30 December 2010

Hepi2..

Assalamualaikum.. wah, ceria2 semua pagi nie yea.. hehe.. maklumlah esok CUTI beb!! yahooo!!! aku pun tumpang hepi giler.. da lama menantikan saat2 cuti free camni.. haha..

Aku perasan ari ni n sejak mlm td lg, kebanyakan rakyat MALAYSIA dok heboh psl bola.. especially AFF Suzuki Cup nie.. sana sini citer pasal benda ni.. x kira la, dlm facebook ke, twitter ke, blog ke paper ke n mana2 je la.. hatta kat opis sekalipun... bola, bola n bola.. wuish, sgt2 dashyat wooo..



Apapun, b'kalung2 tahniah n syabas la aku ucapkan kpd wira2 negara kita atau lebih dikenali sbg team HARIMAU MALAYA, yg telah b'tungkus lumus membaham si GARUDA aka Indonesia mlm td.. tanpa jerih perih usaha dari kalian, tdk la kami semua rakyat MALAYSIA m'dapat CUTI FREE esok hari.. hahaha..



Terima kasih - 3x (curi trademark HAFIZAL HAMAD) kpd semua la yg t'libat dgn game mlm td.. bkn hanya kesebelasan utama yg diturunkan bahkan jurulatih, pegawai pasukan dan mereka yg telah banyak menabur jasa utk kebangkitan skuad Harimau Malaya ini.. Jua b'terima kasih lah kpd diri kita sendiri kerana terus setia menyokong pasukan negara.. sokongan kita semua sgt b'makna buat mereka...

Apa yg penting, sukan bola sepak kita sudah semakin maju ke hadapan.. dan kita sbg rakyat Malaysia harus sgt2 berbangga dgn nya.. tahniah sekali lagi..

Eh, dlm sibuk2 baca cerita psl bola, t'lihat lak benda ni..



x nampak??? tgk yg ni..

Amacam?? BANGGA lagiiiiiii... hahaha.. pemain MU nie...


p/s : Keeper kita tu, KHAIRUL FAHMI (bdk sebaya aku) da jadi insan femes 2,3 menjak nie.. apa taknya, dlm dia punye fanpage fb saja,da mencecah 100,000 fan setakat ni.. wah, kalah artis, kakaka... tahniah APEK!!!ambo respek dgn demo..

Jgn lupa, ESOK CUTIIIIIII!!!!! yahoooo!!!



28 December 2010

Saya Blogger Kelantan

Wah, jalan2 kat blog org td, t’jumpa la something yg menarik kat blog nie... Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri.. hmm, aku pun apa lagi, terus la m’joinkan diri, hehe..

Benda ni nak kata contest pun bukan, nak kata teka silangkata pun bukan.. nak kata teka-teki sah2 la bukan.. ntah org panggil hapa nie.. tp bagi aku, benda ni lebih kurang cam something yang nak m’perkenalkan diri kita or blog kita or negeri kita and apa2 je la b’kenaan dgn diri kita.. mcm tu la lebih kurang modus operandi dia wat benda nie.. tp menarik la gak kan.. bila ramai2 join.. geng2 negeri.. leh kenal2.. erat2 ukhuwah.. cee..

Memandangkan tajuk entry aku ni da jelas t’pampang “saya blogger kelantan”, so korang da boleh agak la aku org negeri mana kan.. x perlu la nak diberitahu lagi n da tiada rahsia lagi antara kita, cewah... ah, melalut pjg la plk, jom blogger2 sekalian, b’kenal2 mesra dgn kawe.. keh3

Ini dia Negeriku, KELANTAN DARUL NAIM..

Nama??? nama aku_tiewa (bkn nama sebenar) hehe.. nama aku misz nuriz sebenarnya.. nuriz apa??? pandai2 la korang tambah sendiri.. tu je yg aku nak bagitaw.. maklumlah dia nak nama glemer je kan.. kekeke..

Status??? kalau belum kawin org panggil apa ek??? bujang ke single ek???? hah, tu la kot jawapan dia..

Nak contact aku??? hah, pegi la kat web facebook tu, cari la nama misz nuriz.. klu ada, ada la.. klu xde nk wat camne kan.. kakaka... twitter pun ada, tp x aktif pun, x yah la susah2 nak add eh.. lagipun, aku lebih suka b’FB je..

