14 March 2012

Berakhirlah sudah sebuah FENOMENA..

Yea, tepat jam 10 malam semalam, aku dengan ini mengisytiharkan bahawasanya berakhirlah sudah sebuah FENOMENA dalam hidupku.. Fenomena yang sangat-sangat merencatkan kehidupan harianku selama ini.. Dan kukira kalian semua tahu apa yang aku maksudkan bukan..?? Fenomena itu adalah tak lain dan tak bukan --> Vanilla Coklat!


Jujur kuakui, setelah kukenali Vanilla Coklat, hidupku dah tak seperti dulu lagi.. Vanilla Coklat telah merubah kehidupanku.. Menjadikan aku bukan lagi seperti aku yang dulu.. Tak tahu kenapa.. Kalau dipikirkan pun, memang tak tercapai dek akal kita.. erkkkk, lain macam lak bunyiknye.. 

Sungguh aku tak sangka, Vanilla Coklat  ni sangat-sangat memberi kesan dalam hidup aku.. Kerana Vanilla Coklat lah, hari selasa ku semakin bererti.. Dan aku sentiasa ternanti-nanti ketibaannya saban minggu.. Walaupun terpaksa melalui hari Isnin terlebih dahulu yang kebiasaannya menjadi hari yang sangat malas untuk memulakan kembali rutin harian namun demi selasa yang dinanti, segala-galanya kutempuhi dengan wajah yang berseri-seri..

Apa yang lebih penting, dek kerana Vanilla Coklat jugaklah aku belajar erti kegigihan.. yea, aku sangat menyedari betapa gigihnya diri ini mendownload setiap episod untuk rujukan ku hari-hari.. Bukan tu je, segala jenis video, ost, movie maker dan lain-lain yang berkaitan dengannya jugak aku download sama.. Dan tak pernah jemu aku mainkannya hari-hari.. Semuanya demi VC!

Dan yang paling aku tak lupa, kegigihan aku mencari satu medium untuk aku berkongsi luahan perasaan tentang VC ini sehinggalah aku terjumpa forum CARI.. Memang kenalah dengan aku yang tengah mencari nie.. Tak tau nak cari kat mana, carilah kat forum CARI! Sememangnya, penemuan ini adalah sangat membahagiakan buat diriku tatkala dapat berkongsi segala-galanya tentang VC.. Dapat meroyan bersama-sama jemaah yang langsung tak kukenali tapi punyai minat yang sama, itu sudah memadai!

Tapi sayangnya, VC sudah melabuhkan tirai episodnya yang terakhir malam semalam.. Meninggalkan kenangan-kenangan indah yang akan terus kekal terpahat di ingatan para pencintanya.. Selamat tinggal VC! Kini bayangan VC sudah tiada lagi menghantui malam selasaku.. sobs3.. Ini juga bererti, hari selasaku sudah tiada penyeri.. tidak lagi ku ternanti-nanti dan selasaku kini kembali menjadi selasa seperti sebelum-sebelum ini... Owh tidakkkk! Pasti kerinduan kepada VC menggamit nanti.. 

Apapun, itulah hakikat yang harus aku terima.. Menangis airmata darah sekalipun takkan mengubah apa yang telah terjadi bajet tragis bebenor kisah aku nie.. Bertabahlah wahai diri menghadapi perpisahan ini.. Semoga di lain hari, aku takkan jumpa lagi fenomena seperti ini kerana aku sangat-sangatlah serik dan tersiksa jiwa raga menahan gelora cinta ketagihan, kecairan, kemanisan, keterujaan, kesengehan yang memanjang & bermacam-macam lagi kekronikan yang sangat-sangat memudaratkan mental dan fizikalku..

Namun VC, jutaan terima kasih jua aku ucapkan kerana telah menceriakan hari selasaku selama ini.. Mengertilah, diri ini sangat-sangat menghargainya! Thanks a lot kepada krew-krew produksi, pelakon-pelakon and semua yang terlibat! Semoga kalian semua terus maju jaya dalam industri!  


2 comments:

Anonymous said...

suka tgk drama ni..
x penah miss pun.. huhu

Misz Nuriz said...

Anon,
best kan citer nie..
sampai ari ni still dok tgk lagikk..
mmg penangan betul laa..

Related Posts with Thumbnails