23 March 2011

23/03/2011

Selamat Pagi dunia! Alhamdulillah, aku kembali lagi setelah agak lama menyepikan diri.. Tp takde la lama sgt pun.. Biasa2 je.. haha.. Maklum la, org baru abis exam kan.. haha.. Hepi giler.. Mudah-mudahan dapat la result yg baek2 yea.. x perlu la aku bersusah-payah nak amik lagi.. Penat woo nak amik byk2 kali..

Hmm.. byk lagi benda x settle sebenarnya nie.. Kursus la, exam tu la exam ni la apa semua.. Tp, biar la dulu semua tu.. Yg penting aku nak citer, ari ni aku masuk ofis dengan suasana yang baru.. Yea!! aku da bertukar seksyen.. walaupun still under office yang sama.. hehehe


Bukan apa, keje sama je kat mana-mana.. Cuma suasana nye la b'beza-beza.. Kalau kat tempat lama, kita da biasa, nak wat apa2 pun x kesah.. tp kat tempat baru nie, hmm, t'paksalah mengambil masa utk membiasakan diri.. Berdepan dgn bos baru, pegawai-pegawai baru, staff-staff baru.. Waduh!!! bkn benda senang..

Apapun, aku harap aku dpt bekerja dgn baik.. x kesah la kat mana2 pun aku ditempatkan, mudah-mudahan kerja aku b'jalan lancar & satu je pinta aku, moga diriku disenangi oleh org2 disekelilingku.. Tu je.. Insyaallah.. :)


18 March 2011

Exam ~~

Exam da dekat tp buku tak baca pun..
 


Doakan kejayaan aku yea..
 
p/s : Mujur la boleh belek2 buku time tu, kalau tdk, naya la... Thanks JPA coz menyenangkan kami yg mmg suka benda2 senang camni.. Harap2 soalan pun senang2 la yea.. Boleh la aku confirm cepat2 nanti..PEACE :)

15 March 2011

Jom layan citer Thai...

Korang ingat x dulu, TV3 selalu tayangkan citer Thai.. Kalau x salah aku, dlm slot "ASIAN POTPOURI".. Ala, yg masa siarannya pukul 4.30 petang tu.. Wuish, masa tu mmg syok x hengat la layan.. Time tu, aku dok kat sekolah asrama.. Abis je prep or belajar ptg, terus terkam kat dewan makan, bkn semangat nak minum ptg, tp nak tgk tv.. keh3.. Tp kalau menu minum ptg tu best, amik gak.. Makan sambil2 tgk tv la katakan, tp tunggu iklan dulu la baru gi amik.. Yea la syg nak tinggal citer kan.. haha

Citer thai ni pulak kebanyakannya best2.. Maklumlah, ajar tgk.. Bila da tgk, susah la nak tinggal kan.. Dalam byk2 citer, citer ni la yg paling aku minat.. PHOENIX BLOOD.. Memang sakit ati giler2 tgk citer nie.. Lebih-lebih lagi kat watak "APATCHA" tu.. Kalau boleh, aku nak blender lumat2 je dia nie.. Jahat yang amat watak dia.. Eeei, mmg sakit ati la..

 
Tp, memang best citer nie.. Lagu tema dia pun best..

Abis citer tu, byk la pulak citer lain2.. Antaranya, SODA & ICE TEA.. Hero dia hensem giler beb.. haha.. Best citer ni, lawak pun lawak..



Pastu, The Princess la.. Yang masih mengekalkan hero yg sama... Cee.. Mae Ai Sa Eun, Jealousy, The Gentlement.. n macam2 lagi la.. Biasa la, tajuk2 ni bkn nye ingat sgt..
 
Mesti korang ada t'tengok citer2 ni kan.. Tp, jgn risau, kalau korang nak mengubat kerinduan or nak tgk balik, cari je kat youtube.. Insyaallah ada.. Citer Phoenix Blood tu aku da jumpa da yg ada english subtitle.. So, sekarang ngadap youtube la hobi aku skrg.. haha.. 

Jadi, tunggu apa lagi, LAYANKAN je la...^^

14 March 2011

Bukan ku mahu kau pergi..

Bukan ku mahu kau pergi
Tapi, ku sedari
Jika kau pergi,
Ringanlah penderitaan..
Hilanglah bebanan..

Walau tak pernah dirasai
Namun, aku yang melihat
Merasainya dalam naluri..

Bukan ku mahu kau pergi
Kerana aku tahu,
Jika kau pergi,
Ada insan yang menangisi
Sedangkan aku tak akan mengerti
Kerana aku belum pernah mengenali..

Bukan ku mahu kau pergi
Walaupun aku fahami
Kalau kau pergi
Terlepaslah dari seksa ini..

Bukan ku mahu kau pergi
Walaupun aku yakini,
Pergimu menghadiahkan sesuatu yang berharga
Buat insan ini..

Sekali lagi aku lafazkan
Bukan ku mahu kau pergi,
Itu bukan niatku
Kerana aku tahu
Jika sampai masanya
Kau akan pergi..

Namun,
Melihat kau begini
Hati ini merayu kau pergi
Kerana
Walaupun kau masih ada di sini
Tetapi
Dirimu bagaikan sudah pergi
Dari sisi..

Jika diizinkan kau pergi,
Pergilah..
Kerana pemergian itu adalah jauh lebih baik untukmu..

10 March 2011

Aku tidak tega...

Tiada apa yang lebih aku harapkan
Selain melihat mereka gembira
Melihat mereka tertawa bahagia
Menikmati kehidupan di dunia sementara
Yang semakin bersisa
Dimamah usia senja..

