Sudah sekian lama..
Lenaku
tidak diulit mimpi..
Mungkin
kerana terlalu nyenyak barangkali..
Namun
semalam, mimpi muncul menghiasi
Setelah
lama tidurku sunyi..
Membawa
bersama cerita-cerita indah..
Kenangan-kenangan
abadi..
Yang
sentiasa tersemat di sanubari..
Kenapa
kau hadir bersama memori itu MIMPI??
Bukan
ku tak sudi menyelak tabir itu kembali..
Namun,
aku sedih.. terlalu sedih..
Kerana
memori itu datang di alam mimpi
Sedangkan
aku, sangat mengharapkan ianya benar-benar terjadi di alam realiti!
Oh
mimpi,
Tidak
dapat kutafsir perasaan ini..
Datangmu
yang tidak kuundang,
Rupa-rupanya
membawa kebahagiaan..
Yea!
Aku bahagia kerana cerita yang kau bawa mimpi..
Mengingatkan aku kembali kepada wajah itu..
Yang
sangat-sangat aku rindu!
Oh
mimpi, mengapa engkau menyeksaku begini??
Dek
kerana kehadiranmu malam tadi, hatiku tidak keruan..
Aku
masih lagi terkenang-kenang akan cerita indah yang kau bawa
Apakah
tandanya MIMPI??
Apakah
itu hanya mainanmu semata??
Atau
engkau sememangnya membawa perkhabaran gembira??
Ah!
Tidak mungkin sama sekali!
MIMPI
tidak akan menjadi nyata! Itu aku pasti..
Tapi
mimpi,
Jauh
di sudut hati, ku mengharapkan semua itu realiti..
Walaupun
aku tahu, ianya mustahil sama sekali,
Namun,
siapalah aku untuk meneka
Takdir
yang akan datang menerpa??
Kita
tidak bisa jangka bukan??
Walau
apa pun yang akan terjadi,
Hanya
satu pintaku padamu MIMPI..
Hadirlah
kembali menemani tidurku malam ini
Kerana
aku masih belum puas menatap
Wajah
itu - Yang pernah bertakhta di hati
Yang
tidak lekang kurindui!
Dan
aku jua tidak pernah jemu
Mengenang
memori-memori lalu
Yang
menghadirkan bahagia dalam hidupku..
Dan
saat ini aku berdoa..
Semoga
MIMPI hadir lagi..
Menyambung
cerita-cerita bahagia..
Walau
datangnya sekadar dalam mimpi,
Namun
itu sudah memadai
Buat
pengubat dukaku di dunia realiti..
Biarlah
MIMPI menjadi saksi,
Kerinduan
yang tersemat di hati..
Dan
menjadi bukti,
Bahawa
kenangan yang tercipta itu masih kekal terpahat utuh
Dalam
ingatan insan ini,
Yang
masih setia mencari..
Haluan
kebahagiaan yang diimpi..
Walau terpaksa melaluinya di dalam mimpi..
MIMPI,
Izinkan aku bertanya lagi..
Bisakah engkau menjadi nyata??
Ah! Aku sudah tahu JAWAPANNYA!