31 October 2010

Tahniah The Red Warriors!!!

Yeah.. jawapan kpd entry di bawah da t'jawab.. Alhamdulillah syukur sgt2.. sekalung tahniah diucapkan kepada team THE RED WARRIORS krn b'jaya merangkul PIALA MALAYSIA bagi musim 2010 dgn menundukkan skuad rusa atau Negeri Sembilan 2-1 malam tadi..

Saya sbg salah seorang drpd jutaan penyokong skuad kijang ni t'amat2 rasa hepi n bangga sgt2 dgn kemenangan ini.. sememangnya, penantian kami rakyat jelata Negeri Cik Siti Wan Kembang selama b'musim2 akhirnya b'akhir jua pada tarikh keramat 30/10/2010.. Tahniah2!! x sia2 jgk sorakan dan kehadiran lautan merah yg membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.. Kehadiran & sokongan anda sedikit sebanyak menaikkan semangat pemain2 TRW... Tahniah jua kpd anda wahai penyokong2 setia..


Hmm.. tiada apa lagi yg hendak diperkatakan.. semuanya sudah t'jawab.. & biarlah kegembiraan ini terus diraikan t'utama buat anak2 Kelantan... Ditambah lagi dgn cuti peristiwa hari ini yg diberikan oleh Kerajaan Negeri sempena kemenangan ini pasti akan menambahkan keceriaan mereka..

So, kepada rakyat Kelantan yg b'ada di Kelantan khususnya, selamat b'gembira la atas kejayaan ini.. Maklumlah, rakyat Kelantan yg dok kat negeri lain mmg da cuti pun ari nie kecuali Kedah n Terengganu je.. he3.. tp, xpe la, anggaplah ini sbg satu p'hargaan kpd anda.. pastinya, PIALA MALAYSIA akan diarak ke seluruh Negeri Kelantan hari ini..yeah2.. !!! dan sememangnya, saya nak tegaskan di sini bahawasanya saya benar2 bangga m'jadi ANAK KELANTAN!!!


p/s : x sia2 jgk la b'sorak dpn tv semalam... hik3 ^_^

28 October 2010

Final Piala Malaysia 2010 : Siapa Juara???

Debaran kian terasa..
Pertarungan akan b'mula..
Dua pasukan berentap b'sama..
Untuk merebut gelaran juara!!



Yeah!! Piala Malaysia 2010 semakin hampir ke kemuncaknya menyaksikan ulangan team final musim lepas kembali b'temu bagi merebut kejuaraan menggondol Piala Malaysia..

Pasukan manakah yg akan b'gelar juara bagi musim ini??? adakah skuad rusa aka Negeri Sembilan akan m'pertahankan kejuaraannya pd musim yg lepas lantas menunjukkan kepada dunia bolasepak Malaysia bahawa merekalah team t'baik yg kebal & yg tdk pernah kalah menentang pihak lawan??



Atau adakah skuad kijang aka The Red Warriors aka Kelantan negeri tumpah airmataku akan m'balas dendam atas kekalahan mereka terdahulu lalu beraksi dgn cemerlang & menghadiahkan kemenangan meraih Piala Malaysia musim ini sbg hadiah t'istimewa kpd Tuanku Sultan Muhammad ke-V & seluruh rakyat jelata yg sentiasa m'berikan sokongan padu kpd team The Red Warriors selama ini???


Sama2lah kita nantikan keputusannya pada malam 30 Oktober ini.. So, penyokong2 The Red Warriors sekalian, apa ditunggu lagi, dapatkan tiket2 anda sekarang walaupun mahal...he3.. sememangnya sy sgt pasti, harga bukanlah ukuran bg anda.. apa yg penting, sokongan & kesetiaan anda kpd pasukan kesayangan anda tdk pernah b'belah bagi..!!!

Pastikan tsunami merah melanda Stadium Bukit Jalil pada malam sabtu ini... Biarlah negeri Kelate senyap n sunyi seketika... asalkan Bukit Jalil gegak b'gempita dgn sokongan kita!! haha.. Akhir kata, "GO MORE KELATE GO MORE!!!!


p/s : Sek2 Kelate tu, jange wat darat sgt gak kat stadium tu.. biarlah sejarah dulu x b'ulang lagi.. jagolah perlakuan anda.. jange dok nakal sgt gak.. kito oghe jurus kae.. biarlah ore luar respek kito etek.. mugo adat p'tandinge ado kaloh mene.. kito terimo joh la keputuse male tu nyo.. kalu mene gak mujur.. kalu kaloh gak, kito cubo lg taun depe.. ko guano sek demo?? wat kiro la lagu2 mano pun.. he3..

ambo tgk telebise dumoh jah.. hu3.. =)



~~Lalalalala~~

22 October 2010

Bayangkanlah...



senyum je laa...

