27 June 2014

Syukur ku.... (khas buat tamuku)

Syukur ku panjat kepadaMu Ya Allah
Kerana masih memberi kesempatan buatku
Menghirup nafas di fana duniaMu
Meniti hari-hari tuk gapai redhaMu
Memperhambakan diri hanya kepadaMu
Tuhanku yang Maha Satu..

Ya Allah, syukur ku panjatkan kepadaMu
Atas kurniaan ruang dan waktu
Mengizinkan aku kembali bertemu
Tamuku - yang sekian lama kurindu
Yang sering ku doakan datang bertamu 
Setelah semusim berlalu..

Hadirnya sentiasa dinanti
Mengisi perjalanan hidup ini
Menuntuni langkah yang makin kaku
Mendidik jiwa yang kian lesu 
Menyubur iman yang telah lama beku
Dalam diri hambaMu..

Tamuku..
Datangnya membawa anugerah
Dan nikmat melimpah..

Ku sambut kehadirannya
Dengan kesyukuran tak terhingga
Mengiringi tekad di dalam jiwa

Moga aku diberi kekuatan
Meraikan hadirnya dengan keikhlasan
Menghiasi harinya dengan kebaikan
Mengharapkan kesempurnaan dari amalan
Menginsafi diri dan kekhilafan
Sepanjang kedewasaan..

Kerana ku sedar,
Kesempatan bertemunya ini amatlah berharga
Dan aku tidak pernah dijanjikan pertemuan berikutnya..

Tamuku datang mendekat..
Menghulur salam penuh kemuliaan
Daku menagih berkat, ku sambut salamnya penuh kesyukuran!

Ahlan wasahlan tamuku, Ramadhan Al-Mubarak..

Salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa buat seluruh muslimin muslimat walau di mana jua anda berada..   




3 comments:

permainan bola voli said...

dengan bersyukur insyallah kita kan dimudahkan jalan kita, terimaksih salam kenal ya
Jualpulsa.com Jual Pulsa Online Murah Terpercaya
klikoffice.co.id belanja online peralatan dan perlengkapan kantor

شركة مكافحة حشرات said...



افضل الخدمات المنزلية المقدمة بمدينة الخبر من شركة تاج 0551844053 فخدمات شركتنا عديده ومتعددة ومنها شركة تنظيف منازل بالخبر
شركة تنظيف بالخبر
شركة تنظيف بيوت بالخبر
شركة تنظيف سجاد بالخبر
شركة تنظيف شقق بالخبر


شركة تنظيف فلل بالخبر
شركة طيوب لتسليك المجارى بالقطيف
شركة تنظيف مجالس بالخبر
شركة تنظيف بالقطيف
شركة طيوب لتسليك المجارى بالخبر

شركة مكافحة حشرات said...



تقدم شركة تاج 0551844053 افضل خدمات التنظيف للمنازل والبيوت وكذلك ايضا تنظيف السجاد والموكيت والمجالس وبيوت الشعر
بالدمام والخبر تنظيف فلل وشقق ومطاعم نقدم عمليات التنظيف الشاملة بمفهموها العصرى والحديث
شركة تنظيف بالدمام
شركة تنظيف منازل بالدمام
شركة تنظيف خزانات بالدمام
شركة تنظيف سجاد بالدمام
شركة تنظيف فلل بالدمام
شركة جلي بلاط ورخام وسيراميك بالدمام
شركة تنظيف شقق بالدمام
شركة تنظيف مجالس بالدمام
شركة طيوب لتسليك المجارى بالدمام

Related Posts with Thumbnails