14 May 2011

Manusia2..

Aku x paham la manusia zaman sekarang nie???Apa motif wat sume nie sebenarnya??? jeles???sakit ati??? atau mmg da x betul orangnye??? ~~geleng2 kepala~~

Lagi wanita disimbah asid

KUALA LUMPUR 13 Mei - Kegiatan pelik lelaki bermotosikal menyimbah sejenis cecair disyaki asid terhadap wanita kini bukan sahaja menyasarkan pejalan kaki tetapi juga golongan itu yang memandu kenderaan.

Dalam kejadian terbaru, seorang wanita berusia lingkungan 30-an menjadi mangsa penjenayah terbabit.

Mangsa yang sedang memandu kereta dilaporkan disimbah sejenis cecair oleh seorang lelaki bermotosikal dalam kejadian pukul 8.45 pagi di Seksyen 10, Wangsa Maju, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, ketika kejadian mangsa sedang menurunkan cermin keretanya sebelum dihampiri oleh suspek berkenaan.

"Suspek lalu menyimbah sejenis cecair yang terkena pada badan mangsa. Pemeriksaan menunjukkan cecair tersebut tidak menyebabkan tubuh mangsa melecur, sebaliknya gatal-gatal.

"Setakat ini kita masih menyiasat sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan kes-kes terdahulu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 9 Mei lalu, polis mempertingkatkan pemantauan dan pemeriksaan di beberapa lokasi di ibu negara yang dikenal pasti menjadi tumpuan dua lelaki bermotosikal yang terlibat dalam 22 kes menyimbah cecair dipercayai asid.

Siasatan mendapati kebanyakan wanita yang menjadi mangsa diserang semasa bersendirian atau berjalan di laluan tidak sesak menuju ke kawasan letak kereta atau stesen transit aliran ringan (LRT).

Menurut beliau, sebelum ini, suspek dipercayai seorang atau dua lelaki menunggang motosikal yang menyasarkan mangsa dalam perjalanan pergi atau balik kerja bersendirian.

Berdasarkan modus operandi, suspek datang dari arah belakang sebelum menyimbah cecair dipercayai 'thinner' dan 'alkali' ke arah muka atau badan mangsa yang akan memberi kesan rengsa.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 bagi membantu polis mengesan serta menangkap suspek terbabit

..............
Sumber : Utusan Malaysia..................

Hmm..x taw la nak cakap apa.. BERHATI2 la yea sume especially kaum2 hawa nie… Pandai2 la jaga diri anda tak kira di mana jua anda berada sekalipun… x semestinya di KL n Selangor saja.. sekarang da merata agaknya.. org nak wat jahat kan, x kira da siapa2 or mana2.. janji t’capai niat jahat dia tu… Ishk, dasar xberperikemanusiaan punye org.. xde human education sungguh!!!

p/s : Lokasi kerap yg m’jadi sasaran suspek adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tempat letak kereta, stesen LRT dan pondok menunggu bas.. Apakah ini b’makna kita harus memakai topeng dan sut kalis air utk menuju ke tempat2 ini dan mana2 je kita pergi??? Sgt ngeri bunyinye kan...


2 comments:

Srikandi Bonda said...

Assalamualaikum. Bagus misz nuriz. memperingati kamikaum hawa.. misz nuriz pun, hati-hati di sana ya. :)

Misz Nuriz said...

Waalaikumussalam..
hehe..sama2 saling memperingati la kata org..
insyaallah..pandai2 la misz nuriz jaga diri..
thanks yun.. :)

Related Posts with Thumbnails