Daerah/jajahan??? ha, ni ambo nok oyak nie.. ambo ni ore MACHE.. mache gapo??mache2.. kekeke.. mache la aka nama femes dia MACHANG..

Sila rujuk peta yea, nanti sesat.. ^^

Tempat tinggal??? umah ambo ko?? hmm, gini la, kalu kat mache ni, ambo duduk di kg hok atas sikit pado Batu 23 n bawah sikit pado Pulai Chondong, yo lo ko??? teko kg gapo??? ah, lantaklah betul ko dok... lalalala..

Tempat yg menarik di tempat anda??? hmm.. mache ado gapo eh??? ha, ada tempat2 camni..

Hutan Lipur Bukit Bakar

Kolam Air Panas

Hutan Lipur Jeram Linang

Dan b'mcm2 lagi la, bukan setakat kat Machang tp seluruh negeri Kelantan Darul Naim nie.. pegi la eh.. cuti2 Malaysia org kata..

So, tu je la sesi taaruf kita kali nie.. hehe.. sebelum aku undur diri, nak menyeru la kat blogger2 ni, sesapa yg rasa rajin nak join, meh la join.. sila2 jgn malu jgn segan klik kat web di atas yea.. tp sebelum wat entry psl ni tu, baca dulu syarat2 dia.. ada syarat2 jgk taw.. jgn main terjah je.. hehe

k, la.. wassalam..

p/s : ambo banggo jadi anok kelate we.. ^^

27 December 2010

Berakhir jua..

Assalamualaikum semua.. hmm, baru ku perasan, blog ni da lama x update upenye.. keh3.. sori yea, buzy sket.. biasa la..

Ha, mesti ari ni ramai blogger2 and reporter2 newspaper dok tulis pasal bola kan??? ki3.. da agak da.. maklumlah Malaysia menang besar smlm.. 3-0 tu..


Ari ni aku bkn nak citer psl bola pun.. juz nak fokuskan kpd kesinambungan entry di bawah ni je.. hehe.. sila2 lihat entry di bawah dulu baru anda mengerti..

Hmm, semua da sedia maklum, program feveret aku, x lain x bukan, IDOLA KECIL da melabuhkan tirainya utk musim ke-3 ari sabtu ari tu.. so dgn itu, lahirlah juara baru menyambung tradisi senarai juara2 t'dahulu yg dibarisi oleh WADA dan DAYANA..



Aku malas nak tulis panjang2 sebenarnya.. So, utk memendekkan cerita, sekalung tahniahlah aku ucapkan kepada para pemenang, iaitu adik HARRIS yang telah b'jaya dinobatkan sebagai juara IK3, adik PUTERI yang m'dapat tempat kedua dan adik BALQIS, org Ganu kiter yg cute tu m'dapat tempat ketiga..

Adik Harris



Adik Puteri


Adik Balqis

Syabas kpd semua.. sememangnya usaha mereka selama ini m'buahkan hasil.. TAHNIAH!!! Kepada penonton2 setia program ni, sama2 la kita tunggu musim seterusnya yea.. hehe...

p/s : suka bila dpt lihat peserta feveret, adiba n farra kat atas pentas.. t'ubat rindu akhirnya.. kekeke..^^


19 December 2010

Idola Kecilku da t'singkir..mood sedey..

Aduhai... aku pun x taw nape.. walaupun usia aku da 20-an, tp aku sgt2 meminati program feveret bebudak sekolah, IDOLA KECIL... he3.. mungkin sifat kebudak2an tu masih melekat dlm diri aku kot... Hmm.. aku mula tgk Idola Kecil ni pd musim pertama ag.. masa tu, x tgk live pun.. juz ulangan je.. time tu, pengacara dia, Zizan Raja Lawak.. bagi aku, x sesuai langsung dia jadi pengacara program ni.. sbb paham2 je la, dia ni suka wat lawak kan.. program ni lak, program nyanyian.. & kadang2 perlukan situasi yg serius especially time nak umum penyingkiran.. tp, bila pengacara pun da lawak, bayangkanlah camne??? kah3...

