28 January 2011

Idola Kecil 3 lagiiii!!!

Hai, idola kecil da lama abis.. tp aku still ada modal je nak citer psl diorang ni..hehe.. kalau dulu, masa masih b’langsungnya program ni, especially konsert final la, sibuk dok main b’teka-teki sapa juara.. tp sekarang, bila da abis n da taw sapa pemenangnya, sibuk la pulak nak cari lagu2 diorang.. yea la, masa final kan diorang dpt lagu sndiri.. best la.. ala2 AF jgk la.. bila final je, dpt lagu bonus.. lagu yg dicipta khas utk diorang..

Kalau diikutkan, lagu2 finalis Idola Kecil 2 musim lepas lagi best drpd lagu2 finalis2 musim ke-3 nie.. Sbb tu la, sume lagu diorang aku download x kiralah lagu sape pun,
dayana, azzam, ain, arill, tasya n termasuklah jgk si maulud tu pun walaupun aku x bape nak suka bdk nie.. tp ok la, lagu diorang sedap didengar.. walaupun simple2 je, maklumlah utk bdk2kan..


Hmm.. utk musim ke-3 ni, 1 lagu je bagi aku best.. first time dgr, da rasa waa, bestnye lagu nie.. so, apa lagi, terus je usha2 kat youtube semata-mata nak cari lagu nie.. nak taw lagu apa??? Ha, lagu nyanyian adik HADI duet b’sama adik BALQIS, tajuknya “MAAFKAN KU TERLEWAT”.. best woo lagu nie.. sekali dgr, rasa cam nak dgr lagi.. hehe.. x caya?? Cuba la dgr sendiri.. nie link mp3 dia..    
http://www.4shared.com/audio/icXVaFFP/Hadi_idola_kecil_3_-_Maafkan_K.htm n ni ada aku selitkan lirik dia.. hik3..





MAAFKAN KU TERLEWAT
Hadi ft Balqis Idola Kecil 3

Terdengar deringan bingit
Terganggu amat
Jam di tangan ku perlihat
Aku dah lewat

Oh hayun langkah dgn cepat
Menuju tempat
Ke destinasi dengan selamat
Aku masih lewat

Maafkanlah diriku
Ku meminta darimu
Tiada terlintas
Tiada niatku
Buatmu tertunggu-tunggu

Senyuman daku beri
Semanis gula hati
Indah menawan sanubari
Cinta kita kekal bersemi

Setinggi bintang kan juga ku gapai
Kan ku berlari sepantas keretapi
Segala ku harungi demi cinta yang suci
Kita menuju ke puncak tertinggi

Ku maafkan dirimu
Kerna itu pintamu
Tiada terlintas
Tiada niatku
Buatmu terburu-buru

Senyuman jua ku beri
Semanis gula hati
Indah menawan sanubari
Cinta kita kekal bersemi

Maafkanlah diriku
Ku meminta darimu
Tiada terlintas
Tiada niatku
Buatmu tertunggu-tunggu

Senyuman daku beri
Semanis gula hati
Indah menawan sanubari
Cinta kita kekal bersemi



p/s : cuba la dgr... best3.. saje mls letak video youtube kat cni sbb blog ni da ada lagu.. kan m’ganggu lak.. hik3..

27 January 2011

Tips-Tips Motivasi (SEMANGAT!!)

Assalamualaikum.. *senyum - tak perlu kata apa-apa.. hehe.. tetiba je kan.. bukan apa, aku juz nak mengekspresikan betapa ceria & hepinya mood aku pagi nie.. selalu pun hepi gak, tapi hari ni rasa cam tenang je & lebih bersemangat untuk meneruskan rutin-rutin harian seperti biasa.. bagus la kan.. Hmm, dalam mood tengah baek lagi hepi & ceria-meria ni, eloklah jugak aku share-sharekan 1 tips yang aku dapat dari emel nie ha.. Semoga bermanfaat la yea.. ^_^

Tips Untuk Semangat dan Bermotivasi Setiap Pagi

Perkara terbaik (9 perkara) yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :


1. Bangun dari tidur dengan mengingati dan bersyukur kepada ALLAH.. 


Memohon doa kepada ALLAH agar ALLAH bantu kita mendekatkan diri kpd Nya.. Semoga ALLAH beri ketenangan dan kekuatan serta semangat untuk kita terus bersemangat melayari kehidupan hari ini..

2. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.. 


Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari hari semalam...

