15 December 2012

Suara hati sang jasad..

Di kegelapan malam
Sayu mencuit!
Lalu titis-titis hiba
Menterjemahkan rasa hati
Peritnya!

Dalam kesenduan itu
Jasad itu menyedari
Betapa selama ini
"Persinggahan Sementara" yang diberi
Merajai
Meracuni
Menyesatkan pelosok diri!

Ah! deraian itu semakin deras membasahi
Bagaikan cuba membersihkan kekelaman hati
Yang mewarnai jiwa sang abdi

Dengan nada pilu
Jasad itu bersuara
"Sungguh ku terasa jauh..."
Jauh!
Teramat jauh
Dari cinta hakiki

Dan jasad itu mula merayu
"Ku mohon dekatkanlah hati ini... "
Hapuskanlah jarak pemisah
Lenyapkanlah sempadan di tengah
Agar tiada lagi onak menghalangi
Perjalanan menuju kehidupan abadi

Semoga kembara kali ini
Akan lebih diberkati
Dan sentiasa berpaksi di jalan yang diredhai..
Mudah-mudahan...


04 December 2012

Tragedi 4 Disember!

Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan DISEMBER pun kan.. Hmmmmm sungguh pantas masa berlalu.. Dan hari ini tanggal 4 Disember mengingatkan aku kepada sebuah buku komsas yang aku paling suka baca zaman sekolah menengah dulu...
 
Bukunya bertajuk TRAGEDI 4 DISEMBER! Pernah dengar tak?? Hmm, kalau korang baya-baya aku dan sekolah kat Pantai Timur memang akan dibekalkan dengan buku komsas ni laa.. Almaklumlah, buku komsas kan lain-lain ikut negeri kan?
 
 
Actually, aku baru tahu je yang buku ni digarap berdasarkan  kisah benar.. Buta sejarah sangat kan?? kekeke.. Tapi aku memang tertarik dengan buku ni pun.. Seingat aku, banyak kali jugaklah aku ulang baca.. ceee buat macam novel pulak padahal buku teks sekolah je pun.. 
 
Buku ni menceritakan kejadian kapal terbang terhempas yang telah mengorbankan banyak nyawa yang betul-betul berlaku di negara kita suatu ketika dahulu.. Cuma adalah penulis ni ubah-ubah sikit takkan la nak citer sejibik sama macam kisah realiti tu kan.. Kalau dah cenggitu, kena buat buku sejarah la pulak...
 
Ok! Ni sinopsis buku neh..
 
Kamarul Azam meminta kebenaran daripada ayahnya, iaitu Encik Razali dan ibunya Puan Katijah untuk mengikuti perkhemahan di Tanjung Pangku, Johor. Dia dan beberapa anggota pengakap dan pandu puteri sekolah iaitu Razi, Zanawati, Lina Lim, dan Rendera mengikuti perkhemahan itu untuk mengambil Ujian Kelas Pertama Pengakap dan Pandu Puteri. Kebetulan pada hari itu, Encik Razali akan mengiringi Menteri Pertanian sebagai wartawan kehormat untuk rangka lawatan ke negeri-negeri di utara Semenanjung. Malangnya, kapal terbang yang dinaiki oleh Razali yang berlepas dari Lapangan Terbang Bayan Lepas telah dirampas oleh pengganas. DSP Yazid telah memaklumkan perampasan kapal terbang kepada isteri Encik Razali, iaitu Puan Katijah. Justeru itu, Puan Katijah bersama keluarga-keluarga penumpang lain telah ke Hotel Gentre untuk menunggu berita tentang kejadian tersebut.
 
Semasa aktiviti perkhemahan, Azam melihat kejadian kapal terbang meletup di udara. Dia tidak tahu bahawa ayahnya turut berada di dalam kapal terbang tersebut. Azam dan Razi yang mencuba pergi ke tempat kejadian itu telah diculik oleh beberapa lelaki bersenjata yang dipercayai terlibat dalam rampasan tersebut. Mereka menculik Azam dan Razi ke tengah laut lalu membiarkan motobot mereka karam.
 
