28 September 2013

When September Ends..

Bulan bersilih ganti..
September akan pergi..
Oktober bakal mengganti..

Dan aku masih bertapak di sini..
Hadapi kehidupan hari ini..
Dengan keazaman tersemat di hati
Untuk terus memperbaiki diri..

Kurenung hari-hari sepi..
Hari-hari yang telah kulalui.
Hari-hari yang telah kuhabiskan
Di mana, bagaimana, kenapa, untuk apa?
Dan pelbagai persoalan lagi
Bermain-main di fikiran ini...
Menjengah menyesakkan mindaku..

Dan ku bayangkan hari mendatang yang masih kabur..
Masa depan yang tidak pasti..
Yang aku tidak tahu apa yang bakal terjadi..
Apa yang telah disuratkan buat aku..?
Bagaimana percaturan hidupku?
Persoalan yang akan kekal menjadi persoalan..

Apapun, kehidupan harus diteruskan..
Walau apa pun terjadi,
Walau sukarnya halangan menghalangi,
Walau beratnya ujian perlu ditempuhi..
Teruskan melakar perjalanan hidup ini..

Dan yakinlah percaturan Dia adalah yang sebaik-baiknya.
Kita hanya mampu merancang, Dialah yang menentukan..
Redhalah..
Pasrahlah..
Dia lebih mengetahui, sedangkan kita tidak tahu..
Berserahlah kepada Dia..
Terimalah ketentuan Dia..
Dan laluilah perjalanan kehidupan ini dengan senyuman..
Dengan penuh ketenangan..
Penuh keazaman..
Penuh rasa bertuhan..

Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa mendapat rahmat dariNya..
Mudah-mudahan....


Related Posts with Thumbnails