10 October 2011

Filem Al-Hijab

Selamat pagi! Semoga korang sihat sejahtera semua yea.. Ada tengok citer AL-HIJAB tak?? Err, tak tau?? tak pernah dengar?? Ala, filem baru lakonan dan arahan Pierre Andre tu <-- betul ke eja nama dia camni??

Hmm, meh aku citer serba sedikit pasal citer nie.. Bukan nak review sangat pun sebab aku ni bukan layan sangat citer-citer ni apatah lagi seorang kaki wayang.. Memang tak laa.. 

So, aku just cakap sepatah dua kata je la yea.. <-- kiasan je sebenarnye pun, padahal berpatah-patah jugak.. kan??? Hmm, mula-mula dalam fikiran aku, citer Al-Hijab ni mesti berkaitan dengan orang yang pakai tudung.. Pompuan la takkan laki pulak kan.. Aiyaa... Sama ada, dia jadi hantu atau pun dia kena rasuk atau sama waktu dengannya laa.. tu yang bermain dalam fikiran aku masa mula-mula masuk panggung..

Ok, start je citer, kita ditayangkan dengan kisah laki bini yang dalam perjalanan balik ke rumah tapi sesat.. Berpusing-pusing jalan yang sama selama berjam-jam.. Sehinggalah mereka terjumpa dengan sekumpulan lelaki yang meminta pertolongan di tepi jalan.. <-- Sebenarnya kat sini aku dah paham sangat, mesti motif dia kete rosak kan..

Tapi dia ubah la sikit, rupa-rupanya diorang tu pun sama sesatnya.. Nak dijadikan citer, lelaki-lelaki tu sebenarnya dalam perjalanan nak bawak tunang salah seorang daripada mereka yang kena rasuk.. Dan dari situ, adalah 2,3 scene yang nak kata seram takde la sangat, tapi menyuspenkan <-- cam pelik je ayat ni??.. Tapi camtu la lebih kurang.. mengejutkan kita dari lamunan.. Especially, bila si wanita yang kena rasuk ni menari-nari kat tengah jalan depan-depan bini mamat yang sesat tadi.. Dah la mamat tu takde.. Sampai hati tinggal bini dia sorang-sorang dalam kete.. Seram giler.. Mana taknya, mula-mula dok menari-nari kat tengah jalan, tengok sekali lagi, tiba-tiba dah takde.. dan macam biasa la trend citer hantu, DUDUK KAT SEBELAH!!! Fuhhh!!! Dan sampai kat situ je laaa kisah mereka-mereka ini..

Dan kita dihidangkan pulak kisah watak utama dia, Rafael yang menerima tawaran berlakon citer seram.. Nak dijadikan citer, si Rafael nie jenis yang kebal tahap gaban.. Langsung takde perasaan takut.. Tengok citer hantu pun boleh mengantuk.. Ishk3, teruk bebenorrr kamu ni yea.. Katanya makwe dia, Rafael ni kuat hijab.. <-- Haaa, ni la main point citer diaaa.. Aku mati-mati ingatkan hijab ni tudung je, rupa-rupanya ada maksud lain yea.. Mengenangkan hal itu, dia ambik keputusan untuk merasai pengalaman melihat makhluk lain dengan cara membuka  hijab di matanya.. Dan bila dah buka, macam-macam la benda yang dilihatnya.. 

Tapi sayang hijab yang dibuka sudah tak dapat dikunci dek kerana bomoh yang membukanya sudah meninggal dunia.. Maka tinggallah Rafael dengan dunia barunya yang dapat melihat pelbagai makhluk ghaib selama-lamanyaaaa... huhu..

Apapun, citer ni best je kalau korang nak layan.. Dan aku rasa ia merupakan filem seram terbaik Pierre Andre.. Filem yang lari daripada konsep filem-filem seram yang pernah kita tengok sebelum-sebelum nie.. Dan ia merupakan satu pembaharuan dan peningkatan dalam dunia perfileman negara! cewahhhh!

So, korang, apa lagi, seranglah panggung wayang berhampiran anda dan selamat menonton! peace ^^

12 comments:

Anonymous said...

best kew??
owh..
nak tgk la nanti dis weekend!

ILA HonEyBuNNy said...

best ka dear...

ada yang kata xbest...sebab tu ila xlayan...nanti tgk cd je la..ehheh

Misz Nuriz said...

Lelaki ini,
hmm, camne nak kata eh??
ok laa kot..
cuma ada la beberapa benda yg tak paham cam t'gantung..
tapi layan je.. :)

Misz Nuriz said...

Ila,
t'serah atas penilaian individu..
nak kata best sgt pun xde laa..
tp ok laaa..
a'a..tgk CD je la senang..yea dak??

Cik Orkid said...

cam best jer bile dengarnye . eh baca :P tapi tak berani nak tgk filem seram . muahaha ~

Elie Lily said...

sebab tu jangan pandai2 main bukak je hijab tu..kang tak dapat tutup, matilahhh!

Misz Nuriz said...

Cik Ordkit,
hehe.. ala, bkn takut sgt pun..
biasa2 jee..

Elie Lily,
ha, tu pasal..
bukak tu satu hal, pastu mintak postponed pulak bila bomoh tu nak tutup.. nak dijadikan citer, meninggal pulak bomoh tu..
tak pasal2 xleh tutup selama-lamanya..hu3

Selipar Putus said...

Nak jugak nengok cite ni..
ramai cakap best.

nuriz leh la belanje kite nengok ye.. hoho~

Misz Nuriz said...

selipar,
erkkk!! hehe
tengok la.. boleh la dikatakan best!

sue. said...

cerita yang sgt boring..=.( menyesal ikut kawan p..kita belanja pulak tu..haih..

ctk said...

ct pon igt tudung mula2...baru ct paham hijab tuape....cm menakotkan je...teringin nk tgk..hoho

Misz Nuriz said...

ctk,
tu laa..rupanya ada maksud lain kan??? xde la takut sgt.. tgk je.. ok citer dia..hu3

Related Posts with Thumbnails