21 September 2010

Maafkan aku..

Maafkan aku sang camar
kerana aku tidak bisa m’jadi sepertimu..
yang bebas b’terbangan megah
melebarkan sayap di atas sana..

Maafkan aku wahai daun
kerana aku tidak bisa m’jadi sepertimu..
yang bahagia dibuai angin
melambai-lambai penuh kelembutan..

Maafkan aku jua laut
kerana aku juga tidak bisa m’jadi sepertimu..
yang sentiasa tenang
mengalunkan ombak yang mendamaikan..


Maafkan aku
aku hanyalah seorang insan yang lemah..
yang menapak di pementasan sementara..
yang penuh kekurangan..
yang penuh kekhilafan..

Aku tak bisa memancarkan kegembiraan
jua tak bisa memainkan rentak kehidupan..

Akulah insan itu..
Insan yang mendambakan kebebasan..
tapi sayangnya,
kebebasanku hanyalah sementara
kebebasanku diragut oleh masa
dan kebebasan itu bukan milikku selamanya...


4 comments:

.:sukasuki:. said...

maafkan aq jua...
kerna xmampu menjdi teman yg terbeak..
teman yang mampu mmbahagiakan mu...
membahagiakan mu seperti teman yang lean...

Misz Nuriz said...

ana

apakah??kenapakah??
ketahuilah,
dirimu adalah teman t'baek bagiku..
teman suka duka ku..
terima kasih atas p'sahabatan ini..
p'cayalah, ku amat2 m'hargainya.. =)

Unknown said...

wah! best sajak ni sgt puitis! tahniah!

Misz Nuriz said...

Nick

tq2.. xde apa pun nie..

Related Posts with Thumbnails