PEACE ^^
12 October 2011
10 October 2011
Filem Al-Hijab
Selamat pagi! Semoga korang sihat sejahtera semua yea.. Ada tengok citer AL-HIJAB tak?? Err, tak tau?? tak pernah dengar?? Ala, filem baru lakonan dan arahan Pierre Andre tu <-- betul ke eja nama dia camni??
Hmm, meh aku citer serba sedikit pasal citer nie.. Bukan nak review sangat pun sebab aku ni bukan layan sangat citer-citer ni apatah lagi seorang kaki wayang.. Memang tak laa..
So, aku just cakap sepatah dua kata je la yea.. <-- kiasan je sebenarnye pun, padahal berpatah-patah jugak.. kan??? Hmm, mula-mula dalam fikiran aku, citer Al-Hijab ni mesti berkaitan dengan orang yang pakai tudung.. Pompuan la takkan laki pulak kan.. Aiyaa... Sama ada, dia jadi hantu atau pun dia kena rasuk atau sama waktu dengannya laa.. tu yang bermain dalam fikiran aku masa mula-mula masuk panggung..
Ok, start je citer, kita ditayangkan dengan kisah laki bini yang dalam perjalanan balik ke rumah tapi sesat.. Berpusing-pusing jalan yang sama selama berjam-jam.. Sehinggalah mereka terjumpa dengan sekumpulan lelaki yang meminta pertolongan di tepi jalan.. <-- Sebenarnya kat sini aku dah paham sangat, mesti motif dia kete rosak kan..
Tapi dia ubah la sikit, rupa-rupanya diorang tu pun sama sesatnya.. Nak dijadikan citer, lelaki-lelaki tu sebenarnya dalam perjalanan nak bawak tunang salah seorang daripada mereka yang kena rasuk.. Dan dari situ, adalah 2,3 scene yang nak kata seram takde la sangat, tapi menyuspenkan <-- cam pelik je ayat ni??.. Tapi camtu la lebih kurang.. mengejutkan kita dari lamunan.. Especially, bila si wanita yang kena rasuk ni menari-nari kat tengah jalan depan-depan bini mamat yang sesat tadi.. Dah la mamat tu takde.. Sampai hati tinggal bini dia sorang-sorang dalam kete.. Seram giler.. Mana taknya, mula-mula dok menari-nari kat tengah jalan, tengok sekali lagi, tiba-tiba dah takde.. dan macam biasa la trend citer hantu, DUDUK KAT SEBELAH!!! Fuhhh!!! Dan sampai kat situ je laaa kisah mereka-mereka ini..
Dan kita dihidangkan pulak kisah watak utama dia, Rafael yang menerima tawaran berlakon citer seram.. Nak dijadikan citer, si Rafael nie jenis yang kebal tahap gaban.. Langsung takde perasaan takut.. Tengok citer hantu pun boleh mengantuk.. Ishk3, teruk bebenorrr kamu ni yea.. Katanya makwe dia, Rafael ni kuat hijab.. <-- Haaa, ni la main point citer diaaa.. Aku mati-mati ingatkan hijab ni tudung je, rupa-rupanya ada maksud lain yea.. Mengenangkan hal itu, dia ambik keputusan untuk merasai pengalaman melihat makhluk lain dengan cara membuka hijab di matanya.. Dan bila dah buka, macam-macam la benda yang dilihatnya..
Tapi sayang hijab yang dibuka sudah tak dapat dikunci dek kerana bomoh yang membukanya sudah meninggal dunia.. Maka tinggallah Rafael dengan dunia barunya yang dapat melihat pelbagai makhluk ghaib selama-lamanyaaaa... huhu..
Apapun, citer ni best je kalau korang nak layan.. Dan aku rasa ia merupakan filem seram terbaik Pierre Andre.. Filem yang lari daripada konsep filem-filem seram yang pernah kita tengok sebelum-sebelum nie.. Dan ia merupakan satu pembaharuan dan peningkatan dalam dunia perfileman negara! cewahhhh!
So, korang, apa lagi, seranglah panggung wayang berhampiran anda dan selamat menonton! peace ^^
Labels:
Hiburan
05 October 2011
Nak hadiah RM200 tak??
Ce, mesti liar mata korang tengok tajuk kat atas tu yea.. haha.. Kalau pasal duit, memang peka bebenor nye.. Ni ha, ada announcement sikit nak bagitau.. Khas ditujukan buat sesiapa yang kreatif, berseni dan berbakat dalam penciptaan nukilan kreatif, bolehlah cuba-cuba nasib korang untuk join SAYEMBARA E-PANTUN MELALUI LAMAN SOSIAL “FACEBOOK”PERBADANAN PUTRAJAYA yang sedang hangat berlangsung sekarang sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan kerjasama GAPENA dan Dewan Bahasa dan Pustaka..
Event ni akan berlangsung selama 4 minggu berturut-turut bermula dari 1 Oktober hingga 28 Oktober 2011 dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 15 tahun ke atas yang mendaftar sebagai pelawat kepada Laman Sosial “Facebook” Perbadanan Putrajaya..
Sebanyak Tiga (3) hadiah mingguan bernilai RM200 setiap satu ditawarkan kepada pemenang yang akan diumumkan setiap minggu..
Untuk penciptaan pantun, Penganjur telah menetapkan tema bagi setiap minggu iaitu :
Minggu Pertama (1-7 Okt. 2011) -Putrajaya Pusat Pentadbiran Negara Yang Moden
Minggu Kedua (8-14 Okt. 2011) -Putrajaya Bandar Hijau dan Mesra Alam
Minggu Ketiga (15-21 Okt.2011) -Putrajaya Bandar Pintar bersendi Seni dan Budaya Kebangsaan
Minggu Keempat (22-28 Okt.2011) -Putrajaya Bandar Harmoni Alam, Teknologi dan Kemanusiaan
Bagi korang yang berminat dan nak tau lebih lanjut, bolehlah rujuk DI SINI yea atau pun DI SINI atau kalau nak lebih senang lagi, klik je kat pic di bawah.. :)
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
p/s : Hajat di hati, nak jugak join tapi bila tengok pantun-pantun peserta lain, huhhhhh! luluh hati ini.. dasyat-dasyat lagi kreatif semuanya.. Hmm, bagi peluang kat korang yang kreatif-kreatif ni je la mencuba nasib yea.. Doa banyak-banyak, insyaallah boleh punye.. ^^
Labels:
Informasi