Azam dan Razi hanyut di tengah laut hingga pengsan. Mereka kemudiannya diselamatkan oleh Pak Widodo Samsi, nelayan dari Pulau Rangsang, Sumatera Timur. Dengan bantuan Antik, anak Pak Widodo, Azam dan Razi berjaya pulang ke Johor. Azam dapat memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah arwah ayahnya. Azam berharap agar penjenayah yang merancang rampasan itu akan segera ditangkap.
 
Dan kepada sesiapa yang belum tahu atau teringin nak tahu pasal kejadian tersebut, boleh baca DI SINI yea.. Dah tu je, kbai!
 
p/s : Semoga sejarah tak akan berulang lagi....  
 

27 November 2012

Lewat Musim Ini

Di lewat musim ini
Aku masih termangu di sini
Merenungi hari-hari yang kulalui
Detik waktu masa dan ketika
Yang telah aku susuri
Setelah semakin hampir ku tamatkan cerita
Di musim ini
 
Ku akui
Perjalanannya masih sama seperti dulu
Masih juga begitu
Tidak ada beza
Tetap serupa
 
Mengapa terus begini?
Sedangkan masa yang aku ada
Hanyalah singkat cuma
Untuk terus meneroka
Mencari kebahagiaan di sana
 
Ampunkan aku
Khilaf sentiasa membelenggu
Jiwa sering tak menentu
Ku mohon izinkan aku
Mengisi ruang yang semakin bercelaru
Dengan harapan baru
 
Mudah-mudahan
Sinar harapan akan terus muncul
Di celah-celah kekusutan
Itu pintaku!


14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H!


BICARA HIJRAH
(Rabbani)

Hijrah memori namamu
Mengimbau lembaran sirah agung
Junjungan Rasulullah Nabi Muhammad tercinta

Hijrah membuka minda kita
Terarah menuju wawasan
Membangun umat agar hidup mulia

Hijrah kukuhkan bersaudara
Membahu susah senang bersama
Tiada beza rupa walaupun di mana

Hayatilah hijrah
Setenang jiwa yang bahagia
Menatap erti hijrah Nabi
Hidupkanlah hijrah
Bak bersinar mentari pagi
Melakar indah kasih nan murni

Hijrah jadikan pengajaran
Membina gagasan yang utama
Tamadun kita juga akhlak yang mulia

Hijrah menjana hidup baru
Di alaf dunia tak bertepi
Panduan kita dari
Sirah sunnahnya

Berhijrahlah..
Berhijrahlah..
Berhijrahlah kita...

11 November 2012

One Thousand Million Smiles!



There's a gift I'd like to give you
That can't be bought or sold
A ray of sunshine across the waters
That comes straight from the soul

Let us join our hands together
To bind the colours of our skin
A rainbow under GOD's Great heaven
A sign that love will always win

One thousand million smiles
I bring to you across the miles
In my land of sunshine
Or in your land of snow
Makes no difference where you are
If you let your feeling show

One thousand million ways
To love each other every day
For the poet and the old man
For the mother and the child
These One thousand million smiles

If the world is full of sorrow
Then what's the meaning of life
If war's the master of the house
And hunger is his wife ooo...

But a shining bridge of lovin' smiles
And tender helping hands
Will bind all men on earth together
And will forever stand

So here I stand with heart in hand
I bring this gift from my homeland
So take these smiles and sweet hellos
Keep then in your heart where ever you may go

18 October 2012

Selamat pagi!

