya lagi, “Boleh tumpang sampai Pagoh?” dan dijawab oleh si mamat tadi,

“Ehm..bolehlah” Lantas orang tua tadi terus masuk dan duduk di dalam keretanya.

Dalam hati si mamat berkata, “Hai siapalah orang tua ni, orang ke atau???”. Beliau kemudian meneruskan perjalanannya.

Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya lagi “Anak ni nak kaya tak?”. Si mamat terdiam dan berkata dalam hatinya, “Ha aku dah agak mesti orang tua ni tak betul punya nak bagi nombor ekor pula” lantas menjawab dengan bergaya, “Sebenarnya hidup kita ni pakcik tak perlu nak kaya asal dapat hidup ala kadar pun cukuplah”.

Orang tua itu berkata lagi, “Ehh pakcik tanya betul-betul ni, anak nak kaya tak"Jawab si mamat, “Tak payahlah kaya pakcik,hidup sederhana pun dah cukup!!”

Orang tua tadi pun diam sehingga sampai di Pagoh dan sebelum turun dari kereta beliau memandang kepada si mamat sambil membuka begnya dan berkata, “Sebenarnya, pakcik tak ada duit nak bagi kat anak tapi dalam beg pakcik ni ada banyak KAYA CAP YEO'S , anak nak tak?” Si mamat dengan malunya berkata, “Tak payah lah pakcik” dan terus beredar pergi…
He3..malu la tu konon..

Moral of the story, lenkali kalau org bagi kaya kat kita, mintak la roti sekali yea,hu3

"Kereta penuh doh"

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung. Tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluarga tersebut pun berkata,

Ibu : Guane nih…..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Ayah : Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.
Ibu : Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. Kecik do’oh.
Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang. Tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata,
Anak : Ayoh, Umi…..Awang tau doh guane nok buak. Kite sekarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi, baru jadik ‘LAPANG’…!!!
Ha3..jgn marah org Ganu..

"Aku abang dia.."

Suatu hari Azman dan isterinya pulang dari kerja seperti biasa… Tapi ada sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari itu. Cuaca panas menjadi lebih panas buat Azman kerana tersekat di dalam trafic jam.

Azman "Ish! Geram betul aku. Jalan tidak pernah sesesak ini, kenape pula sesak hari ni? Isteri "Sabarlah abang, mungkin kerja-kerja pembaikan jalan sedang dijalankan, tak pun ada kemalangan ke”. Dengan perasaan marah Azman berkata "Sabar!, Sabar!,Sabar! Itu ajelah yang awak tau”. Kenderaan di hadapan masih tidak bergerak. Malah orang ramai makin ramai berkumpul. Azman "Ini tak boleh jadi nie. Aku mesti buat sesuatu”. Azman keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah orang ramai dan bertanya apa yang berlaku. Ada accident la encik. kata sorg mat rempit. Lalu Azman pun menjerit ” Tepi, tepi. Aku abang dia!. Tepiiiii,Akuuuu abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa! Orang ramai yang berkumpul mula bergerak memberi laluan sambil memandang sesama sendiri dengan penuh persoalan. Dalam hati Azman berbangga dan berkata “menjadi juga idea aku ni” Tetapi apabila menghampiri kawasan berkenaan alangkah terkejutnya Azman. Matanya bulat bagai nak terkeluar apabila dia melihat keadaan adiknya yang kemalangan itu…


Azman meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya. Dalam hati dia berkata, Oh! malu semalu malunya aku kerana adikku seekor monyet!!!!!!

Bil telefon



Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang:


Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Maid @ Bibik : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!….

He3..betul lah kan..

Amacam? lawak tak citer dia..?byk lagi citer2 lawak nie sebenarnya..saje je aku postkan sikit nanti x pasal2 korang asyik gelak je kejenya, x leh jgk kan..so, kalau nk citer2 camni lagi, rajin2 la cari yea,hu3



Related Posts with Thumbnails