09 February 2010

Hati

Duhai Hati..
Hati ini sudah lama tidak b'perasaan..
Kering..kemarau..
Mungkin b'habuk..

Yang ada sudah pergi..
Yang tiada makin menjauh..
Yang disisi belum tentu memahami..
Yang faham belum tentu menghayati..
Yang menghayati belum tentu merasai..

Diri yang merasai..
Segalanya perlu ditelan..
Biar pahit..biar sukar
Namun, hati ini harus kuat..
Menghadapinya..

Kadang2 kita perlu meluahkan..
Kerana kebisuan sukar ditafsir..
Pandangan sukar dimengertikan..
Rintihan sukar didengari..
Hanya ungkapan menjadi saksi..
segalanya adalah pasti..

Sememangnya..
Semuanya telah t'surat sejak azali..

Tetapi hati ini
Menjadikannya t'sirat
Dari nilaian nurani..
Renungilah dari pandangan mata hati..
Nescaya kau akan lebih mengerti.....






2 comments:

L.Lawlett said...

susah juga nak buat satu sajak camni
dalm2

Misz Nuriz said...

sajak mmg susah nk buat..
sbb kita kn byk b'fikir..
tp xpe la..
byk b'fikir kan baik utk kesihatan otak..he3

Related Posts with Thumbnails