Selamat pagi! Alhamdulillah syukur (*tadah-tadah tangan*) kita masih dipanjangkan usia untuk menghirup udara segar di pagi 2 Zulhijjah 1433H ini dan seterusnya menjalani rutin harian kita seperti biasa di atas muka bumi ini.. skema sangat ayatnya kan
 
Hmmm, pagi-pagi ni rasa cam nak bernyanyi-nyanyi pulak.. hihihi.. Semarakkanlah aura-aura positif dalam kehidupan kita hari ini agar setiap saat yang dilalui hari ini akan sentiasa positif sehingga ke penghujung hari... Harap-harap camtulah yea.. Moh menyanyi-nyanyi lagu Ella dulu.. *motif sangat kan ajak menyanyi-nyanyi pepagi buta nie wakakakaka lantaklah ! Tak reti??? Tak pernah dengar??? Yea la tuh! sila search sendiri kat youtube! sekian! :p

Pagi yang indah ini
Tersenyum sendiri
Ciap miap burung di luar jendela
Seakan memanggil namamu

Jika ku punya mata
Nun di atas angkasa
Kan ku tengok dikau
Setiap ketika
Dimana saja kau berada

Walau dimana pun dikau berada
Berjalan atas bumi yang tua
Akan ku turut serta bagaikan udara
Simbiosis di antara kita

Aku tak pandai mengarang puisi
Tidak ku pandai bermadah berseni
Satu kalimah yang ku seikhlas tahu
Hanyalah ku cinta padamu

 
 

07 October 2012

100 Hari

Selamat datang Oktober! Dah seminggu Oktober menjengah kan.. Kejap je rasa.. Hmmm, hari tu aku ada belek-belek cerita kat youtube, terjumpa la satu telemovie ni.. Dan aku sangat-sangatlah rekomenkan kat korang kalau belum tengok lagi.. Actually cerita neh dah beberapa kali tayang kat RTM.. Kot-kot la ada yang terlepas pandang kan.. 

Cerita neh bertajuk "100 Hari".. Cerita yang sangat-sangat memberi keinsafan.. Sarat dengan pengajaran yang berguna.. Cerita yang bisa menghidupkan kembali jiwa yang mati.. Jiwa yang sering tenggelam dan tewas dengan pujukan duniawi.. Mengisahkan tentang kehidupan dua orang insan yang berbeza latar belakang (satu watak insan yang mengutamakan kehidupan akhirat dan satu watak lagi sebaliknya yang pentingkan keduniaan tanpa mempedulikan bekalan hari akhirat) menghadapi saat-saat 100 hari sebelum kematian mereka.. 


Sememangnya, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.. Begitulah hakikat kehidupan kita di dunia ini.. Apa saja yang kita miliki selama ini hanyalah pinjaman sementara dari Dia.. Semua milik Allah, bukan milik kita.. Tiba masanya, Dia akan mengambil kembali semuanya.. Termasuklah diri kita.. Nyawa kita.. Sampai masanya, kita akan pergi jua mengadap Dia Sang Pencipta!

Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa ia kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan

Luangkanlah masa anda seketika untuk menonton telemovie ini dan ambillah iktibar daripadanya.. Berdoalah agar suatu hari nanti, kita dipermudahkan urusan untuk bertemuNya dan pemergian kita adalah dalam keadaan baik sepertimana doa ini..
اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
“Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wa laa takhtim ‘alainaa bi suu il khotimah” 
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah (kesudahan yang baik) dan jangan lah Kau akhirkan hidup kami dengan suul khotimah (kesudahan yang buruk)"

Amin Ya Rabbal Alamin..

30 September 2012

Motivasi kerja!

Assalamualaikum dan selamat pagi! Hmmm, dah lama rasanya tak menulis... Sori ok! Kesibukan dan kekangan masa sangat membatasi!

Hari ni, aku nak kongsi sedikit sebanyak ilmu yang aku dapat dari satu kursus yang aku attend last week.. Kursus ni berkisar pasal kerja, stress, kesihatan benda-benda macam tu laa..

Cakap pasal kerja ni kan, macam-macam perasaan ada dalam fikiran kita.. malas la, serabut la, stress la.. kan?? berapa kerat je antara kita ni yang bersemangat kobar-kobar nak datang keje tiap-tiap hari..??sekerat?? dua kerat?? bagus la kalau anda termasuk dalam golongan camni tapi selalunya MALAS la sentiasa menguasai diri kan tu yang tetiap hari senin dok ber"blues" tuh...hehehehe

Ok, ni ada beberapa TIPS untuk suka pada keje kita..

