01 September 2010

Ramadhan yang bersisa ini.....

Hmm.. kejap je ek masa berlalu.. dari saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam, hari ke hari, minggu ke minggu, da nak abis da bulan pose taun ni.. masuk ari ni da tinggal lebih kurang seminggu je lagi kita nak sambut hari raya.. sangat-sangat cepat rasanya..

Masa sememangnya pantas berlalu.. Terasa baru je menempuhi bulan Ramadhan tempoh hari tetapi hakikatnya kini Ramadhan semakin tiba di penghujungnya.. Yea, Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita.. Ramadhan kini kian bersisa..

Ayuh rebutlah keberkatan & maghfirah di hari-hari terakhir Ramadhan ini.. Bukankah kita telah dijanjikan akan ganjaran pembebasan dari api neraka oleh Tuhan tatkala melewati penghujung Ramadhan..? Bukankah akan menjelmanya satu malam yang kelebihannya menyamai seribu bulan, malam yang sangat-sangat indah, yang sering dinanti dengan penuh kesabaran oleh hamba-hambaNya yang muttaqin, malam di mana Malaikat & roh turun membawa segala-galanya dengan keizinan Tuhan, malam yang sangat bererti bagi hamba-hambaNya yang mengerti akan kebesaran Allahu Rabbi.. Itulah Malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan Tuhan akan kemunculannya, namun yang pasti ia akan menjelma pada salah satu malam antara 10 malam terakhir Ramadhan.. Carilah ia dengan penuh kesabaran.. dengan tulus ketaqwaan..dengan rasa kecintaan.. dengan jiwa kehambaan.. InsyaAllah, dgn izinNya, kita bisa menjadi insan yang terpilih untuk menemuinya..

Alangkah beruntungnya kita jika kita bisa mengimarahkan sisa-sisa Ramadhan ini dengan sepenuh jiwa.. & juga bisa menyempurnakan Ramadhan dengan sebaik-baiknya.. Lantas menjadikannya sebagai Ramadhan terbaik yang pernah kita tempuh dalam kehidupan ini..

Kerana, kita tidak tahu adakah kita masih berpeluang untuk mengecapinya lagi pada tahun-tahun yg akan datang.. Mungkin Ramadhan ini adalah yang terakhir bagi kita.. Siapa tahu.. Kita tidak pernah tahu akan tempoh hayat kita.. Kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi kepada kita selepas ini.. Kita juga tidak tahu bila kita akan dijemput olehNya.. Yang kita tahu hanyalah usaha & merancang, itu sahaja... Hakikatnya, Dia lah yang menentukan segala2nya..

Lantaran itu, peluklah RAMADHAN ini seerat-eratnya buat kali terakhir.. Genggamlah keberkatannya, Belailah maghfirahnya, Kucuplah kenikmatannya & Sambutlah ganjarannya.. Namun andai suatu ketika kita harus meninggalkannya jua maka leraikanlah ia dengan rasa kehibaan, tangisilah pemergiannya dengan tangisan penuh kesedihan & kepiluan.. berdoalah kita sentiasa agar pemergiannya bukanlah selama-lamanya.. semoga suatu hari nanti, ia kembali lagi menghulur salam membawa limpahan keberkatan & kenikmatan juga mengheret kita dlm pelukan yang penuh dgn cinta Tuhan.. dalam kehidupan kita pada masa yang akan datang... Mudah-mudahan...


4 comments:

diriku said...

moga2 dipertemukan dgn mlm lailatul qadr..

Misz Nuriz said...

Insyaallah..
doa2kanlah..(^_^)

ILA HonEyBuNNy said...

salam....mari sama2 kita mengejar malam penuh bermkna ini...Amin..

pawaka19 said...

moga2 di temukan malam penuh bermakna itu..

New Entry "Saya Bodoh Kerana....? "

Related Posts with Thumbnails