31 May 2011

Ku mohon...

Ya Allah,
Pasrahkanlah aku
Mengharung noda duniawi
Yang melingkari kehidupan
Dengan cebisan iman
Menumpang di sudut nubari
Menjadi pendamping
Yang benar2 penting

Ya Allah,
Yakinkanlah aku
Meredah onak & cabaran
Yang mendepani jalan
Dengan kekuatan sang pahlawan
Menyelit di tabah hati
Menjadi perisai agung
Melawan tanpa ragu

Ya Allah,
Tenangkanlah aku
Menimang nasib diri
Terkadang baik terkadang malang
Dikelilingi lautan insan
Yang fitrahnya menginginkan kehidupan
Terus bahagia berpanjangan

Ya Allah,
Tuntunlah aku
Menuju lorong kebenaran
Yang bebas dari kepura-puraan
Jalan yang terbentang
Dengan gedung keazaman
Lantas mengubah perwatakanku
Ke arah keredhaanMu

Ya Allah,
Berilah aku secalit tika
Untuk memuji kebesaranMu
Mensyukuri limpah nikmatMu
Menghargai anugerah pemberianMu
Sebelum diambil kembali olehMu
Pada sekian waktu..

Ku mohon padaMu Ya Allah..
Pasrahkanlah, yakinkanlah, tenangkanlah & tuntunlah aku...



26 May 2011

Siapa yang tak pernah menangis..

Siapa yang tak pernah menangis
Di hujung setiap ketawa dan lupa

Siapakah di antara kita
Yang memalingkan muka
Ketika mendengar kalimah Tuhan

Banyak bakti yang dapat diberi
Sepanjang hidup yang sesingkat ini
Lautan manusia berombakkan nafsu
Kebenaran terdampar di pantai kecewa

Airmata seperti mutiara
Apakah itu rasa keinsafan
Rintihan dari hati yang rindu
Apakah itu hakikat cintamu

Lagu: Zubir Ali
Lirik: Nazri

23 May 2011

Nuff OoO Nuff

Huk3.. sungguh2 saya rasa t’haru.. setelah sekian lama nuff kesayangan sy x b’gerak2 & pegun kat situ je, kini dia kembali aktif…


Terima kasih nuff kerana tak melupakan saya.. walaupun selama 2 bulan sy menunggu awak b’gerak tetapi akhirnya penantian saya membuahkan hasil juga.. Nuff, sy suka lihat awak bergerak walaupun saya tdk la berharap sgt akan hasilnya, tapi bila awak b’gerak, sedikit sebanyak mood sy utk terus berblogging mekar b’kembang (cee ayat..)

Apapun, semoga awak terus bergerak la yea.. berilah peluang utk saya merasai rezeki hasil bisnes awk utk kedua kalinya…

Insyaallah…

Sekian, terima kasih... :)

20 May 2011

Surah Al-Munafiquun (ayat 9-11)

Renungkan tafsiran ayat ini sejenak…

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya).. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi...

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh"...

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan...

Fikir2kanlah.. SESAL DULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.. Wassalam.. :)

19 May 2011

Selamat Hari Lahir Misz Nuriz!

Selamat pagi dunia! Rasa cam semalam je baru sambut besday taun lepas.. ari ni da sambut balik.. hmm, cepatnya masa berlalu..

Alhamdulillah, hari ni 19 MEI 2011, genaplah 22 tahun usia pemilik blog "Biarlah Hati Meluahkan Isinya Yang Tersurat & Tersirat" yg sedang anda layari skrg nie(kalau anda baca entry ni laa)..hehe..

Hmm, tiada apa yg nak kuluahkan sebenarnya.. Hanya jutaan syukur ku panjatkan ke hadrat-Mu Ya Allah atas nikmat kurniaan usia yg masih b'sisa ini utk hambamu terus melangkah mengemudi kehidupan di atas dunia pinjamanMu yg penuh pancaroba ini.. Semoga dgn peningkatan usia ini bisa merubah diri & kehidupan ini ke arah yang lebih baik dari sebelum2 ini.. Insyaallah... Aaaaaamin...


p/s : Jutaaan terima kasih kuucapkan kpd sahabat2 yang sudi wish & mendoakan diri ini.. Mudah-mudahan doa-doa kalian diperkenankan oleh-Nya.. Insyaallah.. Ku doakan juga semoga kehidupan kalian sentiasa di dalam keberkatan Allah S.W.T..TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA..:)

18 May 2011

Ilmu itu cahaya...

