05 October 2011

Nak hadiah RM200 tak??

Ce, mesti liar mata korang tengok tajuk kat atas tu yea.. haha.. Kalau pasal duit, memang peka bebenor nye.. Ni ha, ada announcement sikit nak bagitau.. Khas ditujukan buat sesiapa yang kreatif, berseni dan berbakat dalam penciptaan nukilan kreatif, bolehlah cuba-cuba nasib korang untuk join SAYEMBARA E-PANTUN MELALUI LAMAN SOSIAL “FACEBOOK”PERBADANAN PUTRAJAYA yang sedang hangat berlangsung sekarang sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan kerjasama GAPENA dan Dewan Bahasa dan Pustaka..

Event ni akan berlangsung selama 4 minggu berturut-turut bermula dari 1 Oktober hingga 28 Oktober 2011 dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 15 tahun ke atas yang mendaftar sebagai pelawat kepada Laman Sosial “Facebook” Perbadanan Putrajaya..

Sebanyak Tiga (3) hadiah mingguan bernilai RM200 setiap satu ditawarkan kepada pemenang yang akan diumumkan setiap minggu..

Untuk penciptaan pantun, Penganjur telah menetapkan tema bagi setiap minggu iaitu :

Minggu Pertama (1-7 Okt. 2011) -Putrajaya Pusat Pentadbiran Negara Yang Moden

Minggu Kedua (8-14 Okt. 2011) -Putrajaya Bandar Hijau dan Mesra Alam

Minggu Ketiga (15-21 Okt.2011) -Putrajaya Bandar Pintar bersendi Seni dan Budaya Kebangsaan

Minggu Keempat (22-28 Okt.2011) -Putrajaya Bandar Harmoni Alam, Teknologi dan Kemanusiaan

Bagi korang yang berminat dan nak tau lebih lanjut, bolehlah rujuk DI SINI yea atau pun DI SINI atau kalau nak lebih senang lagi, klik je kat pic di bawah.. :)

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

p/s : Hajat di hati, nak jugak join tapi bila tengok pantun-pantun peserta lain, huhhhhh! luluh hati ini.. dasyat-dasyat lagi kreatif semuanya.. Hmm, bagi peluang kat korang yang kreatif-kreatif ni je la mencuba nasib yea.. Doa banyak-banyak, insyaallah boleh punye.. ^^


6 comments:

Anonymous said...

wah bestnye..
nak join tapi tak pandai nak buat pantun.. hik3

Misz Nuriz said...

anon,
thanks singgah..
hehe..sama la kita..

budak penjara said...

mesti lah nak..tapi x pandai berpantun..heee

ILA HonEyBuNNy said...

ila lagi la...
tak pandai berpantun jugak..ehheheh

Misz Nuriz said...

budak penjara,
hehe.. kena pandai2 kan lah kalau nak..

Misz Nuriz said...

Ila,
sama laaa..huhu

Related Posts with Thumbnails