19 September 2011

Perjuangan Yang Belum Selesai!

First time aku dengar lagu ni, masa kursus BTN dulu.. Mula-mula dengar, takde rasa apa pun.. biasa-biasa je.. Tapi bila dengar banyak kali, rasa macam ada tarikan dalam lagu ni yang buat aku suka nak dengar banyak-banyak kali... Dengan bait-bait lirik yang sungguh puitis dan penuh pentafsiran.. ditambah pulak dengan suara merdu Nora dan lantunan suara Tun Mahathir yang sayup-sayup kedengaran mendeklamasikan bait-bait kata, membuatkan aku terus jatuh hati untuk terus dengar dan dengar lagu ni tanpa rasa jemu sedikit pun..

So, aku dedikasikan lagu ini untuk korang.. Sesungguhnya, perjuangan kita masih belum selesai!

Perjuangan Yang Belum Selesai

Langkah, beribu langkah
Ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti, tercari-cari
Haluan arah, yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian

Hina, hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi
Kerdilnya diri bukan lagi tuan
Inikah rupanya nasib bangsaku

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan juga terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Tanpa usaha, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal selamanya...

"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya?"

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan jadi terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Usahalah, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal sentiasa

"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya..."


8 comments:

shizuka88 said...

tersirat betul lirik lagu nie..
ok la, sedap didengar..
btw, salam kenal ^_^

Misz Nuriz said...

shizuka88,
a'a kan.. puitis lagi..
apapun, tq singgah sini..
slm kenal jgk.. :)

ILA HonEyBuNNy said...

berjuang dan terus berjuang.....;)

Misz Nuriz said...

Ila,
yea..berjuang la sehingga ke titisan darah terakhir.. :)

Belleza~ said...

lirik yg penuh makna tersirat.
it's nice btw :)

Misz Nuriz said...

Belleza
puisi la katakan...
penuh ayat2 tersirat..

Selipar Putus said...

puitis bebenor.. like~ :)

Misz Nuriz said...

Selipar,
kan?? sy pun suka jgk.. :)

Related Posts with Thumbnails