Tiada apa yang lebih aku harapkan
Selain melihat mereka gembira
Melihat mereka tertawa bahagia
Menikmati kehidupan di dunia sementara
Yang semakin bersisa
Dimamah usia senja..
Kerana..
Aku tidak akan sesekali tega
Melihat mata bundar itu berkaca
Berkaca dek genangan airmata
Mengiringi ketabahan di sukma
Yang kian tercalar oleh masa..
Tidak sesekali aku tega
Melihat wajah yang amat aku puja
Kian suram setiap ketika
Di sebalik garis-garis tua
Memendam rasa duka di jiwa..
Aku jua tidak akan sesekali tega
Melihat beratnya bebanan
Deritanya ujian
Yang ditanggung sekian lama..
Sungguh!!
Dugaan itu membebankan!
Walaupun zahirnya tak kurasai
Namun di sudut hati, aku menangisi
Esak-esak kesedihan yang dialami..
Tatkala ku melihat jiwa tabahnya
Bila mana ku mendengar suara pasrahnya
Jiwaku bagai tidak keruan
Jasadku ini bagai hilang arah tujuan
Hancur!!
Luluh!!
Sayu hati kecilku!!
Tuhan,
Aku mengerti
Dalam tubuh ini mengalir darahnya
Firasat ini adalah nadinya
Nama ini adalah azimatnya
Jiwa ini adalah nalurinya
& sudah pasti, kami berkongsi derita yang sama!!
Selain melihat mereka gembira
Melihat mereka tertawa bahagia
Menikmati kehidupan di dunia sementara
Yang semakin bersisa
Dimamah usia senja..
Kerana..
Aku tidak akan sesekali tega
Melihat mata bundar itu berkaca
Berkaca dek genangan airmata
Mengiringi ketabahan di sukma
Yang kian tercalar oleh masa..
Tidak sesekali aku tega
Melihat wajah yang amat aku puja
Kian suram setiap ketika
Di sebalik garis-garis tua
Memendam rasa duka di jiwa..
Aku jua tidak akan sesekali tega
Melihat beratnya bebanan
Deritanya ujian
Yang ditanggung sekian lama..
Sungguh!!
Dugaan itu membebankan!
Walaupun zahirnya tak kurasai
Namun di sudut hati, aku menangisi
Esak-esak kesedihan yang dialami..
Tatkala ku melihat jiwa tabahnya
Bila mana ku mendengar suara pasrahnya
Jiwaku bagai tidak keruan
Jasadku ini bagai hilang arah tujuan
Hancur!!
Luluh!!
Sayu hati kecilku!!
Tuhan,
Aku mengerti
Dalam tubuh ini mengalir darahnya
Firasat ini adalah nadinya
Nama ini adalah azimatnya
Jiwa ini adalah nalurinya
& sudah pasti, kami berkongsi derita yang sama!!
9 comments:
sejauh mana kesengsaraan dan kesedihan yang kamu alami saat ini, ingatlah.. itu ujian dariNYA yg mempunyai seribu makna tersurat dan tersirat.
teruskanlah berdoa, moga semuanya dapat diselesaikan. walaupun saya tidak ketahui apakah puncanya, namun saya harap awak tabah dan sabar.
NMO2
Tq kak.. Yea.. Semua ujian itu dari Dia.. Actually, sy melihat kesengsaraan insan yg t'dekat dgn sy.. & sy turut merasainya...
Sgt2 merasainya..
salam...tabah menghadapinya....ustazah ila selalu pesan....sesusah mana pun kita....lmbt laun Allah akan menjnjikan ksngn juga.....insaf2....sbb tu ila kadang2 xmerungot...sebab egt kata2 ustazah..
Ila,
Tq atas p'kongsian.. :)
"Tuhan,
Aku mengerti
Dalam tubuh ini mengalir darahnya
Firasat ini adalah nadinya
Nama ini adalah azimatnya
Jiwa ini adalah nalurinya
& sudah pasti, kami berkongsi derita yang sama!!"
Sesungguhnya, hanya Allah mengetahui apa yg terjadi kat akak... semoga akak tabah menghadapi tiap ujian yg Allah berikan.
Jangan berhenti berdoa, kak...
betul tu... jangan berhenti berdoa keyh =)
setiap yg berlaku ade hikmahnye..
Hidayah,
yea..tQ dik..
doa la peneman hidup ini..
Minah,
thanks..
Semoga ketabahan sentiasa t'semat di hati ini.. :)
salam kenal..
lwt2 la blog sy yea..
ButikUmmi
Salam kenal jgk..
Insyaallah..
btw thanks singgah cni..^^
Post a Comment