14 October 2010

Hadith: Kesan Istighfar


Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:


“Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.(Riwayat Abu Daud)



HURAIAN


1.Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah S.A.W. sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum.

2.Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadanya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

3.Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai, seseorang itu hendaklah sentiasa memperbanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.



10 October 2010

10.10.10

Lawa kan tarikh ari nie??? hmm, selalunye kalau tarikh lawa2 camni, org selalu wat something yg istimewa.. yg boleh mengingatkan mereka kembali kpd suatu kenangan yg indah & membahagiakan... cewah!! ala, macam majlis kawin tu... hmm, tp bg aku, tarikh lawa camni, harus dibuat entry baru.. ki3..

Ari ni ada 2 pasangan yg aku tau akan kawin.. First, angkasawan negara, DATUK DR.SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR & pasangannya DR.HARLINA yg majlisnya juga kalau x silap aku, akan ditayang di TV3 mlm ni.. Perkahwinan Kayangan ke apa ntah nama dia.. tgk la kalau nak taw.. pukul 9 mlm ni yea.. jgn lupa tu.. (promot2)

Gambar Dr. Sheikh Muszaphar & pasangannya semasa majlis pertunangan tempoh hari

n sorang lagi, bekas peserta program realiti IMAM MUDA yg jgk merupakan senior aku masa zaman sekolah dulu.. sapa lagi, kalau bkn ABE SYARA atau nama sebenarnya, Sharafuddin bin Suaut.. yea, Abe Syara akan menamatkan zaman bujangnya dgn gadis pilihan hatinya, NIK FARA WAHAYU, yg b'asal dari Machang Kelate yg juga merupakan kg aku..hi3.. So, sapa2 yg b'dekatan or b'jauhan yg rasa nak hadir memeriahkan majlis Abe Syara ni, boleh la b'buat demikian yea.. sbb semua dijemput hadir kata admin fb dia.. nak taw alamat lengkap, sila klik di sini ok!!!

B'seri-seri muka Abe Syara nie ha, maklumlah nak jadi raja sehari kan.. =)

Apapun, aku ingin mengambil kesempatan la kat cni utk mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" kpd kedua2 pasangan ni khususnya n kpd semua yg akan b'gelar raja sehari pd hari ini.. semoga berbahagia sentiasa & ikatan yg dibina ini akan b'kekalan hingga ke akhir hayat.. amin.. =)


06 October 2010

Entry tersirat, kalau paham baca..

He3.. biasa la kan, nama blog pun tersurat n tersirat.. kekadang ada benda yg kita boleh suratkan n t'kadang juga ada benda yg kita boleh siratkan.. begitulah.. hanya masa yg menentukan segala-galanya.. hmm, sebenarnya ari nie, takde apa yg nak diceritakan pun.. episod semalam masih belum b'akhir.. sejarah masih belum bisa terukir.. krn, kisah itu masih berlarutan sehingga ke hari ini.. tidak ada perbezaan.. tiada apa perubahan.. suasana masih sama.. masih seperti dulu..

Ah, susahnya hidup.. bila kesalahan tdk diperjelaskan.. bila suasana ceria dipalit kesuraman dgn tiba2.. apakah ini adil?? bilakah semua ini akan berakhir??? bingung aku dibuatnya!!

Ya Tuhanku, bantulah hambaMu ini.. berilah aku kekuatan.. Sesungguhnya, tiada apa yg sgt aku harapkan, melainkan rahmat kasihMu.. tuntunilah aku m'harungi perjalanan duniawi ini..

p/s : kadang2, kata2 juga tdk dapat m'tafsirkan makna yea.. hik3




03 October 2010

Damai Bersama-Mu (Chrisye)

Aku Termenung Di Bawah Mentari
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya Kasih-Mu
Kurasakan Damainya Hatiku

Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya Pada-Mu Tuhan
Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia

Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu
Akan Kutempuh Semua Perjalanan
Agar Selalu Ada Dekat-Mu
Biar Kurasakan Lembutnya Kasih-Mu...



Related Posts with Thumbnails