07 May 2011

Untukmu Ibu..

Sempena Hari Ibu, kutitipkan video khas nyanyian penyanyi dikir barat t'sohor kelantan, Cikgu Sulizi istimewa buat ibuku & semua ibu di seluruh dunia.. Sesungguhnya, jasa & pengorbanan ibu tiada nilainya.. Hanya Allah sahaja yang bisa m'balasnya.. dan kudoakan semoga Allah merahmati mereka selama-lamanya... amin.. Hayatilah & SELAMAT HARI IBU!

video

Untukmu Ibu

doo..doo..doo.. anak nak tido..
tido berulik jaga di gerak
tepuk amai-amai belalang kupu-kupu
tepuk biar ramai malam karang mak upah susu

setitik air susu yang masuk ke mulut
bersahaja ibu nak tengok mu hidup
air susu ibu nilai tak dok harta
walau pitih beribu dengan duit berjuta

ku tengok muka ibu sejak muda sampai tua
dahi kedut seribu uban putih penuh kepala
tapi aku tahu ibu banyak jasa
air tangan ibu seribu bau seribu rasa

oh ibu.. oh ibu.. terima kasih ibu..

sejak kecil hingga aku dewasa
nyamuk sekor tak wi ketik duduk jaga
makan minum kain baju tak wi kurang
didik aku dengan penuh kasih sayang

bila besar baru aku kenal diri
tak dok nilai jasa ibu tabur budi
tangan pun kaki sanggup jadi jamban
rela susah diri pero aku sorang

ibu yang dah tua dok perhati anak anak
hok dia tabur jasa bila besar dia nak tengok
anak yang berjaya di taruh harapan
bekal hari tua tempat dia nak menumpang

oh ibu.. oh ibu.. jasamu ku kenang..

selama kenin ibu duduk jadi hamba
hari ini ku nak balas segala jasa
sakit demam makan minum mu ku jaga
nak wi senang hidup mu di masa tua

jasa baik budi ibu ku tak lupa
walau setitik air susu mu ku rasa
nak buleh ku sorang mu ngandung 9 bulan
letih penat badan mu tak royak ke orang

ku cium tangan ibu mintak halal mintak ampun
segala salah aku banyak sangat kalu hitung
hari ni aku tahu nilai kasih ibu kandung
budi dan jasa ibu setinggi tinggi aku sanjung

pada anak-anak hok masih ada ibu
tolonglah pakat tengok walau sekali-sekali seminggu
harta dia tak nak, harap kasih anak cucu
tengok mata anak terubatlah segala rindu

oh ibu.. oh ibu.. ku sayang padamu..
oh ibu.. halal lah makan dan minumku..
oh ibu.. oh ibu.. ampunkan dosaku..
oh ibu.. oh ibu.. terima kasih ibu..

8 comments:

HonEyBuNNy said...

selamat hari ibu kepada semua ibu2 d seluruh dunia...

saya sayang ibu saya...;_0

sarah mohamad said...

selamat hari ibu kepada semua :)

misz nuriz said...

Ila,
Selamat hari ibu jgk.. :)

Sarah Mohamad,
Slmt2... :)

nur said...

dear.. selamat hari ibu..

Misz Nuriz said...

nur,
selamat hari ibu jgk... :)

Srikandi Bonda said...

Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu.. Kepada yang bakal bergelar ibu, tahun depan okeh! PEACE!!

s h e e said...

alaa...x dapat tgk video...sobs2...

selamat hari ibu pada ibu misz nuriz...

Misz Nuriz said...

Srikandi bonda,
selamat hari ibu jgk..


Shee,
nape x leh tgk???
hehe,tQ..
slmt ari ibu jgk utk ibu shee.. :)

Related Posts with Thumbnails