28 February 2011

Sekalung Budimu Guru..

Dulu, aku pernah tampilkan sajak yg ku cipta khas ini khusus utk melahirkan rasa penghargaanku yg tdk t'hingga kpd guru-guruku yg telah pergi menyahut seruan Ilahi.. Sesungguhnya merekalah insan-insan yg sgt berjasa.. yg byk berkorban menabur jasa demi mendidik kami, anak bangsa ini.. Namun, apakan daya, Tuhan lebih menyayangi mereka.. Itu suratan & ketentuan dari-Nya...

Dan sabtu lalu, aku kehilangan seorang lagi insan berjasa.. Allahyarham Ustaz Tajudin, ustaz yg pernah mengajarku mengenal Bahasa Al-Quran iaitu Al-lughatul Arabiah atau Bahasa Arab di SMKA WAtaniah Machang dulu jua telah pergi meninggalkan kami utk selama-lamanya..

Aku masih t'bayang-bayang lagi wajah Allahyarham Ustaz yg lembut menutur kata & ramah dalam bicaranya.. Tetapi, kita sebagai hambaNya yg kerdil lagi hina ini harus yakin & percaya dgn janji Allah bahawasanya setiap yg hidup pasti akan merasai mati..


AL-FATIHAH buat Allahyarham Ustaz Tajudin..



"Sekalung Budimu Guru"

Sekalung budimu Guru,
tak terhitung!
Mencurahkan ilmu
Sepenuh kudrat
Setulus jiwa
Demi tanggungjawab
Yang dikau sandang..

Guruku,
Walau pertemuan kita
Hanyalah singkat cuma
Namun, jasamu amat berharga
Kerana ilmumu itulah
Aku kini menjadi dewasa..

Guruku,
Masih ku ingat kata-katamu
Mendidik kami agar tidak alpa
Suaramu masih kedengaran
Memberi nasihat yang berguna
Budimu bagai ibunda
Melayan kami penuh mesra
Senyummu tak pernah lekang
Walau kami bermacam ragam..

Guruku,
Kini dikau pergi dulu
Meninggalkan kami yang masih rindu
Rindu akan didikanmu
Rindu akan nasihatmu
Rindu akan keluhuran budimu

Oh guruku,
Masih terbayang wajahmu di ruang mataku
Wajah yang suci
Sesuci pengorbananmu
Yang tersemat di hati kami..

Guruku,
Amanlah dikau bersemadi
Bersama para solihin
Hanya doa tulus seikhlas hati
Mampu ku hadiahkan
Bersama Al-Fatihah di hujung kalimat mengiringi
Pemergianmu ke alam abadi..

Guruku,
Tak terbalas budi yang kau tabur dalam diri kami
Menjadi pengorbanan yang amat dihargai
Tanda luhurnya hatimu yang murni
Sesungguhnya jasamu guru
Tetap terpatri dalam sanubari
Walau jasadmu dimamah bumi
Namun, dirimu masih ada disisi
Kerana ilmumu kini milik kami!

Guruku,
Benarlah
Sekalung budimu
Tak terhitung!
Menjadi sanjungan
Sepanjang zaman

Kami relakan kau pergi
Guru,
Moga jasa, pengorbanan jua budimu
Dirahmati Ilahi
Dan mendapat kasih
Serta lindungan
RABBUL IZZATI...



Cikgu, terima kasih utk segalanya..!


25 February 2011

Bila Waktu Telah Berakhir..

Hayatilah...



Opick - Bila Waktu Telah Berakhir
Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi


24 February 2011

AWAS!! Malware ada di mana2..

Fuhh... Memang sekarang musim virus m’jangkiti blog yea.. T’kena jgk biasnya kat blog aku nie.. Baru je aku melahirkan rasa kecian kat cik ila kita ni bila baca entry dia psl blog kesayangannya t’kena virus.. Aku dgn bangganya mengomen “ciannye.. jaga blog elok2 yea..” kan cik ila kan.. haha.. dah tu, ptg tu tetiba akak zitta yg baik ati ni bagitaw yg blog aku t’kena virus malware dari blog lain.. Aduhai, panjang umur betul la blog aku nie... Nasib2.. Apapun, time kasih bebanyak yea akak coz tlg bagitaw.. Kalau x, memang x perasan la.. Maklumlah, dok kat opis.. Hanya mampu guna internet explorer je la.. kalau guna google chrome or mozilla cepat gak boleh detect..