Ketika menuntut ilmu, adakalanya kita rasa "down" dgn exam, tugasan, pembelajaran yg tak dapat kita ikuti, dgn tenaga pengajar dan sebagainya.. Semua itu kadang-kadang boleh menjadikan kita tdk b'semangat utk meneruskan pengajian kita.. Rasa malas.. Rasa bosan.. & kadang2 tertekan.. Namun mengertilah, itu semua adalah cabaran yg harus kita tempuh.. Memang agak sukar, tp utk mencapai kemanisan di hari kemudian, kita harus cekal menghadapinya..

Ingatkah anda peribahasa ini "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.. ?" Jadi terbuktilah! Betapa kesukaran yg kita hadapi & lalui saat ini akan t'balas jua dgn kejayaan ataupun kesenangan suatu masa nanti..

Jadi, buat insan2 yang sedang menuntut ilmu.. Renungkanlah sabda Rasulullah SAW ini..

14 May 2011

SELAMAT HARI GURU

Tanggal 16 Mei kembali lagi... Dan seperti yg kita semua tahu, hari ini adalah hari yg sangat istimewa buat semua insan yg b’gelar pendidik.. Saban tahun kita sambut tanggal 16 Mei dgn meraikan mereka, mengenangi jasa2 mereka & menghargai kepentingan mereka dlm kehidupan kita...

Jadi, di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru & pensyarah2 yg pernah mendidik aku selama ini.. Terima kasih guru utk segala-galanya... Ilmu yang kalian curahkan sgt2 bermakna & pengorbanan kalian amat besar bagi diri ini.. Ketahuilah, hanya Allah sahaja yg bisa membalasnya... & di sini jua, kupohonkan secebis doa ke hadrat Dia Yang Maha Esa agar mengurniakan kesejahteraan, keselamatan, kesihatan yg baik & kebahagian buat insan2 berjasa ini... Semoga ilmu yang dicurahkan kpd insan kerdil ini akan terus mekar tersemai di hati & menjadi bekalan berharga buat diri ini dalam mengharungi hari2 mendatang... Insyaallah...

Sekali lagi aku lafazkan, TERIMA KASIH GURU! dan SELAMAT HARI GURU istimewa utk semua guru di seluruh dunia terutama guru2 di.............

[SEKOLAH KEBANGSAAN LABOK MACHANG KELANTAN]



Disinilah b'mula segala2nya.. Kali pertama ku jejakkan kaki ini ke tempat bernama SEKOLAH.. Di sini jua aku mengenali siapa itu GURU, siapa SAHABAT2 SEPERJUANGAN, apa itu BUKU, apa makna KEJAYAAN, bagaimana rasa KEGAGALAN & peritnya menghadapi PERPISAHAN... di bangunan yg kian usang inilah aku b'tatih.. Dari tdk tahu kpd tahu, dari tdk kenal kpd kenal & seterusnya.. Ku daki gunung ilmu walau dihimpit cabaran kemiskinan.. Ah, bangunan ini terlalu byk menyimpan kenangan... Kenangan zaman kanak2yg telah jauh aku tinggalkan....

[SMKA WATANIAH MACHANG KELANTAN]



Sekolah keduaku.. sekolah yg memaksaku b'jauhan dgn famili.. & benar2 mengajarku erti BERDIKARI.. Entah kenapa, tdk dpt aku gambarkan betapa penting & b'jasanya sekolah ini dlm kehidupan aku.. Yg memberi makna mendalam dlm pembentukan seorang "AKU" ini.. Mungkin kerana asasnya menitikberatkan ilmu duniawi & ukhrawi.. Terlalu byk benda aku belajar di sini.. Drpd kerdilnya aku yg tohor ilmu kpd aku yg sudah boleh berfikir tetang hala tuju kehidupan.. Dpt membezakan apa itu kebaikan jua keburukan.. Dpt mengenal siapa itu kawan & lawan serta apa yg penting dari setapak ke setapak aku belajar bagaimana mahu m'perbaiki kehidupan.. Oh, sungguh2 aku rindu semua kenangan di sini.........

[POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN PERLIS]



Dari Kelantan ke Perlis - satu p'jalanan yg agak jauh.. Namun, demi menimba ilmu di peringkat yg lebih tinggi, aku akur.. Dan aku akui, mengharungi kehidupan sbg seorang pelajar IPT amat2 mencabar.. Dan pelbagai dugaan jua kuhadapi.. Walaupun begitu, aku b'syukur.. Kerana tempat inilah yang menentukan masa depanku sekarang.. Kerana ilmu yang aku kutip di sini, aku sudah mampu memberi senyuman buat keluargaku.. Sedikit sebanyak aku mampu memberi mereka kesenangan.. Walau tdk lah sebesar pengorbanan mereka, namun itu sudah memadai.. Dan semua ini tdk akan tercapai tanpa bantuan & titik peluh pendidik2 yg berjasa....

Terima kasih wahai pendidik2.. Jasa kalian amat ku hargai & akan ku kenang selamanya....

Manusia2..

Aku x paham la manusia zaman sekarang nie???Apa motif wat sume nie sebenarnya??? jeles???sakit ati??? atau mmg da x betul orangnye??? ~~geleng2 kepala~~

Lagi wanita disimbah asid

KUALA LUMPUR 13 Mei - Kegiatan pelik lelaki bermotosikal menyimbah sejenis cecair disyaki asid terhadap wanita kini bukan sahaja menyasarkan pejalan kaki tetapi juga golongan itu yang memandu kenderaan.

Dalam kejadian terbaru, seorang wanita berusia lingkungan 30-an menjadi mangsa penjenayah terbabit.

Mangsa yang sedang memandu kereta dilaporkan disimbah sejenis cecair oleh seorang lelaki bermotosikal dalam kejadian pukul 8.45 pagi di Seksyen 10, Wangsa Maju, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, ketika kejadian mangsa sedang menurunkan cermin keretanya sebelum dihampiri oleh suspek berkenaan.

"Suspek lalu menyimbah sejenis cecair yang terkena pada badan mangsa. Pemeriksaan menunjukkan cecair tersebut tidak menyebabkan tubuh mangsa melecur, sebaliknya gatal-gatal.

"Setakat ini kita masih menyiasat sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan kes-kes terdahulu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 9 Mei lalu, polis mempertingkatkan pemantauan dan pemeriksaan di beberapa lokasi di ibu negara yang dikenal pasti menjadi tumpuan dua lelaki bermotosikal yang terlibat dalam 22 kes menyimbah cecair dipercayai asid.

Siasatan mendapati kebanyakan wanita yang menjadi mangsa diserang semasa bersendirian atau berjalan di laluan tidak sesak menuju ke kawasan letak kereta atau stesen transit aliran ringan (LRT).

Menurut beliau, sebelum ini, suspek dipercayai seorang atau dua lelaki menunggang motosikal yang menyasarkan mangsa dalam perjalanan pergi atau balik kerja bersendirian.

Berdasarkan modus operandi, suspek datang dari arah belakang sebelum menyimbah cecair dipercayai 'thinner' dan 'alkali' ke arah muka atau badan mangsa yang akan memberi kesan rengsa.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 bagi membantu polis mengesan serta menangkap suspek terbabit

..............
Sumber : Utusan Malaysia..................

Hmm..x taw la nak cakap apa.. BERHATI2 la yea sume especially kaum2 hawa nie… Pandai2 la jaga diri anda tak kira di mana jua anda berada sekalipun… x semestinya di KL n Selangor saja.. sekarang da merata agaknya.. org nak wat jahat kan, x kira da siapa2 or mana2.. janji t’capai niat jahat dia tu… Ishk, dasar xberperikemanusiaan punye org.. xde human education sungguh!!!

p/s : Lokasi kerap yg m’jadi sasaran suspek adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tempat letak kereta, stesen LRT dan pondok menunggu bas.. Apakah ini b’makna kita harus memakai topeng dan sut kalis air utk menuju ke tempat2 ini dan mana2 je kita pergi??? Sgt ngeri bunyinye kan...


