10 February 2011

Khairul Fahmi dapat banglo RM100,000

Ha, saja nak share berita psl penjaga gol femes ni, KHAIRUL FAHMI CHE MAT.. Alhamdulillah, murah rezeki dia.. Dpt jgk banglo sebijik.. Hmm, mmg cerah masa dpn da la..ha2..

Dan x lupa jgk kat pemain2
THE RED WARRIORS bagi musim lalu.. Dapat merasa jgk habuannya.. Syabas utk Kerajaan Negeri Kelate atas keprihatinan pihak mereka m'beri sumbangan..

Tahniah la yea sume.. Semoga selepas ini, anda semua lebih maju jaya n dpt m'beri khidmat yg t'baik demi sukan bola sepak negara..

KERAJAAN negeri meluluskan pembinaan sebuah rumah banglo setingkat bernilai RM100,000 di Pengkalan Chepa sebagai hadiah kepada penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang bertindak cemerlang membantu skuad kebangsaan muncul juara dalam Piala Suzuki AFF, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood, berkata tapak rumah itu yang terletak berhampiran kawasan rumah pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, disediakan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

“Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini (semalam) sudah meluluskan pembinaan sebuah rumah banglo setingkat di Taman Kurnia Jaya sebagai hadiah dijanjikan kepada Khairul Fahmi sebelum ini,” katanya, semalam. Pada 3 Januari lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengumumkan pemberian rumah kepada Khairul Fahmi sebagai hadiah mengenang jasa serta pengorbanan pemain kebangsaan itu.

Sementara itu mengulas mengenai ada pemain The Red Warriors yang tercicir daripada menerima sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 baru-baru ini, Abdul Fatah berkata, kerajaan negeri tidak terbabit dalam perkara ini kerana sumbangan sudah diberi kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Empat bekas tonggak Kelantan, Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Muhamad, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Azizi Mat Rose dikatakan dinafikan hak mereka dalam menerima sumbangan kerajaan negeri selepas membantu skuad Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010.

"Rezeki ambo wee..."katonyo Fahmi... ^^

Sumber : Berita Harian

5 comments:

NM02 said...

untung dia ek... tok nik aziz, buleh dok sedekoh ko kawe so? hehehe

Misz Nuriz said...

NMO2,
Em..rezeki la katakan..
Ha3..Kalau boleh mtk camtu je, kan bagus..
Tp tu la, dlm mimpi pun blm tentu dpt tu..hu3

HaN WarreN said...

tuah manusia siapa yang tahu kan?? :)

Misz Nuriz said...

hantwo,
betul tu..
^^

Raji and Yeen said...

woahhh untung btol
bler lah ak merasa dpt cmtu =="

Related Posts with Thumbnails