Hmm.. setelah berhempas pulas 7 ari 7 malam x tdo (tipu la tu..), akhirnya dpt jgk aku m’baikpulih blog aku yg t’chenta ini.. Penat woo.. T’bongkok-bongkok aku m’cari punca malware ni.. Bila da buang dari follower, ada lagi warning tu.. So, camne?? T’paksa la aku menyeksa diri cari link blog pembawa virus ni dlm ruangan komen n shoutbox.. Kena la merungkai satu2.. Bajet penyiasat la kononnya.. kah3.. Dah tu, nak menyenangkan keje, aku delete je sume mesej2 dlm shoutbox tu.. Baru puas ati aku...

Tp yg sedihnye, malware tu masih ADA!!! Adoiiiii... Degil betul la si bdk virus nie.. Bila dikaji2, upenye, kat dalam blog list aku tu masih ada link blog yg terkena virus tu!! Hampeh betul.. Bkn main aku menyeksa diri m'cari.. Ishkk.. Sgt2 menyusahkan la.. So now, kembali normal la blog aku nie... hihi.. n anda sume bole je terus menyinggah di sini yea.. Sila2 jgn malu jgn segan.. Wat mcm umah sendiri je...

p/s : Tak boleh salahkan blog pembawa virus tu jgk coz blog2 ni pun b'jangkit dgn blog lain.. So, bila da jangkit sana, jangkit sini, camni la jadinya.. Apapun, 1 pesanan dari aku, JAGALAH BLOG ANDA ELOK2.. Kalau boleh, BERHATI-HATILAH DI JALAN RAYA, INGATLAH BLOG YG TERSAYANG.. PEACE^^


23 February 2011

Renungkanlah sejenak..

Setiap bait kata2 itu memang indah kalau dibaca.. Namun, jika hanya indah di mata sahaja tanpa tersemat di hati, keindahan itu takkan bermakna lagi..









Hayatilah setiap kata2 indah itu, agar kita bisa memperbaiki diri kita ke arah kehidupan yg lebih baik di dunia dan akhirat.. INSYAALLAH ^^

17 February 2011

Wajah-Wajah Bilionair Malaysia.

Meh baca meh...


Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam.

Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.

"Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion," jelas kenyataan tersebut.

Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion.

"Terdapat tiga pendatang baru dalam senarai itu dengan dua daripadanya merupakan kemasukan kali pertama.

Mereka ialah Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd; Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd; Datuk Seri Stanley Thai dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd; Datuk Tan Heng Chew," ujarnya.

Sumber : Kosmo Online

14 February 2011

Penyesalan...

SEMALAM,
Ku lalui kehidupan seorang insan
Melewati setiap detik masa & ketika
Tanpa secalit kerisauan
Mencuri ruang di jiwa
Mengkritik laku seharian..

HARI INI,
Aku diselubungi dosa semalam
Terkapai-kapai di lautan kesesalan
Tercari-cari sisa kemaafan
Dek kerana ia telah berlalu
Hatiku jua terus terkeliru
Diburu kesalahan
Dibelenggu kesilapan
Yang membawa penyesalan..

ESOK,
Mungkinkah memberiku sinar harapan???
Menjernihkan kusut fikiran
Melenyapkan kisah-kisah silam
Yang menghantui diri
Agar aku bisa melangkah lagi
Meneruskan perjalanan hidup ini
Yang belum pasti..

NAMUN,
Ku sematkan dalam ingatan
Berhati-hati di landasan perjuangan
Supaya diri tidak tersasar
Dan tidak pula akan menyesal
Dalam menempuh segala cabaran
Menuju destinasi impian
Pastinya, mencapai puncak kejayaan!!!

12 February 2011

Akulah insan itu..

