30 April 2010

Juz for fun..

Aku sekarang mmg malas sgt3 nk menulis.. x taw nape... maybe sbb xde idea kot.. kalau ikutkan, mmg la byk benda yg aku lalui dlm hidup sehari2 nie.. tp, mls la nak citer.. kalau citer pn, ada org dgr ke??ha3.. sama gak, kalau tulis pun, ada org nak baca ke??hik3.. ayat simpati n penuh emosi...

Mls eh nak melalut pjg2, so, aku nk selitkan gambo2 nie je.. gambo yg b'jaya aku m'copy paste dari fb member.. alah, bkn gambo diorang la, dont wori b hepi.. gambo juz for fun.. hoho.. gambo yg diedit oleh org.. let's see yea..


Dengan kata lain, KELUAR la...


Nie, paham2 sendiri la.. mls nak explain... he3


Hik3.. amacam?? no komen eh.. ni bkn aku wat.. so, korang nilailah sendiri.. mls aku nak cakap apa2.. bagi aku, benda nie bkn apa pun, sesaje je.. ala, hiburan.. wat isi masa lapang..

Ha, 1 ag, aku da dpt baca hati korang.. mesti ada someone yg m'kritik gambo nie kan.. cakap merosakkan bahasa la, ntah hapa2 la.. ha, mesti ada kan.. aku da agak dah.. he3.. hmm.. lantak la.. setiap individu ada penilaian dia masing2.. so, kalau ada org b'anggapan camtu, t'serahlah.. yg aku taw, kita nie kaya bahasa.. & apa yg penting, BAHASA JIWA BANGSA!!!! ~~lalalala~~


29 April 2010

Bila da kreatif..

Hmm, ntah apa2 la diorang ni yea.. da x de keje sgt agaknya sampai kulit pisang pun dijadikan mainan.. ishk.. x patut betul.. org bila da abis makan tu, buang je la.. ha, tp ingat, jgn buang rata2 lak, nanti m'undang bala kat org lain kan susah.. x ke naya tu???? Buang la kat tempat yg sepatutnya...

Maybe diorang nie da t'lampau kreatif kot.. yea la, x cukup ngn kertas, kulit pisang pun boleh jadi bahan lukisan.. hmm, x taw nk kata apa da.. tengok je la hasil kekreatifan diorang nie yea...



Erk!!!! ni la padah kalau jadi penjenayah yg paling dikehendaki.. ke tali gantung jgk la jawapannya..


Amboi, sakan menari... tarian apa tu???hi3.. eh, jgn kacau, diorang ngah show sehati berdansa tu la,ha3...


Tolong, jgn pijak sayaaaaaaaaaaaaaaaa...................!!!

Akulah The Ninja Banana.... ha3


Sori, ikan lumba2 ni mampu wat show dlm sinki je...


Siang2 pun menyakat ke???ishk, hantu nie mmg nk kena la..



Da lanjut usia da tp still control macho..


Wah, pasukan koir la.. hi3.. nie nk kena potong markah nie, bawak lirik atas pentas..


Ganas n samseng x saya?????


SMILE.............


Hai... sy BananaBob.. nk kawan ngn sy x???


Ketua samseng Kg. Pisang..

Tu je... hmmmmmm, kreatif kan.....? hihi

26 April 2010

Motivasi....

Pagi-pagi nie, elok bebenor la kita mulakan rutin kehidupan kita dgn memotivasikan diri.. ha, sbb apa?? sbb motivasi nie penting taw.. penting sesangat utk m'beri kita kekuatan bagi meneruskan sisa2 kehidupan.. m'beri kita inspirasi utk kita tabah m'harungi dugaan & cabaran n yg paling penting, dpt m'beri kita semangat yg utuh agar kita dpt terus b'diri teguh di atas muka bumi Ilahi ini..

Hmm, cakap psl motivasi nie, ada pelbagai cara sebenarnya.. ada yg melalui lisan, tulisan, tatapan dan sebagainya.. tp jgn salah paham lak, sekarang ni bkn aku nak bagi ceramah motivasi taw.. ishk, pandai2 je.. nie ha, aku juz nk share kata2 motivasi ngan korang je...