Bila da tgk musim p'tama tu, da tentu la aku x lepaskan peluang utk tgk musim kedua lak kan.. pengacara dia pun da b'tukar.. kali ni, Aliff Sattar la plk.. hmm, ok la.. tgk musim kali ni, mmg aku da jatuh minat la dgn program nie.. boleh dikatakan, tiap2 minggu aku tunggu siarannya.. dgn kata lain, setiap sabtu mlm, jam 9, pasti aku da t'pacak kat dpn tv semata2 nak tgk Idola Kecil.. Masa tu, da siap ada idola kecil feveret la.. hehe.. & adik itu x lain x bukan, fienaz n dayana.. bila tang fienaz t'singkir tu, uishh.. sedey giler beb.. tgk dak2 AF t'singkir pun x camni... tp, mujurlah Dayana menang.. t'ubatlah jgk kedukaan tu.. hik3..

Dayana n Fienaz Idola Kecil 2


Fienaz, Arill n Dayana

Ha, musim ketiga ni mmg excited sgt2 la nak tgk.. mmg da lama t'tunggu pun.. Mula2, masa tgk konsert first, tu minat kat adik nie, Adiba nama dia.. wuish, t'pikat betul dgr suara dia.. da la suara serak2 basah, nyanyi lak lagu ella.. mmg perfect la.. konsert kedua n ketiga tu, kena g kursus lak.. adoi, kacau daun betul.. t'lepas la tgk.. tgk konsert yg ke-4 tu, rasa cam pelik je, sbb adiba xde.. so, tak puas ati la nie.. tanya la member yg sorang tu.. yg juga penggemar program ni.. dia cakap, adiba da t'singkir.. hadoii mak, sedey siot.. baru je nak minat..

Yeahhhh!!! Adiba.. rockkkk!!!

Hmm, lepas tu, t'paksa la minat kat org lain lak.. ceee.. mcm korang la, minat dak2 AF.. aku minat Idola Kecil je.. hu2.. tgk konsert seterusnya tu, t'pikat lak ngan suara adik Farra nie.. suara pun lebih kurang suara Adiba gak.. serak2 basah.. so, semangat la ni tgk.. tiap2 minggu sokong Adiba.. tp yg sedeynya, tgk semalam punye konsert yakni konsert semifinal, Farra la plk t'singkir dgn 2 org peserta ag.. Adooii.. b'tambah2 sedih la diri ini.. hmm, ingatkan dpt la dia g final.. tp x kesampaian jgk..

Adik Farra..


Adiba n Farra (peserta feveret), dua2 da meninggalkan pentas Idola Kecil 3, huk3...

Nak wat camne kan, keputusan semuanya di tangan juri.. kalau guna undian SMS lain cerita la.. ni keputusan juri 100%.. tp kdg2 rasa cam x adil jgk bila juri diberi hak sepenuhnya m'buat keputusan.. tgk cam musim2 lepas, yg sepatutnya keluar x keluar n yg sepatutnya x keluar tu keluar.. camne tu?? mmg la juri tu profesional.. diorang lebih mahir dan tahu siapa yg lebih layak & x layak.. lagipun diorang ada kat situ, boleh nilai di mana kekurangan n kelemahan peserta.. tp kdg2 ketidakadilan tu b'laku jgk.. mungkin sesetengah pihak b'anggapan, ala, peserta yg dia minat keluar, mmg la dia rasa x puas ati kan.. cuba peserta feveret dia tu boleh g final dah tu menang plk, x kan adanya rasa ketidakpuasan ati tu.. ha, mesti ada suara2 sumbang yg melafazkan dialog camni kan.. tp, betul la.. ni pun salah satu sbb jgk.. tp dr sudut pemerhatian aku, sbg peminat setia program ni, ternyata b'laku ketidakadilan di situ.. mmg aku x nafikannya..

Ntah la, x taw nak cakap apa..tp bila tgk facebook bdk2 idola kecil 3 ni, mmg ramai la sependapat dgn aku.. hehe.. tp xpe la, nak wat camne.. mungkin nasib x menyebelahi adik2 kita yg x boleh pegi final ni.. especially farra la.. sabarlah yea dik, jgn sedey2.. adat program realiti camni la.. ada yg t'singkir, ada yg x.. teruskan p'juangan la yea.. adik2 sume masih muda.. p'jalanan hidup masih jauh.. so, jgn putus asa... lain musim cuba lagi.. hehe.. n kpd peserta yg bole g final minggu dpn tu, buatlah yg t'baik.. x sabar rasanya nak tgk juara baru IDOLA KECIL bg musim yg ketiga nie.. sapa la yg bertuah tu yea??? sama2 la kita nantikan...