Akulah insan itu..
Yang malu meluahkan
Tapi sentiasa meyakini
Setia menghargai
Perasaan yang tulus
Datang dari nubari

Memang itu aku
Yang tidak termampu
Mengungkapkannya nyata
Walau hatiku kian mendesak
Tatkala ia hadir menganggu
Menyentuh kalbu yang bisu
Mendatangkan rona sayu
Menyelubungi jasadku

Sungguh itu aku
Memendam dalam sepi
Perasaan yang muncul tanpa dicari
Yang kumiliki tanpa perlu dibeli
Yang datang tidak pergi-pergi

Yea..
Memang!!!
Sungguh!!!
Akulah insan itu..
Yang masih setia memendamnya
Yang masih tak berdaya meluahkannya

Namun hati..
Ku mohon simpanlah rasa ini
sedalam-dalamnya
Kerana aku tahu
Walaupun lidah kelu bersuara
Tapi naluri ini masih tetap sama
Dan firasat ini tetap setia berkata

"Perasaan itu milikku & akan kekal menjadi milikku..
Kerana, aku ikhlas menghargai kehadirannya........"



10 February 2011

Khairul Fahmi dapat banglo RM100,000

Ha, saja nak share berita psl penjaga gol femes ni, KHAIRUL FAHMI CHE MAT.. Alhamdulillah, murah rezeki dia.. Dpt jgk banglo sebijik.. Hmm, mmg cerah masa dpn da la..ha2..

Dan x lupa jgk kat pemain2
THE RED WARRIORS bagi musim lalu.. Dapat merasa jgk habuannya.. Syabas utk Kerajaan Negeri Kelate atas keprihatinan pihak mereka m'beri sumbangan..

Tahniah la yea sume.. Semoga selepas ini, anda semua lebih maju jaya n dpt m'beri khidmat yg t'baik demi sukan bola sepak negara..

KERAJAAN negeri meluluskan pembinaan sebuah rumah banglo setingkat bernilai RM100,000 di Pengkalan Chepa sebagai hadiah kepada penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang bertindak cemerlang membantu skuad kebangsaan muncul juara dalam Piala Suzuki AFF, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood, berkata tapak rumah itu yang terletak berhampiran kawasan rumah pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, disediakan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

“Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini (semalam) sudah meluluskan pembinaan sebuah rumah banglo setingkat di Taman Kurnia Jaya sebagai hadiah dijanjikan kepada Khairul Fahmi sebelum ini,” katanya, semalam. Pada 3 Januari lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengumumkan pemberian rumah kepada Khairul Fahmi sebagai hadiah mengenang jasa serta pengorbanan pemain kebangsaan itu.

Sementara itu mengulas mengenai ada pemain The Red Warriors yang tercicir daripada menerima sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 baru-baru ini, Abdul Fatah berkata, kerajaan negeri tidak terbabit dalam perkara ini kerana sumbangan sudah diberi kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Empat bekas tonggak Kelantan, Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Muhamad, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Azizi Mat Rose dikatakan dinafikan hak mereka dalam menerima sumbangan kerajaan negeri selepas membantu skuad Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010.

"Rezeki ambo wee..."katonyo Fahmi... ^^

Sumber : Berita Harian

08 February 2011

Ce citer.. ce citer..

Kih3.. (gelak dulu sbb aku hepi pg nie).. Ha, sebelum aku lari tajuk, buka google ari ni, tgk la LOGO ni plk.. Biasa la, da paham sgt pun google punya logo selalu b'ubah2 ikut musim kan..


So, nak tanya la korang, kot2 taw kan.. Logo cam ni sempena apa ye??? Sekali nampak cam benda yg ada dlm kapal.. Siap ada hidupan laut bagai.. rumpai laut, kuda laut, ikan jaws pun ada..kah3.. Dah tu, boleh main gerak2 ag, kat atas, bawah, kiri, kanan.. Sapa yg xde keje ni bole la main.. kih3

Ha apa lagi, ce citer..ce citer kat aku yg tak taw menahu ni..^^

Tu je.. bye3..

p/s : Saje aku mls nak google, sbb t'lalu asyik tgk "LOGO" nie.. kah3


07 February 2011

Usha gambo la kejap..

Rasa cam lame je x letak koleksi gambo dlm blog nie.. Kan?? Sapa rasa lama, sila angkat kening sket!!! Ha, kan ramai yg jadi The Rock tu..

So, ari ni, jom la kita usha2 gambo kejap yea.. Gambo ntah hapa2 ntah.. Kreatif bebenor nampaknya.. Tgk je la yea.. ^^


















Related Posts with Thumbnails