Tp tu la, sebenarnya dlm hidup kita nie, da beribu2 kata2 yg kita pernah t'baca or t'lihat kat mana2 tp kita juz taw baca je.. langsung x nak hayati apatah lagi nak pratik benda tu kan??? hmm, sememangnya tiap kata2 itu indah tetapi keindahan kata2 itu akan hilang serinya jika kita tdk m'hayati maksud t'sirat di sebaliknya..


So, jom kita hayati kata2 indah n penuh motivasi nie..












Semoga kata2 motivasi ini dapat m'beri kekuatan & semangat utk kita terus cekal dan tabah dalam meniti titian kehidupan...

24 April 2010

LawaK Telinga

Jom baca citer lawak lak.. Tp x taw la kot2 korang dah taw or da t'baca citer nie.. Anyway, kalau ia ditujukan khas utk org yg x taw ag yea..hi2.. Meh baca sama2 meh..


Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalau ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.


Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga.


Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu. " Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.


Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama." Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". "Ya? saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.


Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak. 


Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh. "Bagaimana awak tau?" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana...."


Ha3... ;p


21 April 2010

Hargailah Masa anda

Aduhai cepatnya masa b'lalu.. hari ni da masuk 21 April da.. ishk3 lagi 9 ari kita akan melangkah plk ke bln Mei.. Yes, bln Mei... bulan favouriteku.. bln yg sentiasa aku tunggu2.. bkn sbb bulan Mei adalah jgk bulan kelahiranku, tp ada la keistimewaan bulan Mei nie yg wat aku t'nanti2 kemunculannya.. hi3


Bulan April sudah semakin tiba ke penghujungnya.......

Nak taw sbb apa??? sbb bulan Mei nie byk cuti..ha3... dulu la.. aku fokuskan keadaan aku dulu time masih di bangku sekolah.. bulan Mei kan ada cuti sekolah panjang.. cuti semester org panggil.. best woo... datang sekolah asyik t'ingat kat cuti je.... ish, ntah apa2... pastu, bulan Mei gak ada byk ari2 istimewa cam Hari Guru, Hari Ibu, Hari Pekerja, Hari2 n t'masuklah jgk Hari Jadi...ha3... byk kan???? hmmmmm... tp sekarang bukan nk cite psl bulan Mei tp nk citer psl masa sebenarnya...


Bulan Mei semakin b'siap-sedia utk membuka tirainya...

Kenapa begitu cepat masa b'lalu yea..?? sehingga kdg2 kita tak sedar pun ia meninggalkan kita.. Ni la org kata, MASA ITU EMAS.. tp kita hanya taw sebut je, tp x m'hayati pn istilah nie..



Perasan x, masa ni kalau time kita tunggu je mmg kita rasa lambat sgt ia b'lalu.. nk tnggu sehari tu mcm seribu tahun.. nak ibaratkan betapa lambatnya masa b'jalan.. & sebaliknya la.. kalau kita x tunggu, wuish.. cepat je dia b'lalu.. tadi je baru masuk ofis, da pukul 1 da.. contohnya la.. nk habaq betapa cepat pulak masa nie b'jalan.. dari saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam.. smpai kita pn x sedar ia b'jalan..

Sbb tu la aku nak ingatkan korang, jgn tunggu masa ni sbb automatic kita akan rasa ia lmbt b'jalan padahal pd hakikatnya ia tetap mengatur langkah yg sama.. jarumnya tetap mengikut putaran jam, x pernah melencong pergi kota bharu ke, kL ke.. destinasi dia hanya la pd titik angka, sama ada 1,2,3 dan sebagainya..

Hmm, tu la kita.. sebenarnya semua ni t'letak dlm diri kita je.. kalau kita pandai m'hargai masa, mmg kita x akan rasa pun masa tu cepat or lambat b'lalu.. malahan kita akan rasa masa tu b'gerak seiring dgn apa yg kita lakukan.. 


Jangan la sampai jadi macam nie.. wuishk, kalut bebenor la hang!!!