Kerana..
Aku tidak akan sesekali tega
Melihat mata bundar itu berkaca
Berkaca dek genangan airmata
Mengiringi ketabahan di sukma
Yang kian tercalar oleh masa..

Tidak sesekali aku tega
Melihat wajah yang amat aku puja
Kian suram setiap ketika
Di sebalik garis-garis tua
Memendam rasa duka di jiwa..

Aku jua tidak akan sesekali tega
Melihat beratnya bebanan
Deritanya ujian
Yang ditanggung sekian lama..

Sungguh!!
Dugaan itu membebankan!
Walaupun zahirnya tak kurasai
Namun di sudut hati, aku menangisi
Esak-esak kesedihan yang dialami..

Tatkala ku melihat jiwa tabahnya
Bila mana ku mendengar suara pasrahnya
Jiwaku bagai tidak keruan
Jasadku ini bagai hilang arah tujuan
Hancur!!
Luluh!!
Sayu hati kecilku!!

Tuhan,
Aku mengerti
Dalam tubuh ini mengalir darahnya
Firasat ini adalah nadinya
Nama ini adalah azimatnya
Jiwa ini adalah nalurinya
& sudah pasti, kami berkongsi derita yang sama!!


08 March 2011

Test Your Mind!!!

Please take some time and read this to test your mind..

Membaca adalah suatu cara untuk mendapatkan informasi dari sesuatu yang ditulis. Membaca melibatkan pengenalan simbol yang menyusun sebuah bahasa. Membaca dan mendengar adalah 2 cara paling umum untuk mendapatkan informasi. Tapi, tahukah korang, membaca juga dapat menguji kekuatan kuasa minda/otak korang dalam mentafsir maklumat yang dilihat oleh mata. Nak tahu lebih lanjut? Jom tengok..

(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa jgua bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna):-

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too..
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can..

Do it in less than a minute:::

" i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!"

Jadi kalau anda dapat baca ayat tuh kurang daripada 1 minit, memang otak anda dapat berfungsi dengan cekap... ^^

04 March 2011

LIFE

LIFE IS A CHALLENGE - MEET IT

LIFE IS A GIFT - ACCEPT IT

LIFE IS AN ADVENTURE - DARE IT

LIFE IS A SORROW - OVERCOME IT

LIFE IS A DUTY - PERFORM IT

LIFE IS A TRAGEDY - FACE IT

LIFE IS AN OPPORTUNITY - TAKE IT

LIFE IS A JOURNEY - COMPLETE IT

LIFE IS A PROMISE - FULFILL IT

LIFE IS A LOVE - ENJOY IT

LIFE IS A BEAUTY - PRAISE IT

LIFE IS A STRUGGLE - FIGHT IT

LIFE IS A MYSTERY - UNFOLD IT

LIFE IS A GOAL - ACHIEVE IT

LIFE IS A SPIRIT/DIVINE - REALISE IT

03 March 2011

Dunia Oh Dunia..

Selamat pagi semua! Syukur alhamdulillah.. Aku masih di sini! Yea, masih setia di sini hari ini.. Bersedia melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada Sang Penciptanya, seorang pekerja bagi majikannya, seorang anak kepada ibubapanya, seorang sahabat kepada sahabatnya jua seorang insan yang sentiasa mendambakan kehidupan yang lebih baik dari hari ke hari...

Melakukan rutin harian kat ofis saban hari ni kadangkala membuat aku terfikir, apakah ada improvement dalam keje-keje aku sehari-hari?? Ikhlaskah aku?? Komitedkah?? Bak kata bos aku, kalau kat ofis ni, kita bekerja untuk rakyat tapi kat luar ofis, kitalah rakyat.. Apakah tujuan itu sudah tercapai?? Jujur aku berkata, belum...dan nyata ia perlukan perubahan..

Dan aku masih lagi berfikir.. Apakah masa 24 jam yang aku habiskan sepanjang hari itu bermakna??? Kemana perginya detik-detik itu?? Ke mana aku buang nilai waktu itu?? Bernilaikah??? Untuk tujuan apakah?? Kerana di fikiran aku masih terngiang-ngiang lagi kata-kata seorang Ustaz dalam satu program TV tempoh hari yang antara lain menyebut, sebenarnya masa 24 jam yang diperuntukkan untuk kita sehari-hari itu adalah tak lain tak bukan untuk 3 perkara.. Iaitu 8 jam untuk ALLAH.. 8 jam untuk diri-sendiri & 8 jam lagi untuk orang lain yakni masyarakat di sekeliling kita..

So, nilailah.. Apakah pembahagian masa itu telah kita penuhi?? Tak perlu nak menilai dari sudut pandangan orang lain, nilai saja diri kita sendiri... Ah, teori sememangnya tidak semudah praktikal.. Secara peribadi, memang terlalu jauh dengan apa yang aku laksanakan sekarang... & aku akui, masa yang aku habiskan selama ini langsung tak seimbang.. dan aku jugak tak nafikan, masaku masih terlalu banyak untuk dunia.. Yea, untuk dunia yang sementara.. yang tidak akan pernah kekal...

Tiba-tiba teringat lagu lirik lagu Kumpulan In-Team, PESONA DUNIA..


Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa ia kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan


Ya Allah, akulah hambaMu yang sering lupa.. yang sentiasa leka.. yang seringkali tewas dengan pujukan dunia.. Ampunkan segala dosaku Ya Allah.. Istiqamahkanlah aku dalam melaksanakan kewajipanku sebagai hambaMu & hindarilah aku dari perkara yang melalaikan aku dari mengingatiMu.. amin.....

Related Posts with Thumbnails