17 April 2010

Takziah buat keluarga Achik Spin..

Innalillahi wainna ilahi rojiun... Sekali lagi kita kehilangan seorang anak seni di persada muzik tanah air... Seorang insan yang bernama Abdillah Murad Md Shari atau lebih dikenali sbg Achik, vokalis kumpulan Spin...

Allahyarham meninggalkan kita petang tadi setelah terlibat dgn nahas jalan raya di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin.. Menurut sumber, Allahyarham menumpang kereta rakannya bersama sepupu setelah selesai mengikuti siaran langsung program "Hits 1" terbitan RTM... Namun, niat Allahyarham utk pulang tidak kesampaian apabila kereta jenis MPV yang dipandu rakannya itu terbabas lalu merempuh tiang papan tanda hingga menyebabkan kenderaan tersebut terbakar dan meletup.. Allahyarham maut di tempat kejadian manakala rakan dan sepupunya berjaya menyelamatkan diri...


Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kpd Allahyarham dan b'doa semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan org yg beriman & beramal soleh... Amin...... Al-Fatihah..

Sesungguhnya, kita milik Allah.. Dari Allah kita datang & kpd Allah jua kita kembali... Mungkin Allahyarham sudah tahu yang dia akan pergi dulu.. Jadi, Allahyarham telah membuat persembahan terakhir di RTM & Allahyarham juga telah selesai menjalani rakaman rancangan "Jangan Tidur Lagi" terbitan TV3 yang akan disiarkan pada hari Rabu minggu hadapan... Itulah hadiah terakhir Allahyarham kpd peminat2nya sebelum Allahyarham pergi utk selama2nya............

Gambar kenangan Allahyarham Achik Spin semasa majlis perkahwinannya..

6 comments:

amirah said...

sesungguhnya pd Allah kita kembali..
smOga arwah ditempatkan bersama Org2 yg beriman..
amin..

.:fifi:. said...

innalillah..
hurm
agak ngeri..

basefamilycrew said...

innalillah....
takziah untuk kuarge achik...
jangan tido lagi akan datang bersame achik kan???

Rashid said...

Takziah..

Moga rohnya ditempatkan bersama golongan orang yang beriman..

Captain said...

alfatihah kepada arwah yg masih muda pergi dahulu..semuga dicucuri rahmatNya.

iLhAm_bEcKs said...

moge rohnnye d tmpat d kalangn org beriman..

Related Posts with Thumbnails