3. Tekad bermotivasi.. 


Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya kerana ALLAH dan dengan izin ALLAH.. Ambil masa untuk berzikir kepada ALLAH dan baca beberapa ayat Al-Quran atau hadis serta artikel-artikel motivasi pendek.. Di waktu awal pagi, elakkan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan, sebab ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari..

4. Dekatkan diri dengan sesi Motivasi..


Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3.. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ini.. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak dijaga ia mudah hilang.. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan hilang keyakinan..

5. Walau apa jua yang anda lakukan, mulakan dengan Bismillah.. 


Bila anda mula punch card nak masuk kerja, bacalah bismillah.. semoga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk dan kelihatan macam tak cukup ‘cas bateri’ saja.. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah.. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan dari ALLAH.. Masuk saja ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu.. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang, insyaAllah..

6. Set target kemajuan diri sendiri.. 


Ini juga kurang dititikberatkan.. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu.. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur.. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, macam tu je.. Mulai hari ini, ubahlah sikap anda.. Set target apa yang anda mahu capai, nak lagi best, setkan untuk setiap hari... Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda.. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.. Andai anda seorang pekerja plk, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya.. Ingatlah, kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan hasil kerjanya..

7. Lihat warna cerah kerana warna boleh mempengaruhi mood.. 


Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.. Setiap hari, lihatlah warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau.. Cara ni sgt berkesan! Di samping itu, dekatkan diri anda dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif..

8. Penuhkan hati dengan kemaafan dan lupakan segala kesalahan yang lampau.. 


Maafkan orang di waktu pagi dan malam (sebelum tidur).. Maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit), ia bisa menghalang diri kita dari bermotivasi.. Kesannya, anda akan jadi orang yang tak bersemangat.. lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif saja dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.. Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.. Beranikan diri anda untuk berubah untuk kecemerlangan hidup anda..

9. Amalkan membaca zikir al-Ma’thurat.. 


Al-Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.. Al-Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW.. Beliau telah memilih dan menyusun Al-Ma’thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka.. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma’thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam..

Wallahu a'lam.. Semoga kita bisa menjadi insan yg lebih CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG selepas ini, Insyaallah..

24 January 2011

BLOGGER untung RM1 juta???

Tadi masa blogwalking, ada la terbaca berita pasal ni..
BERITA MINGGU (23 JANUARI 2011)



Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan
KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.

Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.....

Sori coz berita ni sekerat jalan je sbb Berita Harian sendiri suruh beli paper dia kalau nak baca lanjut, ha3.. tp, jgn beli yg ari ni la, sbb ni berita semalam punye yea.. jgn slh paham..

Hmm, untung besar betul la blogger2 femes ni yea.. t'masuklah jgk si empunya blog
RED MUMMY nie.. hik3..

Itulah yang dinamakan rezeki kan.. walaupun mungkin bagi kita, menulis blog ni hanya sekadar suka2 & mengisi masa lapang semata2 n letakkan iklan NUFFNANG tu pun juz sebagai penyeri je, maklumlah blog org lain sume ada kan.. so,kita pun nak la letak jgk walaupun pada awalnya, x taw langsung apa fungsinya..haha..

Tp tu la, kalau Tuhan dah tentukan di situ rezeki kita, maka apa lagi yg harus kita persoalkan??? terimalah dgn penuh kesyukuran.. Ingatlah, sesungguhnya
DIA MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...

p/s : Cuba la jenguk2 akaun NUFFNANG anda tu.. kot2 la da sampai RM1 juta.. kih3.. (mana taw kan??? tp, rasa2nya dlm mimpi bole la kot.. ^^)

19 January 2011

Siapakah anda?




Siapakah orang yang sombong?

Orang yg sombong adalah orang yg diberi peluang menikmati kehidupan tp mereka tdk mahu sujud kpd yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah S.W.T, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi dan langit kpd TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri..

Siapakah orang yang telah mati hatinya?


Orang yg telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun mereka tidak merasai apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat..

Siapakah orang yang dungu?



Orang yg dungu adalah orang yg tdk mahu beribadah tp menyangka bahawa Tuhan tdk akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dgn kemaksiatannya..


Siapakah orang yang kuat?

Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan..

Siapakah orang yang lemah?



Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan di depan matanya tp tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu..

Siapakah orang yang bakhil?



Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah S.A.W..


Siapakah orang yang buta?

Orang yg buta adalah orang yg tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya..

Siapakah orang yang tuli?


Orang yg tuli adalah orang yg diberi nasihat dan pengajaran yg baik namun tdk diendahkannya..

Siapakah orang yang sibuk?


Orang yg sibuk adalah orang yg tdk mengambil berat akan waktu solatnya seolah olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s..

