14 October 2010

Hadith: Kesan Istighfar


Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:


“Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.(Riwayat Abu Daud)



HURAIAN


1.Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah S.A.W. sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum.

2.Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadanya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

3.Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai, seseorang itu hendaklah sentiasa memperbanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.



2 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

alhamdulillah...jom Istighfar

Misz Nuriz said...

alhamdulillah..
b'pesan2lah kita kpd kebenaran & kesabaran.. =)

Related Posts with Thumbnails