Bila sume org m'hargai masa, aku pasti la xkan ada lagi org yg kalut2 nk mengejar masa la, x cukup masa la n sebagainya.. sbb apa, kita sume ada 24 jam je sehari.. x de org yg lebih or kurang.. maybe kita da jenuh da dgr ayat camni kan.. mmg la kita miliki purata masa yg sama tp yg m'jadi masalahnye cara p'bahagian masa kita tu x sama dgn org lain... 



Tu yg jadi masalahnye.. bila org lain cukup 24 jam, kita x cukup.. nk lebih2 pulak.. eh, sapa kita nie?besar sgt ke darjat kita, tinggi sgt ke pangkat kita smpai kita nak dilayan begitu istimewa.. nak diberi lebih drpd org lain.. org bagi 24 jam sehari kita nak 25 jam.. dah la, cukup dgn apa yg kita miliki hari ini.. hargailah seadanya.. mmg susah la kalau kita xde sifat m'hargai dlm diri.. sume benda takkan m'jadi sempurna bkn setakat p'bahagian masa je tp apa jua yg kita lakukan dlm kehidupan ini..

So, hargailah masa anda.. buatlah kerja anda seiring dgn masa yg diberikan kpd anda.. jadilah seorang manusia yg bijak mengatur masanya.. sematkn dlm diri anda "aku boleh lakukan sekarang".. x perlu b'tangguh kelak kita juga yg lenguh.. x perlu m'cari alasan sbb alasan tu bkn la penyelesaian.. lakukannya sekarang.. selagi anda b'peluang melaksanakannya.. Ingat 5 perkara sblm 5 perkara.. & antaranya ialah lapang sblm sempit..



Renung2kanlah!!

20 April 2010

Cuci mata lagi..

Hmm, xde apa yg nk diciterkan kat cni... Kita juz cuci2 mata je la yea... Actually da byk blog2 yg publishkan gambo2 sejenis cam gambo2 kat bawah nie... tp x pe la, da xde gambo lain, taruk je la... hi3.. gambo apa??? em, sejenis makanan nie.. utk lunch.. sesuai bebenor la utk org yg kelaparan cam aku sekarang nie.. ha, tgk jgn x tgk yea...

Dora The Explorer..he3.. suka citer nie (^_^)

Spongebob Squarepant..

Ntah amende nie..


Rabbit kot..



X ketahuan eh..


Panda or bear.. pilih antara dua..


Burung dlm Sesame Street klu x silap..


Sesame Street gak..


The Simpson's Family


Rabbit lagi...


Hello Kitty!!!!!!!!


Budak sesat mana ntah..


Monkey Magic..


Da abis da menu hari nie.... amacam??? kenyang??? hi3


17 April 2010

Takziah buat keluarga Achik Spin..

Innalillahi wainna ilahi rojiun... Sekali lagi kita kehilangan seorang anak seni di persada muzik tanah air... Seorang insan yang bernama Abdillah Murad Md Shari atau lebih dikenali sbg Achik, vokalis kumpulan Spin...

Allahyarham meninggalkan kita petang tadi setelah terlibat dgn nahas jalan raya di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin.. Menurut sumber, Allahyarham menumpang kereta rakannya bersama sepupu setelah selesai mengikuti siaran langsung program "Hits 1" terbitan RTM... Namun, niat Allahyarham utk pulang tidak kesampaian apabila kereta jenis MPV yang dipandu rakannya itu terbabas lalu merempuh tiang papan tanda hingga menyebabkan kenderaan tersebut terbakar dan meletup.. Allahyarham maut di tempat kejadian manakala rakan dan sepupunya berjaya menyelamatkan diri...


Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kpd Allahyarham dan b'doa semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan org yg beriman & beramal soleh... Amin...... Al-Fatihah..

Sesungguhnya, kita milik Allah.. Dari Allah kita datang & kpd Allah jua kita kembali... Mungkin Allahyarham sudah tahu yang dia akan pergi dulu.. Jadi, Allahyarham telah membuat persembahan terakhir di RTM & Allahyarham juga telah selesai menjalani rakaman rancangan "Jangan Tidur Lagi" terbitan TV3 yang akan disiarkan pada hari Rabu minggu hadapan... Itulah hadiah terakhir Allahyarham kpd peminat2nya sebelum Allahyarham pergi utk selama2nya............