  • Bangun pagi-pagi tu, setkan minda kita dengan perkara-perkara POSITIF supaya the whole day kita nanti akan sentiasa positif.. Jangan pikir pasal dateline dah dekat la, bos akan naik hangin laa.. tak payah pikir.. buat apa uols nak kusutkan minda uols pepagi buta memikir pasal benda-benda yang menyakitkan hati?? pikir benda-benda baik sudah! Tak pun time bangun pagi nak keje tu, panjatkan kesyukuran sejenak ke hadrat Allah sebab memberi kesempatan untuk kita mencari rezeki di bumiNya ini.. bersyukurlah kita ada kerja berbanding mereka yang masih menganggur di luar sana.. Sekurang-kurangnya kita bangun pagi-pagi tu ada la jugak kerja nak dibuat berbanding mereka yang bangun-bangun je tak tau nak buat apa?baik sambung tido je kan..hehehe

  • Sentiasalah SUKA dan BERBANGGA dengan kerja/tempat kerja kita..  Menurut penceramah kursus ni, perkara yang paling penting untuk kita terapkan dalam diri ialah kita MESTI suka pada kerja kita.. tak kira lah kita keje sebagai apa, kat mana asalkan keje kita tu memberikan rezeki yang halal, kita harus berbangga dengannya.. Semua kerja adalah penting peranannya dalam kehidupan kita dan orang lain. Sebagai contoh, kita bekerja sebagai petani tetapi bila orang tanya, kita malu nak bagitahu sebab bagi kita kerja tu akan dipandang serong.. NO..NO..NO.. plisss jangan sesekali malu dengan kerja anda.. BERBANGGALAH! kerana kerja sebagai petani tu sangat-sangat memberi manfaat pada semua. Tanpa petani, kita semua takkan dapat merasai kenikmatan makan nasi.. bukan ke dalam iklan pun ada menyebut "sebutir beras tu ibarat setitik peluh petani".. see?? betapa besarnya peranan seorang petani taw..

  • Fikir takde orang paksa kita kerja sebaliknya kita sendiri yang apply.. Actually kan, kalau kita pikir-pikir balik, takde orang paksa pun untuk kita keje tu tapi kita sendiri yang SUKARELA apply.. haaa jangan buat-buat lupa saat jerih perih kita sebelum dapat keje..isi spa8.. isi borang tu, isi borang ni.. datang temuduga.. buat resume.. cari sijil-sijil lama.. gigih sangat taw demi nak dapat keje... tapiiiiii bila da dapat keje apa yang kita buat??? kita komplen.. malas nak buat.. sesaje tangguh.. buat hal sendiri.. sibuk mengadap internet bla..bla..bla... padahal keje tu memang keje kita.. tugas hakiki kita.. So persoalannya sekarang, buat apa MOHON kerja tapi bila dah dapat MALAS nak buat kerja?? tanyalah pada diri kita, hanya kita saja tau jawapannya.. So, takde alasan untuk kita malas nak buat kerja yang telah dipertanggungjawabkan untuk kita. Sape suruh mohon kan??? So, pandai buat, pandai tanggung.. eh boleh diaplikasi kat sini ke?? Lantaklah! Hehehe..

  • Mewujudkan persekitaran atau suasana kerja yang selesa terutama dari segi pergaulan sesama rakan sekerja.  Ok ni pun penting.. Biasalah tempat kerja kan, macam-macam pesen orang ada.. Apatah lagi kalau kita kerja di syarikat-syarikat besar, pekerja pun ramai dan tentulah karenah mereka pun bermacam-macam ragam.. Ada yang jenis macam tu, macam ni, so, pandai-pandailah bawak diri k.. Tak payah lah nak cari gaduh sesama kita.. Dunia ni kecik je pun.. Inikan pula bekerja di bawah bumbung yang sama.. Alih-alih jumpa mereka jugak.. Nanti kan bila kena bekerjasama jadi tak seronok pulak disebabkan hal-hal kecik camni.. Nak buat kerja pun dah tak best.. tak boleh la macam tu..

