21 June 2012

Selamat Datang Syaaban!

Hari ini, tanggal 21 Jun 2012 Masihi, Syaaban menjenguk kita lagi.. Yea, Syaaban! bulan ke-8 dalam kalendar Islam.. Bulan yang mengurniakan banyak kelebihan sepertimana bulan Rejab yang telah meninggalkan kita kelmarin...

Dan apabila Syaaban mula mengetuk pintu kehidupan kita, maka semakin dekatlah kita menghampiri “tamu” yang telah lama dirindui.. Setelah semusim ia meninggalkan kita pergi... Dialah tamu itu, Ramadhan.. Bulan yang sentiasa dinanti.. Yang sentiasa ingin dilalui... Oleh insan yang mengerti akan kelebihan dan ganjaran yang dibawanya nanti..

Persoalannya, bersediakah kita untuk bertemunya lagi???  Berupayakah kita menyekat nafsu yang sentiasa merajai diri??? Hanya diri kita sahaja yang tahu jawapannya...

Namun kawan, kedatangannya dalam kamus kehidupan kita masih samar-samar lagi..  Dan ingatlah, kita tidak pernah dijanjikan pertemuan itu.. kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada kita sedikit waktu nanti.. Jika diizinkan dan masih diberi peluang untuk kita bertemunya nanti, bersyukurlah sebanyak-banyaknya! Dan berusahalah untuk menyempurnakan kedatangannya sebaik-baiknya.. Mungkin, inilah pertemuan terakhir kita dengannya.. Siapa tahu???     

Ya Allah, Rejab telah ku lalui.. Israk Mikraj telah mengukir sejarahnya tersendiri.. Dan kini, Syaaban mula melewati.. Dan pastinya, tanggal 15 Syaaban adalah nikmat yang paling dinanti.. Kehadiran Nisfu Syaaban yang menjanjikan kelebihan yang tersembunyi.. Dan bila Syaaban pergi, Ramadhan akan menghampiri.. Pastinya, pelbagai ganjaran lagi dianugerahi.. Tapi, saat itu masih jauh dan belum pasti.. Apakah aku masih di sini? dan berpeluang menempuhi nya nanti???

Doaku..

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان

"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"

"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan)"

Amin Ya Rabbal Alamin..

2 comments:

Srikandi Bonda said...

Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan Syaaban. Amin.

*Misz Nuriz, jom join GA SB? ^^

Misz Nuriz said...

Srikandi Bonda,
Aminnn..
Errr, gedio tuh?? cer bagi nama penuh teh..hehehe

Related Posts with Thumbnails