Gambar kenangan Allahyarham Achik Spin semasa majlis perkahwinannya..

16 April 2010

Do You Hate Someone?


A VERY NICE STORY WITH A GOOD MORAL. PLEASE GO THROUGH

A kindergarten teacher has decided to let her class play a game.

The teacher told each child in the class to bring along a plastic bag containing a few potatoes.

Each potato will be given a name of a person that the child hates,

So the number of potatoes that a child will put in his/her plastic bag will depend on the number of people he/she hates.

So when the day came, every child brought some potatoes with the name of the people he/she hated. Some had 2 potatoes; some 3 while some up to 5 potatoes. The teacher then told the children to carry with them the potatoes in the plastic bag wherever they go (even to the toilet) for 1 week.

Days after days passed by, and the children started to complain due to the unpleasant smell let out by the rotten potatoes. Besides, those having 5 potatoes also had to carry heavier bags. After 1 week, the children were relieved because the game had finally ended....

The teacher asked: "How did you feel while carrying the potatoes with you for 1 week?". The children let out their frustrations and started complaining of the trouble that they had to go through having to carry the heavy and smelly potatoes wherever they go.

Then the teacher told them the hidden meaning behind the game. The teacher said: "This is exactly the situation when you carry your hatred for somebody inside your heart. The stench of hatred will contaminate your heart and you will carry it with you wherever you go. If you cannot tolerate the smell of rotten potatoes for just 1 week, can you imagine what is it like to have the stench of hatred in your heart for your lifetime???"

Moral of the story: Throw away any hatred for anyone from your heart so that you will not carry sins for a lifetime. Forgiving others is the best attitude to take!
True love is not loving a perfect person but loving an imperfect person perfectly!!

15 April 2010

Bila Al-Quran mula b'suara...

Semalam, aku ada terima 1 emel nie dari rakan ofis.. Emel yg aku kira sgt2 b'guna utk tatapan kita semua... So, hari ni, aku nak kongsi la emel nie dgn rakan2 blogger n pelawat2 blog aku sekalian.. mudah-mudahan ianya b'manfaat utk kehidupan kita..

Renungilah b'sama..

Waktu engkau masih kanak-kanak
Kau laksana kawan sejatiku..
Dengan wudu', aku kau sentuh dalam keadaan suci,
Aku kau pegang..
Aku kau junjung dan kau pelajari..
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari..
Setelah selesai engkau menciumku mesra.........

Sekarang engkau telah dewasa..
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku..
Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang baru belajar mengaji.......

Sekarang, aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan..
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.
Kadang kala aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan.......

Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan...

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadangkala engkau lupa baca pembuka surah2ku (Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu
Begitu mengasyikkan....

Di meja kerjamu tiada diriku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
Email temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Malah untuk forward pun engkau rasa malas sekali
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku....

Bila malam tiba engkau tahan bersengkang mata berjam-jam di depan TV
Menonton bermacam-macam program yang belum tentu mendapat pahala
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekadar melayari facebook dan chatting sahaja.......

Waktu pun cepat berlalu
Aku semakin kusam dalam almarimu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
sewaktu kematian saudara atau taulan mu.......

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhan-Nya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolongmu?
Yang pasti ayat-ayat Allah yang ada padaku dapat menolongmu
Itu janji Tuhanmu, Allah Maha Besar......

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
Kubur yang setia menunggumu...........

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat
Dan akulah "Al-Quran", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.....

Peganglah aku kembali... bacalah aku kembali setiap hari
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibrail melalui Rasulmu .......

Keluarkanlah segera aku dari almari, lacimu....
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu....
Agar engkau senantiasa mengingati Tuhanmu.........

Sentuhilah aku kembali...
Baca dan pelajari lagi aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dahulu....
Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai.......

Jangan engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Sama-sama kita mengambil iktibar!!

***Nukilan Suzana Gha***




Related Posts with Thumbnails