  • Bekerjalah untuk kepuasan diri sendiri bukan kepuasan orang lain.. Bila kita dah buat kerja dengan sebaik mungkin dibantu dengan tunjuk ajar bos dan rakan-rakan sekerja lain sudah tentu menghasilkan kerja yang berkualiti seterusnya memberi kepuasan pada diri kita dan orang lain.. Bila kita dah puas hati dengan hasil kerja kita tu, takde alasan untuk orang lain especially bos untuk sesuka hati me“reject” atau meng“komplen” lagi. Yang jadi masalahnya, bila kita buat keje yang kita sendiri tak puas hati, buat cincai-cincai, pastu apa yang bos suruh buat kita tak buat, kita tak ikut, dah tu cemana?? Mestilah keje yang dihasilkan tu pun tak menepati standard bos.. Tu yang bos bising-bising naik hangin tu.. Sabor je laa... hehehe

  • Mesti ada roadmap dan halatuju.. Sekurang-kurangnya kita sentiasa tekadkan dalam diri untuk sentiasa memperbaiki diri dan kerja kita supaya lebih baik dari semasa ke semasa.. Belajarlah dari kesilapan.. Sesekali kena marah kat bos tu biasa la.. Actually bos tu bukan niat nak marah sangat pun cuma lebih kepada nak mengajar.. Maybe tone suara mereka yang tinggi tu kekadang buat kita kecut perut.. Kita ambiklah nasihat bos tu.. Takkan 2, 3 kali bos nak ajar kita benda yang sama kan?? Berusahalah untuk sentiasa meningkatkan hasil kerja kita.. Takkan sampai bila-bila pun tetap di taraf tu tak berubah-ubah kan?? So, perbaikilah!

Tapi tu la, cakap senang tapi nak buat tu susah.. teori tak semudah praktikal! Susah kan nak SUKA pada kerja kita? Apatah lagi kalau kerja kita tu sentiasa memberikan tekanan pada kita.. terpaksa berhadapan dengan macam-macam karenah manusia.. karenah birokrasi.. kena kejar dateline lagi.. dengan bos yang bermacam-macam pesen pulak.. STRESS kan?? Silap-silap kena DARAH TINGGI kita.. hehehehe.. 

Apapun tanganilah kerja dengan sebaik mungkin.. Jangan stress-stress.. Tenangkan diri.. Ingatlah, kerja kita ni adalah tanggungjawab kita.. Amanah yang harus kita pikul.. dan rezeki yang kita dapat dari kerja ini adalah untuk diri dan keluarga kita.. So, mestilah kita nak cari rezeki dari sumber yang halal dan diberkati kan??? Dan kerja yang diberkati adalah kerja yang dibuat dengan ikhlas.. Jadikanlah kerja kita sebagai ibadah.. Insyaallah, kerja kita akan dipermudahkan.. Mudah-mudahan pekerjaan kita ini sentiasa diberkati olehNya.. Semoga tulisan ni bermanfaat untuk semua.. Dah tu je. Kbai!



17 September 2012

Muhasabah Cinta - EdCoustic


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan...
Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi...
Muhasabah cintaku...

Tuhan...
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

15 September 2012

Saat Lafaz Sakinah - Far East


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya


Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringlah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu..


06 September 2012

Aku Yang Berdosa - Shahir



Sejauh mana
Langkah ku disana
Aku melupakanMu

Seluas mana 
Kau beri padaku
Masih ku angkuh padaMu

Segalanya dusta
Gelap mengaburiku

Ya Allah
Apa yang bisa 
Ku tebus kepadaMu atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biarku bersujud untuk ke syurgaMu


16 August 2012

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin!