07 May 2011

Untukmu Ibu..

Sempena Hari Ibu, kutitipkan video khas nyanyian penyanyi dikir barat t'sohor kelantan, Cikgu Sulizi istimewa buat ibuku & semua ibu di seluruh dunia.. Sesungguhnya, jasa & pengorbanan ibu tiada nilainya.. Hanya Allah sahaja yang bisa m'balasnya.. dan kudoakan semoga Allah merahmati mereka selama-lamanya... amin.. Hayatilah & SELAMAT HARI IBU!


Untukmu Ibu

doo..doo..doo.. anak nak tido..
tido berulik jaga di gerak
tepuk amai-amai belalang kupu-kupu
tepuk biar ramai malam karang mak upah susu

setitik air susu yang masuk ke mulut
bersahaja ibu nak tengok mu hidup
air susu ibu nilai tak dok harta
walau pitih beribu dengan duit berjuta

ku tengok muka ibu sejak muda sampai tua
dahi kedut seribu uban putih penuh kepala
tapi aku tahu ibu banyak jasa
air tangan ibu seribu bau seribu rasa

oh ibu.. oh ibu.. terima kasih ibu..

sejak kecil hingga aku dewasa
nyamuk sekor tak wi ketik duduk jaga
makan minum kain baju tak wi kurang
didik aku dengan penuh kasih sayang

bila besar baru aku kenal diri
tak dok nilai jasa ibu tabur budi
tangan pun kaki sanggup jadi jamban
rela susah diri pero aku sorang

ibu yang dah tua dok perhati anak anak
hok dia tabur jasa bila besar dia nak tengok
anak yang berjaya di taruh harapan
bekal hari tua tempat dia nak menumpang

oh ibu.. oh ibu.. jasamu ku kenang..

selama kenin ibu duduk jadi hamba
hari ini ku nak balas segala jasa
sakit demam makan minum mu ku jaga
nak wi senang hidup mu di masa tua

jasa baik budi ibu ku tak lupa
walau setitik air susu mu ku rasa
nak buleh ku sorang mu ngandung 9 bulan
letih penat badan mu tak royak ke orang

ku cium tangan ibu mintak halal mintak ampun
segala salah aku banyak sangat kalu hitung
hari ni aku tahu nilai kasih ibu kandung
budi dan jasa ibu setinggi tinggi aku sanjung

pada anak-anak hok masih ada ibu
tolonglah pakat tengok walau sekali-sekali seminggu
harta dia tak nak, harap kasih anak cucu
tengok mata anak terubatlah segala rindu

oh ibu.. oh ibu.. ku sayang padamu..
oh ibu.. halal lah makan dan minumku..
oh ibu.. oh ibu.. ampunkan dosaku..
oh ibu.. oh ibu.. terima kasih ibu..

06 May 2011

Danbo2

Danbo?? Apa tu?? Mesti korang pelik kan.. Apakebende la yea.. Eh, jgn salah sangka lak.. Danbo ni bkn nama manje kpd p'kataan "GAMBO" yea.. tolong laa.. Bdk kecik pun bole sebut betul taw..he2.. Kot2 la korang pikir aku sengaja nak "memanjakan" perkataan gambo tu.. xde maknanye k!

Hmm, sebenarnya, DANBO ni adalah sejenis boneka atau nama lain dia patung la yang dibuat daripada kertas yang ala-ala kotak camtu.. Sbb tu la dia wane coklat..hehe.. Aku ni bkn apa, cuma t'tarik je kat ke'cute'an Danbo nie.. Sbb apa, kebanyakan imej Danbo yg aku tgk kat google nie dihasilkan b'dasarkan impresi manusia.. Yea la, ada time sedih, ada time melayan perasaan & macam2 lagi la.. Tu yang aku pun t'lintas nak tulis pasal dia nie..hehe..

Ala, bkn nak tulis apa pun, juz nak share gambo2 danbo yg cute ni ngan korang je.. So, meh kita usha meh!!























04 May 2011

Bukan tak nak update, tapiiiiiii.....