Siapakah orang yang manis senyumannya?



Orang yg mempunyai senyuman yg manis adalah orang yg ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.." serta berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini".. sambil mengukir senyuman..

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?


Orang yg menangis airmata mutiara adalah orang-orang yg sedang bersendiri sambil mengagumi kebesaran Allah S.W.T dan menginsafi segala dosa-dosanya yg telah lalu sehingga mengalir airmata sesalnya..

Siapakah orang yang kaya?


Orang yang kaya adalah orang yg bersyukur dengan apa yang dimiliki selama ini dan tdk tamak atau haloba dgn kenikmatan dunia yg sementara ini..

Siapakah orang yg miskin?


Orang yg miskin adalah orang yg sentiasa tdk puas dengan nikmat yg ada dan sentiasa berusaha mengejar harta dlm kehidupannya..

Siapakah orang yang pandai?


Orang yg pandai adalah orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini hanyalah sementara cuma sedang akhirat kekal selama-lamanya..

Siapakah orang yang bodoh?


Orang yg bodoh adalah orang yg beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan..

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?


Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkatkan ilmu agamanya..

Siapakah orang yang mundur hidupnya?

Orang yg mundur dalam hidupnya adalah orang yg tidak pernah mempedulikan akan halal dan haramnya sesuatu perkara itu..

Siapakah orang yang gila?


Orang yang gila itu adalah orang yang meninggalkan sembahyang dgn sengaja sedangkan hanya dua syarat sahaja yg memperbolehkan seseorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya..

Siapakah orang yang rugi?


Orang yg rugi adalah orang yg sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan..

Siapakah orang yang selalu ditipu?


Orang yg selalu ditipu adalah orang muda yg menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua..

Siapakah orang yang paling cantik?


Orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak yg baik..

Siapakah orang yang mempunyai rumah yg paling luas?


Orang yg mempunyai rumah yg paling luas adalah orang yg mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang..

Siapakah orang yang mempunyai rumah yg sempit lagi dihimpit?


Orang yg mempunyai rumah yg sempit adalah orang yg mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya..

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yg mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah orang yang tidak berakal?


Orang yg tidak berakal adalah orang-orang yg menghuni neraka kelak kerana sekiranya mereka di dunia dahulu menggunakan akal mereka dgn berfikir bahawa neraka itu tempat azab dan siksa, tentu sekali mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yg dimurkai Allah sehingga menjerumuskan mereka ke lembah neraka..



12 January 2011

Tolong la FACEBOOK.....!!!

Sekarang kan, sana-sini org dok heboh citer pasal facebook akan di 'shut-down' kan pada bln Mac nanti..

Betul ke x, itu aku xtaw.. n aku bkn nye nak cerita kesahihan berita ni kat cni pun.. kalau nak confirm betul2, tanya la Mark Zuckerberg sendiri.. hehe

Tapi kan, tolooooooong la FACEBOOK, tolong betul2 tutup.. hahaha.. aku da penat ar.. dari pagi sampai malam, asyik 'engkau' je aku dok mengadap... aku da NAIK BOSAN taw.. tp, nak wat camne, aku tetap x boleh lari dari 'engkau'.. sbb keje aku 24 jam asyik dok menghadap komputer je.. n secara otomatiknye la, aku 'terngadap' engkau!!!


Pliss la.. kalau 'engkau' betul2 tamatkan riwayat, aku la org yg paling hepi n paling x hepi.. SEIMBANG bukan??? itulah yg aku mahukan..

Aku hepi sbb dgn ketiadaan 'engkau', masa n rutin harianku akan lebih t'urus.. kehidupanku akan kembali normal seperti sediakala.. tanpa m'buang masa memikirkan 'komen2 membina' utk ditujukan kpd sahabat2 mayaku.. tanpa melahirkan rasa kerinduan kepadamu tatkala 2,3 ari aku x m'log-in kan diri di lamanmu n yg paling penting, tak menzahirkan rasa syak wasangka @ was2 @ b'fikiran negatif dalam diri sahabat2 mayaku apabila melihat aku m'onlinekan diri di waktu keje.. aku tdk mahu lagi berada dlm situasi sedemikian.. plissssss

Tp kan, bila 'engkau' sudah tiada, aku juga sedih taw.. sbb byk benda2 yg aku enjoy wat sebelum nie da xdpt nak wat.. huk3..

Aku suda tdk bisa membina bandarku.. seperti mana yg ku lakukan dlm game CITYVILLE mu..

