Sedar tak sedar lagi 3 hari, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita.. Bulan kemuliaan.. Bulan yang penuh ganjaran ini akan melabuhkan tirainya jua setelah hampir sebulan menemani kita.. Dan dalam tempoh itu, tanyalah diri kita, apakah kita telah sedaya upaya mengimarahkannya?? Apakah kita sudah menyempurnakannya?? Bisakah ia menjadi Ramadhan terbaik bagi kita?? Hanya diri kita saja yang tahu jawapannya..
Apapun, berdoalah semoga amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini diterima olehNya dan bisa menjadi bekalan untuk kita di sana nanti.. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir bagi kita.. Siapa tahu.. ? Kerana bila-bila masa sahaja kita akan dijemput olehNya.. Dan ingatlah, kita tidak pernah dijanjikan untuk bertemu Ramadhan lagi di masa akan datang..
Ya Allah Ya Tuhanku, ku mohon padamu.. Janganlah kau jadikan ini Ramadhan terakhir bagiku.. panjangkanlah usiaku Ya Allah agar aku bisa bertemu Ramadhan lagi pada masa akan datang.. Dan terimalah amal ibadahku di bulan yang mulia ini.. Hanya rahmatMu jua Ya Allah ku memohon.. Amin Ya Rabbal Alamin..
Salam 21 Ramadhan.. Sedar tak sedar, kita telah memasuki fasa 10 terakhir Ramadhan bagi tahun 1433 Hijrah ini..
Fasa di mana Allah menjanjikan ganjaran pembebasan dari api neraka buat hambaNya.. Dan juga kurniaan malam yang kelebihannya menyamai seribu bulan.. Malam yang sangat-sangat indah, yang sering dinanti dengan penuh kesabaran oleh hamba-hambaNya yang muttaqin, malam di mana Malaikat & roh turun membawa segala-galanya dengan keizinan Tuhan.. Malam yang sangat bererti bagi hamba-hambaNya yang mengerti akan kebesaran Allahu Rabbi.. Itulah Malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan Tuhan akan kemunculannya, namun yang pasti ia akan menjelma pada salah satu malam antara 10 malam terakhir Ramadhan..
Carilah ia dengan penuh kesabaran.. dengan tulus ketaqwaan.. dengan rasa kecintaan.. dengan jiwa kehambaan.. InsyaAllah, dengan izinNya, kita bisa menjadi insan yang terpilih untuk menemuinya.. Allahu Akbar!
"Singkaplah tabir di sepuluh malam terakhir.. Berlumba kita mencari keredhanNya.. Hidupkan malam beribadah dan beriktikaf.. Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan..."
Ayuh rebutlah keberkatan & maghfirah di hari-hari terakhir Ramadhan ini..
Peluklah RAMADHAN ini
seerat-eratnya buat kali terakhir.. Genggamlah keberkatannya, belailah maghfirahnya, kucuplah kenikmatannya & sambutlah ganjarannya..
Namun andai suatu ketika kita harus
meninggalkannya jua maka leraikanlah ia dengan rasa kehibaan, tangisilah
pemergiannya dengan tangisan penuh kesedihan & kepiluan.. Berdoalah kita
sentiasa agar pemergiannya bukanlah selama-lamanya.. Semoga suatu hari nanti, ia
kembali lagi menghulur salam membawa limpahan keberkatan & kenikmatan juga
mengheret kita dlm pelukan yang penuh dgn cinta Tuhan.. Dalam kehidupan kita
pada masa yang akan datang.. Berdoalah semoga Ramadhan ini bukanlah Ramadhan terakhir buat kita.. Mudah-mudahan..