Ramadhan yang dirindu
Kini beransur pergi
Hatiku sayu
Bisakah bertemu lagi nanti..
  
Syawal yang akan dirai
Kini kian mendekati
Sebagai pengganti diri
Ku utuskan ucapan ini..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN ^_^

Salam 27 Ramadhan!

Sedar tak sedar lagi 3 hari, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita.. Bulan kemuliaan.. Bulan yang penuh ganjaran ini akan melabuhkan tirainya jua setelah hampir sebulan menemani kita.. Dan dalam tempoh itu, tanyalah diri kita, apakah kita telah sedaya upaya mengimarahkannya?? Apakah kita sudah menyempurnakannya?? Bisakah ia menjadi Ramadhan terbaik bagi kita?? Hanya diri kita saja yang tahu jawapannya..

Apapun, berdoalah semoga amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini diterima olehNya dan bisa menjadi bekalan untuk kita di sana nanti.. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir bagi kita.. Siapa tahu.. ? Kerana bila-bila masa sahaja kita akan dijemput olehNya.. Dan ingatlah, kita tidak pernah dijanjikan untuk bertemu Ramadhan lagi di masa akan datang..

Ya Allah Ya Tuhanku, ku mohon padamu.. Janganlah kau jadikan ini Ramadhan terakhir bagiku.. panjangkanlah usiaku Ya Allah agar aku bisa bertemu Ramadhan lagi pada masa akan datang.. Dan terimalah amal ibadahku di bulan yang mulia ini.. Hanya rahmatMu jua Ya Allah ku memohon.. Amin Ya Rabbal Alamin..

14 August 2012

Hidupnya Insan - Hijjaz


Hidupnya Insan (Hijjaz)

Hidupnya insan tiada yang abadi
Menunggu saat panggilan azali
Hilanglah nafas tak bergerak lagi
Tanah perkuburan kita bersemadi

Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahman ampuni kami 
Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahman ampuni kami 
Mayat terbujur telah dikafan
Dibawa pergi sanak saudara
Di kubur tempat akhir pesanan
Tinggal di dalam gelap gelita

Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahman ampuni kami 
Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahman ampuni kami 
Talqin dibaca ingatan diberi
Kepada semua yang hidup lagi
Jadikan tauladan kesedaran diri
Kubur yang sempit siksa sekali

Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahman ampuni kami 
Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahman ampuni kami 

11 August 2012

Segala Puji BagiMu Ya Allah..



Segala puji bagiMu Ya Allah
Yang pertama tanpa ada yang mengawalnya
Yang terakhir tanpa ada yang mengakhiri
Yang tak terlihat oleh pandangan orang yang memandang
Yang tak tergambarkan oleh bayangan orang yang membayangkan
Engkau ciptakan makhluk dengan kekuasaanMu
Engkau ciptakan segala sesuatu dengan kehendakMu

Segala puji Ya Allah
Yang memberi kami kemampuan
Untuk mensyukuri nikmatMu
Yang membuka bagi kami pintu-pintu ilmu keIlahianMu

Segala puji Ya Allah
Dengan segenap pujian yang dikumandangkan
Para Malaikat dan para makhluk yang dimuliakan

Segala puji bagiMu
Atas nikmat yang Kau berikan
Kepada kami, hamba-hambaMu yang telah mendahului
Mahupun yang akan datang kemudian

Pujian kami aturkan kepadaMu
Sebagai penghubung untuk mentaatiMu
Dan meminta ampunan sebagai penyebab
Memperoleh redha pengantar jalan
Menuju syurga

Segala puji bagiMu Ya Allah
Kau ciptakan kami sebagai hamba
Dan sebagai umat Nabi Muhammad, kekasihMu...

10 August 2012

Semoga ini bukan Ramadhan Terakhir!

Salam 21 Ramadhan.. Sedar tak sedar, kita telah memasuki fasa 10 terakhir Ramadhan bagi tahun 1433 Hijrah ini..

