01 February 2010

Kenangan

Ntah nape sjk 2,3 minggu nk dekat cuti ni, fikiranku asyik melayang nun jauh ke kampung halamanku.. t’byg2 satu persatu raut wajah insan2 t’syg.. oh, sungguh syahdu rasanya tatkala mengenang pengorbanan ma n abah..yg telah byk menabur budi dan jasa..yg t’lalu byk b’korban masa & tenaga..demi kehidupan kami sekeluarga...

Hmm...mungkin Dia lebih mengetahui..hikmah telah diaturnya sejak azali..mungkin saat ini baru aku menyedari betapa semua itu tlh t’bls kini.. yea..dari aku b’sekolah rendah ke sekolah menengah kemudian ke IPT dan kini alhamdulillah, aku telah b’kerjaya.. Mungkin inilah p’caturanNya.. yg tlh ditetapkan utk kehidupanku yg sementara ini.. aku telah b’jaya melalui satu fasa ke satu fasa dlm p’jlnn hidupku..dan jika ditakdirkan aku masih diberi peluang utk mengecapi hari2 m’datang, mungkin aku akan dpt mengecapi fasa2 seterusnya, yg lebih tinggi dan lebih m’beri cabaran yg b’beza..siapa tahu..? Dan semua ini xkan dpt ku capai kalau tdk dari hasil titik peluh kedua org tuaku.. Oh Tuhan, betapa aku b’syukur di atas nikmat yg tlh Engkau kurniakan.. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Dalam kesibukanku dgn dunia baruku kini, fikiranku masih tdk lepas dari mengenang kenakalan dan keriuhan adik-beradikku.. t’lintas satu persatu kenangan2 yg dah b’kurun lama t’simpan di benak ingatan..kenangan2 yg penuh nostalgia..dari sekecil aku yg sedang lena di atas buaian sehinggalah usiaku kini yg semakin m’cecah ke alam kedewasaan.. Sememangnya, aku masih mampu mengutip saki-baki kenangan yg tlh b’semi abadi dlm kanvas hidupku..walaupun ada antaranya sudah semakin luput dimamah usia..semakin t’hakis ditelan masa..

Bila aku semakin mengenal erti dunia, aku semakin pandai mengatur langkah..aku telah bisa b’teman dgn insan2 di sekelilingku..aku sudah bijak mengutip pengalaman2 yg b’harga..yg kulalui dlm susur usiaku..aku tdk tega lagi menempuh cabaran & ranjau yg b’liku..dan semua itu, sedikit sebanyak m’bina keperibadianku..m’capah pemikiranku..mematangkan mindaku dan seterusnya melahirkan aku yg punya matlamat hidup, yg sentiasa b’fikir ke arah masa depan & mahu m’capai kebahagiaan dlm kehidupan...

Tatkala aku menyusuri semua rentetan ini, aku masih belum mampu menyusun atur langkahku.. aku masih belum tahu di mana noktah p’jalananku.. apakah aku harus teruskan sehingga ke satu waktu yg tdk pasti atau aku harus b’henti di medan ini..? Yea, ketika itu aku ibarat seorang pengembara..yg tdk pernah jemu m’atur langkah..walau haluan penuh b’liku..walau jalan tiada arah tuju..namun pengembara yg tabah xkan pernah b’henti scr t’buru-buru krn mereka pasti, keinginan dan kehendak itulah yg harus mereka seru...t’kadang, destinasi bukanlah suatu titik yg harus kita tuju tetapi tujuan dan matlamat itulah yg m’jadi penentu...

Namun kini, semua itu hanyalah sebuah kenangan..kenangan yg sentiasa muncul di benak ingatan... Dan krn kenangan itulah, aku bisa m’cipta kembali memori semalam yg tlh b’kubur dek zaman..aku bisa m’jejaki kembali wajah2 penyeri suka & bahagiaku, tdk kurang juga wajah2 penyeri duka & nestapaku.. Yea, merekalah insan2 yg pernah mengukir erti kasih-sayang di dlm diriku..dari p’gaduhan kecil sesama adik-beradik, dari keriangan b’main bersama teman2 di zaman kanak2, dari lahirnya cinta2 monyet, dari keikhlasan sebuah p’sahabatan sehingga b’lakunya perpisahan dlm sesebuah ikatan..semuanya adalah turutan kenangan yg telah aku lakarkan dlm perjalanan yg pjg.. Perjalanan sebuah kehidupan..yg diibaratkan seperti sebuah kanvas yg putih bersih..yg harus dicoretkan dgn warna2 keriangan..dilakarkan dgn lukisan2 kebahagiaan..dan harus juga disusuli dgn garisan2 kedukaan jua corak2 pengalaman dan cabaran agar kanvas kehidupan kita tetap seimbang serta bisa melahirkan imej yg abstrak dan penuh ilusi serta t’sirat pada pandangan mata setiap manusia yg mengamatinya...




No comments:

Related Posts with Thumbnails