23 November 2013

Redhalah..

Bila mana kesedihan dan kekusutan melanda jiwa..


Pejamkanlah mata dan katakanlah di dalam hati..

"Inilah perjalanan hidupku.. Allah Ta'ala yang letakkan aku di sini.. Semua ini perancangan Allah.. Jadi, aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya atas setiap ketetapan-Nya.. Dan aku terima Qada' dan Qadar diriku.."

"Sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmah-Nya.. 

Terima kasih Allah, kerana mengasihiku.. "

Selepas itu, bukalah mata dan senyumlah..


Semoga ketenangan yang hadir memberi kita semangat untuk terus cekal dan tabah mengharungi hari-hari mendatang...

Yakinlah sentiasa, perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita.. Dan ingatlah, DIA sentiasa ada untuk kita... Di setiap detik dan ketika.. Dalam apa jua keadaan sekalipun.. Kembalilah kepada-Nya dan berserahlah kepada Dia.. Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu..


Ya Allah, didiklah aku menjadi seorang hamba-Mu yang redha dalam mengharungi segala apa yang telah Engkau tetapkan padaku..... Aminnn..

Related Posts with Thumbnails