Fasa di mana Allah menjanjikan ganjaran pembebasan dari api neraka buat hambaNya.. Dan juga kurniaan malam yang kelebihannya menyamai seribu bulan.. Malam yang sangat-sangat indah, yang sering dinanti dengan penuh kesabaran oleh hamba-hambaNya yang muttaqin, malam di mana Malaikat & roh turun membawa segala-galanya dengan keizinan Tuhan.. Malam yang sangat bererti bagi hamba-hambaNya yang mengerti akan kebesaran Allahu Rabbi.. Itulah Malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan Tuhan akan kemunculannya, namun yang pasti ia akan menjelma pada salah satu malam antara 10 malam terakhir Ramadhan..

Carilah ia dengan penuh kesabaran.. dengan tulus ketaqwaan.. dengan rasa kecintaan.. dengan jiwa kehambaan.. InsyaAllah, dengan izinNya, kita bisa menjadi insan yang terpilih untuk menemuinya.. Allahu Akbar!

"Singkaplah tabir di sepuluh malam terakhir.. Berlumba kita mencari keredhanNya.. Hidupkan malam beribadah dan beriktikaf.. Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan..."

Ayuh rebutlah keberkatan & maghfirah di hari-hari terakhir Ramadhan ini..

Peluklah RAMADHAN ini seerat-eratnya buat kali terakhir.. Genggamlah keberkatannya, belailah maghfirahnya, kucuplah kenikmatannya & sambutlah ganjarannya..

Namun andai suatu ketika kita harus meninggalkannya jua maka leraikanlah ia dengan rasa kehibaan, tangisilah pemergiannya dengan tangisan penuh kesedihan & kepiluan.. Berdoalah kita sentiasa agar pemergiannya bukanlah selama-lamanya.. Semoga suatu hari nanti, ia kembali lagi menghulur salam membawa limpahan keberkatan & kenikmatan juga mengheret kita dlm pelukan yang penuh dgn cinta Tuhan.. Dalam kehidupan kita pada masa yang akan datang.. Berdoalah semoga Ramadhan ini bukanlah Ramadhan terakhir buat kita.. Mudah-mudahan..


30 July 2012

Iktibar Ramadhan - Amir Pearl


IKTIBAR RAMADHAN

Nun di sana anak kehilangan
Ibu dan ayah

Entah di mana
Nun di sana masih kedengaran
Tangisan insan yang kelaparan

Kesedihan melanda
Derita yang berpanjangan
Belas kasihan pengharapan
Dari redup mata yang lemah
Tak siapa dapat merasa

Ramadhan menginsafkan kita
Kesusahan mereka semua
Ramadhan menyedarkan kita
Senang tak lama
Bahagia tak kekal
Ketenangan hanya padaNya
Kembalilah kepadaNya

Nun di sana masih ada jalan
Putih peluang kebaikan
Sebulan di bulan Ramadhan


Ramadhan menginsafkan kita
Kesusahan mereka semua
Ramadhan menyedarkan kita
Senang tak lama
Bahagia tak kekal
Ketenangan hanya padaNya
Kembalilah kepadaNya 

Nun di sana anak kehilangan
Ibu dan ayah

Entah di mana
Nun di sana masih kedengaran
Tangisan insan yang kelaparan
 
Kesedihan melanda
Derita yang berpanjangan
Belas kasihan pengharapan
Dari redup mata yang lemah
Tak siapa dapat merasa
Dimanakah belas kasihan

23 July 2012

AdaMU - Najwa Latif

Lagu Ketuhanan sempena bulan Ramadhan dari Najwa Latif..


Adamu 

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Tika aku jatuh
Ku bangkit kernaMu

Ku tahu ku adaMu
Disisiku selalu
Bantulah hambaMu
Mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersamaku
Tika aku jatuh
Ku bangkit kernaMu

Ku tahu ku adaMu
Disisiku selalu
Bantulah hambaMu
Mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan...

Related Posts with Thumbnails