Selamat petang dunia! Waduh2, kata balik kursus byk idea.. Tp, blog xde nak update2 jgk yea haha.. ~nampak beno nipunye~ Sori la geng.. bkn x nak update, tapiiiiiii... tu la, sebenarnya byk benda t'lintas dlm fikiran aku nie, tp ntah camne tetiba rasa cam x pandai nak wat ayat pulak.. adoiiii... bajet punye alasan.. sekali lagi nampak beno nipunye yea.. kah3

Bukan apa, time idea dtg m'curah2, x sempat la pulak nak tadah... hmm, kan menyesal x sudah tu.. Yea le, nak tadah camne, dia dtg x kena time.. time tengah syok wat keje je dia dtg.. mana nak layan..?? time aku dok t'menung saja2 mengenang nasib diri, xde la pulak dia dtg.. nasib2..

Tu salah 1 sbb la.. byk lagi sbb lain yg menyebabkan aku jarang update blog sejak 2,3 menjak nie.. cer teka apakebendenye??? BUSY?? tu alasan lapuk da tu.. sejak azali lagi org pakai... sekali 2 bole la guna alasan nie.. hehe.. MALAS?? Hmm, ada ketikanya la.. tp x bole ckp terus-terang sgt.. kalau perlu, b'kias2 la sedikit... LAYAN MOVIE?? Sejujurnya, aku bkn kaki movie.. n aku layan movie ikut time.. mcm ari tu, dlm entry ni bkn main ag ckp, da jadi hobi da ngadap movie.. last2 ntah ke mana.. xde keinginan da nak tgk.. ari tu je beria..

Lagi??
FACEBOOK??? Oh yeah.. bole jadi la.. tp kalau dok ngadap fb je 24 jam boring gak kan.. alih2 tgk gamba kita, alih2 tgk gamba org, alih2 dok ulang baca status kita, alih2 intai status org.. x ke boring wat keje ni je.. Boring kan.. ala, boring2 pun, korang buat jgk..ha

Tp, apa yg pasti, benda yg b'kait ngn fb la jgk yg m'jadi halangan t'besor aku utk update blog... x lain x bkn sbb ni ha.. taraaaaa


Ha3.. ni la sbbnya.. CITYVILLE... he2.. Nie bole dikategorikan sbg halangan t'besor la nie.. sbb apa?? sbb asal t'lintas di fikiran aku nak update blog je, aku teringat benda ni.. asal aku nak login blogger je, aku ter'login' fb semata-mata benda nie.. naya betul la.. haha..

Apapun, i like dis game sgt2.. ha2.. So korang, sapa yg rasa dia main game nie, sudi2kanlah add aku yea.. Bole la kita b'jiran nanti.. PEACE!!

p/s : Energy da abis, nak x nak, t'paksa la stop kejap.. tu yg sempat update blog tu.. hik3..

01 May 2011

Salam 1 Mei...

Alhamdulillah, bulan Mei datang lagi.. Rasa baru je menulis beberapa kerat entry utk bln April, skrg da masuk bulan Mei da.. hehe.. Sori yea April, daku tdk berpeluang menghiasi bulanmu dgn entry2 t'baru.. Maklumlah, daku sgt kebizian time tu.. tp don't wori, daku dtg lg kali ini.. & yg pasti, kedatanganku kali ini bersama idea2 baru.. Utk kutitipkan buat pengunjung2 setiaku.. haha

Apapun, utk p'mulaan Mei nie, aku nak ambik kesempatan utk mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA buat semua insan yg bergelar pekerja, tak kira la anda bekerja sbg apa sekalipun, yg pasti anda adalah seorang pekerja yea & bg yg bkn pekerja tu, selamat la jgk korang sbb bole cuti free.. 3 ari direct tu beb.. best giler.. aku kalau bab2 cuti ni mmg suker la.. haha..

Aku doakan semoga korang lebih success dlm kerjaya korang yea n dpt b'khidmat dgn penuh dedikasi & amanah demi tanggungjawab t'hadap rakyat n negara t'cinta ini.. Cewahhh!!!

So, sekian dulu utk entry kali nie.. Wassalam.. :)


p/s : Bila da lama cuti, liat la plk nak masuk opis.. hmm,sabo je laaa...

Related Posts with Thumbnails