Aku jgk suda tdk boleh b'angan2 menjadi 'millionaire', yg memiliki aset b'juta2 dan mampu m'punyai bandar sendiri sama cam dlm MILLIONAIRE CITY..

Aku dah x boleh menguji mindaku lagi setelah enjoy mengujinya dlm WORD SEARCH selama nie..

N yg paling penting, aku da hilang 1 peluang utk m'dapat ilmu2 b'guna dgn cara yg begitu mudah.. juz log in n baca.. itu saja.. MUDAH kan???

YEA.. semua ini aku dapat dari 'engkau'.. laman sosial b'nama 'FACEBOOK'.. so sekarang ni, t'serahlah.. Namun, jauh di sudut hati ini, berharap agar 'engkau' SHUT-DOWN je la sbb aku dah bosan n muak utk mengadapmu lagi lantaran 24 jam sehari-hari mengadap walaupun pasti t'selit sedikit kejanggalan jika 'engkau' tiada lagi dlm hidupku nanti...^^


p/s : Rasa2 x shut-down pun, ada can lagi nie.. hehe.. anyway, terima kasih FACEBOOK kerana m'hubungkan aku dgn insan2 yg pernah hadir dlm kehidupanku selama ini.. insan2 yg datang & pergi.. yg dirindui & diingati.. yg dikasihi & disayangi.. terima kasih!!

10 January 2011

Epilog silam..

Ku dedikasikan lirik lagu drpd Kumpulan nasyid Haikal yg bagi aku sgt2 menyentuh jiwa.. hayatilah..

Epilog Silam - Haikal

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku...

Tuhan.. dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan.. ada yang dapat ku gagahi
Dan ada yang gagal ku hindari...

Tuhan.. dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit ku bersyukur...

Kini ku kembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku...

Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna ku yakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya....



01 January 2011

Hepi New Year 2011

"Ku langkahkan kaki ini 
Di hangat mentari pagi 
Ku syukuri hari ini
Aku masih berdiri..."

Yea.. kumulakan entry pembuka tirai di tahun baru, 2011 ini dgn serangkap lirik dari lagu "Ku Berlari" dendangan Kumpulan nasyid, Firdaus ft. Cat Farish & Akhbar..

Bait2 lirik yg kukira sgt2 sesuai utk m'interpretasikan perasaan ini khususnya setelah detik 01.01.2011 yg m'jelma ini, aku masih diberi kesempatan utk mengatur sisa2 langkah mengharungi p'jalanan kehidupan di atas dunia yg fana ini yg aku sendiri tdk pasti & tdk tahu bila ia akan dihentikan..

Namun, alhamdulillah... selagi kesempatan ini ada, selagi itulah kupanjatkan kesyukuran tak t'hingga kpd Dia, Sang Pencipta yg Maha Berkuasa atas segala-galanya di atas kurniaan usia yg pada hakikatnya semakin b'tambah dari tahun ke tahun namun, disebalik p'kiraan angka itu sebenarnya, peningkatan usia inilah yg semakin m'dekatkan kita dari masa ke semasa utk b'temuNya.. Yea.. itulah hakikat kehidupan yg harus kita terima.. sesungguhnya, deru nafas & segala yg kita miliki dlm kehidupan ini adalah pinjaman sementara dari Dia.. sampai saat dan ketikanya, ia pasti diambil semula.. sedarlah sentiasa wahai hamba...

Dan tiada apa yg lebih aku harapkan pada tahun 2011 ini melainkan diberi kesempatan utk m'perbaiki segala kelemahan dan nilai kehidupanku selama ini agar ianya m'jadi lebih baik drpd sebelum2 ini.. yea, bagiku, tdk b'makna kemunculan tahun baru & p'tambahan usia ke angka baru jika kehidupan kita masih di takuk lama.. inilah masa yg paling sesuai utk kita berubah.. m'perbaiki kelemahan diri jua m'insafi kekhilafan2 yg pernah kita lakukan sebelum ini..

Jauh di sudut hati, aku berharap agar usia yg b'tambah ini bisa mematangkan fikiranku utk mengatur langkah kehidupan yg lebih b'makna dan t'susun demi kehidupan yg lebih sempurna & diredhai olehNya.. apapun, keredhaan & rahmat dariNya jua kunci segala2nya..

So, SELAMAT TAHUN BARU 2011 ku ucapkan kepada pengunjung2 blogku sekalian, yg setia menyokong blog yg x seberapa ini.. TERIMA KASIH atas sokongan anda.. sy sgt2 m'hargainya.. terima kasih..terima kasih..terima kasih... ^^


Related Posts with Thumbnails