Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

08 June 2011

Doa-doakanlah..

Selamat malam semua.. Lama kan tak update??? Rindu tak?? hehe.. Sori la, bkn sengaja tak nak update cuma sejak 2 menjak ni sedikit bizi.. bizi ngan urusan personal la, urusan kerja la.. hmm, tak abis-abis.. tambah-tambah lagi, dlm keadaan cuaca yg tak menentu nie.. badan pun mudah tak sihat.. Masuk ari ni da 3 hari da selsema.. & esok, terpaksa la mengambil cuti, huk3..
 
Takpe, nikmat kecil je tu Allah nak tarik kan.. Lagipun, sakit ni penghapus dosa yea dak.. Hadis pun ada sebut pasal nie..

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cobaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)

Dan Rasulullah pun pernah b'sabda, “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

"Janganlah kamu mencela demam. Kerana sesungguhnya demam itu mengikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)

So korang, terima dan redha je la ujian dari-Nya ini..

p/s : Mudah-mudahan diriku kembali sihat seperti sediakala.. aaaaminnn.. doa-doakanlah yea kawan-kawan.. :)



30 November 2010

Demam..

Salam.. sori sume eh.. x boleh nak update blog ag.. ingatkan nak citer psl kursus ari tu tp xpe la.. cancel la dulu.. coz 2,3 menjak ni, selalu je x sihat.. keadaan kesihatan sekarang nie mmg sgt2 t'ganggu..

Baru je nak baek dari demam pas raya aji ari tu, tiba2 demam balik lak 2,3 ari nie.. batuk pun x benti2 ag nie.. hmm, nak wat camne kan.. sakit ni bkn kita mintak... bahkan kita kena b'syukur kerana sakit nie la tanda bahawa Allah sayangkan kita.. Dia timpakan kita ujian nie utk tgk sejauh mana kesabaran kita.. nak uji kuatkah kita m'hadapi ujian darinya... so, tabahlah m'hadapinya..

Lagipun, bukankah kita da taw, bahawasanya sakit itu adalah penghapus dosa.. Ini t'bukti melalui hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang b'maksud :

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cobaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR. Bukhari-Muslim)

Sememangnya, semua orang pernah mengalami sakit.. Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit demam berat. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahwa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.

Dalam satu waktu, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda.“Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu mengikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)

So, renung2kanlah bersama...

p/s : doakan semoga kesihatanku semakin b'tambah baik yea.. amin.. ^_^

14 October 2010

Hadith: Kesan Istighfar


Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:


“Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.(Riwayat Abu Daud)



HURAIAN


1.Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah S.A.W. sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum.

2.Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadanya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

3.Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai, seseorang itu hendaklah sentiasa memperbanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.



Related Posts with Thumbnails