Selamat tengahari dunia! Dah lama kita tak bersiaran yea?? hehehe.. Walaupun hari ni dah masuk 7 Mei, tapi masih belum terlambat rasanya untuk aku mengalu-alukan kedatangan bulan MAY dalam diari kehidupan aku dan juga korang semua bagi edisi 2012 neh..
Cepat kan masa berlalu.. Rasa macam baru je semalam 1 April tapi sekarang dah masuk bulan MAY dah.. Mungkin disebabkan kesibukan kita sehari-hari kot.. Sampai tak perasan betapa pantas masa berlalu meninggalkan kita.. hari demi hari.. minggu demi minggu dan bulan demi bulan.. Hmmmmm..
Apapun, bersyukurlah kerana saat ini, kita masih dikurniakan nyawa.. Dan berpeluang mengharungi sisa-sisa kehidupan di dunia ini lagi.. Hargailah nikmat kehidupan ini sebelum ianya hilang dan tidak dapat kita nikmati lagi....
p/s : Dalam banyak-banyak bulan, bulan Mei la yang paling aku suka.. Nak tau kenapa?? Sebab dlm bulan ni, banyak hari-hari-hari yang istimewa cam Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Guru dan yang paling special haruslah birthday aku.. hihihi.. Walaupun aku tahu, sesetengah orang akan beranggapan, tidak harus meletakkan hari-hari tertentu sahaja sebagai hari-hari istimewa tersebut kerana hari-hari adalah hari-hari mereka (hari ibu, guru etc laaa).. Yea, memang! Tapi apabila ada hari yang mengiktiraf golongan-golongan tersebut, ia adalah lebih istimewa bukan?? Dan usaha itu haruslah kita hargai sebaiknya.. Kecualilah birthday tu yang memang sah-sah jatuh tarikh tu jah kan??? PEACE!
2 comments:
nope, hari-hari hari ibu..hehe c(:
hahaha.. ok!
Post a Comment