05 September 2011

I'm back!

Assalamualaikum dan selamat pagi! Yea, setelah seminggu bercuti & menyepikan diri dari dunia blog, kini aku kembali..

Apa khabar kawan-kawanku sekalian?? Moga2 sihat sejahtera hendaknya yea.. Hmm, pagi isnin yang indah ni, bermula la semula rutin harianku.. kerja.. kerja dan kerja.. Walaupun masih lagi bermalas-malasan, tapi terpaksa la jugak merajinkan diri dek kerana mencari rezeki...

Mesti ramai yang dah start memulakan tugas hari ni kan?? Terujakah anda??? atau masih lemau2 badan n sakit2 pinggang?? Maklumlah, bulan raya.. rumah terbuka di mana-mana.. So, apa lagi, makan..makan n terus makan.. Tak cukup dengan makan juadah raya, terpaksa pulak makan jem takde roti di tengah jalan.. tak ke merana badan kan.. Apapun sabo je la yea.. Nak wat camne.. Keje tetap keje.. Jalan hak semua.. hihi..

Dan aku percaya, ramai lagi yang masih bercuti.. Bersenang-lenang di kampung halaman.. Waduh, jeles gue! Dan kebanyakan ofis pun masih lengang.. Dan itu sudah terbukti apabila ku lihat orang-orang yang turun di bus stop berkurangan.. Tak seperti selalu.. Meriah dengan orang!

Itu mereka.. Dan aku yang dah mula keje ni haruslah melaksanakan tanggungjawab dengan sewajarnya yea.. Begitu jugak dengan korang.. Selamat bekerja kembali aku ucapkan.. Laksanakanlah tugas dengan amanah dan penuh rasa tanggungjawab.. Mudah-mudahan rezeki yang kita terima selama ini diberkati oleh-Nya.. Insyaallah..


p/s : Selamat berpuasa bagi mereka-mereka yang dah start puasa enam..

2 comments:

Anak Wak Mail said...

yeah!!selamat memulakan kerja!

Misz Nuriz said...

Anak Wak Mail,
thanks... anda juga... :)

Related Posts with Thumbnails