Jangan lupa yea!!! ^^

17 December 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah..

Best ke citer nie?? aku x tgk ag nie.. tp, menurut citer org yg da tgk, citer ni boleh tahan la kelakarnya.. maklumlah, citer bro Mamat Khalid kan..

Hmm, aku sebenarnya bkn suka sgt tgk citer2 nie semua.. kdg2 je kalau aku layan pun.. dah tu, kalau layan pun citer2 yg b'genre camni la.. yg ada komedi2 n santai2 camni, ha.. memang aku b'minat sgt2 nak tgk.. best woo layan citer camni.. boleh gelak2.. sekurang2nya, mampu la kurangkan stress.. yea dak??

Aku ingat ag, citer Zombi Kampung Pisang bro Mamat Khalid ni, yg b'kali2 ditayang kat astro especially time raya, mmg layan la.. tgk la b'kali2 pun, tetap x boring punya.. perasaan nak gelak tu tetap ada.. mmg lawak sgt2.. yg paling x tahan bila tang si zombie2 tu sume dok sebut "OTAK" "OTAK".. Kah3..



Tp, tu citer Zombie, citer Hantu Kak Limah Balik Rumah ni pulak adalah kesinambungan drpd citer tu.. ha, mesti menarik kan.. nie ada info mengenai citer nie..


Pengarah : Mamat Khalid

Penulis & Lakon Layar : Mamat Khalid
Penerbit : Gayatri Su-Lin
Cerita Asal : Mamat Khalid
Pengarah Fotografi : Helmi Yusof
Pengarah Seni : Nazrul Asraff
Penyunting : Zappa Khalid
Syarikat Penerbit : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Fiksyen, Komedi, Seram, Misteri
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 09 Disember 2010Durasi : 100 min
Audio : Stereo
Format : 35mm

Pelakon dan Watak :

Awie sebagai Hussein
Man Kadir sebagai Pak Jabit
Zami Ismail sebagai Pak Abu
Johan Raja Lawak sebagai Abi Hurairah
Ummi Nazeera sebagai Cik Nin (Pelakon Utama)
Pekin sebagai Musalman
Shoffi Jikan sebagai Wak Joko
Avaa Vanja sebagai Ayu
Nadia Mustafar sebagai Nadia Mustafar

Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah :

Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,

Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.

Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah'.



So, tunggu apa lagi kwn2, pegilah menonton di pawagam2 berhampiran anda yea.. hehe.. citer ni da lama da kuar sebenarnya, cuma aku je baru ada hati nak menulis pasal nie.. hihi.. Selamat Menonton.. ^^

14 December 2010

Biar Berjauhan...

Hari ni, aku nak sajikan korang dengan lirik lagu dari Kumpulan Kapilla ni.. Lagu yang sangat-sangat jiwang.. Lagu yang penuh dengan kenangan.. kerana, lagu ini MENGINGATKAN aku kepada seseorang... yea!! SESEORANG... Dan tatkala mendengar lagu ni, fikiranku akan menerawang jauh mengingati kisah-kisah lama.. yang dah bertahun-tahun ku tinggalkan.. kisah-kisah manis yang akhirnya menguntum menjadi sebuah kenangan.. kenangan-kenangan indah yang akan terus kukenang.. buat SELAMA-LAMANYA... ^^

Biar Berjauhan

Biar menjauh dari menghampiri
Agar tak berulang kelukaan hati
Biarlah putus tak bersambung lagi
Andai diingati sedih pun kembali

Tak perlu berkirim salam
Tak perlu bertanya khabar
Tak perlu mengambil hati memujuk hati ini

Dan bila ku berhadapan teringat kenangan silam
Yang menghiris perasaan lama terpendam
Rasanya sudah terlewat untuk ku terima tiap kekesalan
Walau berbagai caramu tapi ternyatalah sia-sia saja

Biarlah aku dgn caraku
Selama ini tidak kau peduli
Sedari dulu tidak sedikit pun
Aku terima kasih dan sayangmu

Biarlah aku dgn caraku
Selama ini tidak kau peduli
Sedari dulu tidak sedikit pun
Aku terima kasih dan sayangmu

Biar menjauh dari menghampiri
Agar tak berulang kelukaan hati
Biarlah putus tak bersambung lagi
Andai diingati sedih pun kembali
 

p/s : dan saat ini, aku sedang merindui kenangan2 itu....
 
Related Posts with Thumbnails