Assalamualaikum.. *senyum - tak perlu kata apa-apa.. hehe.. tetiba je kan.. bukan apa, aku juz nak mengekspresikan betapa ceria & hepinya mood aku pagi nie.. selalu pun hepi gak, tapi hari ni rasa cam tenang je & lebih bersemangat untuk meneruskan rutin-rutin harian seperti biasa.. bagus la kan.. Hmm, dalam mood tengah baek lagi hepi & ceria-meria ni, eloklah jugak aku share-sharekan 1 tips yang aku dapat dari emel nie ha.. Semoga bermanfaat la yea.. ^_^
Tips Untuk Semangat dan Bermotivasi Setiap Pagi
Perkara terbaik (9 perkara) yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bangun dari tidur dengan mengingati dan bersyukur kepada ALLAH..
Memohon doa kepada ALLAH agar ALLAH bantu kita mendekatkan diri kpd Nya.. Semoga ALLAH beri ketenangan dan kekuatan serta semangat untuk kita terus bersemangat melayari kehidupan hari ini..
2. Bersyukur, bersyukur, bersyukur..
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari hari semalam...
3. Tekad bermotivasi..
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya kerana ALLAH dan dengan izin ALLAH.. Ambil masa untuk berzikir kepada ALLAH dan baca beberapa ayat Al-Quran atau hadis serta artikel-artikel motivasi pendek.. Di waktu awal pagi, elakkan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan, sebab ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari..
4. Dekatkan diri dengan sesi Motivasi..
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3.. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ini.. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak dijaga ia mudah hilang.. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan hilang keyakinan..
5. Walau apa jua yang anda lakukan, mulakan dengan Bismillah..
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, bacalah bismillah.. semoga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk dan kelihatan macam tak cukup ‘cas bateri’ saja.. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah.. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan dari ALLAH.. Masuk saja ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu.. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang, insyaAllah..
6. Set target kemajuan diri sendiri..
Ini juga kurang dititikberatkan.. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu.. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur.. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, macam tu je.. Mulai hari ini, ubahlah sikap anda.. Set target apa yang anda mahu capai, nak lagi best, setkan untuk setiap hari... Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda.. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.. Andai anda seorang pekerja plk, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya.. Ingatlah, kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan hasil kerjanya..
7. Lihat warna cerah kerana warna boleh mempengaruhi mood..
Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.. Setiap hari, lihatlah warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau.. Cara ni sgt berkesan! Di samping itu, dekatkan diri anda dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif..
8. Penuhkan hati dengan kemaafan dan lupakan segala kesalahan yang lampau..
Maafkan orang di waktu pagi dan malam (sebelum tidur).. Maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit), ia bisa menghalang diri kita dari bermotivasi.. Kesannya, anda akan jadi orang yang tak bersemangat.. lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif saja dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.. Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.. Beranikan diri anda untuk berubah untuk kecemerlangan hidup anda..
9. Amalkan membaca zikir al-Ma’thurat..
Al-Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.. Al-Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW.. Beliau telah memilih dan menyusun Al-Ma’thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka.. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma’thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam..

9 comments:
Tengs ats perkongsian ini.. :)
byk bsabar.blh mmtgkan sesseorg.
anonymous,
thanks singgah..
welcome..semoga b'manfaat hendaknya..^^
ana,
yes! semua itu pengalaman..
n bak kata org, belajarlah dari pengalaman..
krn pengalaman itu bisa mematangkan seseorang..
tips berguna....;-)
Ila,
thanks coz m'bacanya..
mudah2an b'manfaat la yea..
bgs nie.. :)
wa,meh lawat blog ak.
ak ad tag mg..
keno tag lagi ! hehehe
http://abbeydawnz.blogspot.com/2011/02/kene-tag-lagi.html
terima kasih.saya sedang kurang semangat dan motivasi untuk meneruskan hidup.saya juga kurang kawan..sahabat.tapi saya percaya jika diri dekat dengan Allah,pasti takkan kesunyian.insyaAllah
Post a Comment