Selamat pagi! Alhamdulillah syukur(*tadah-tadah tangan*)kita masih dipanjangkan usia untuk menghirup udara segar di pagi 2 Zulhijjah 1433H ini dan seterusnya menjalani rutin harian kita seperti biasa di atas muka bumi ini.. skema sangat ayatnya kan
Hmmm, pagi-pagi ni rasa cam nak bernyanyi-nyanyi pulak.. hihihi.. Semarakkanlah aura-aura positif dalam kehidupan kita hari ini agar setiap saat yang dilalui hari ini akan sentiasa positif sehingga ke penghujung hari... Harap-harap camtulah yea.. Moh menyanyi-nyanyi lagu Ella dulu.. *motif sangat kan ajak menyanyi-nyanyi pepagi buta nie wakakakaka lantaklah ! Tak reti??? Tak pernah dengar??? Yea la tuh! sila search sendiri kat youtube! sekian! :p
Pagi yang indah ini Tersenyum sendiri Ciap miap burung di luar jendela Seakan memanggil namamu
Jika ku punya mata Nun di atas angkasa Kan ku tengok dikau Setiap ketika Dimana saja kau berada
Walau dimana pun dikau berada Berjalan atas bumi yang tua Akan ku turut serta bagaikan udara Simbiosis di antara kita
Aku tak pandai mengarang puisi Tidak ku pandai bermadah berseni Satu kalimah yang ku seikhlas tahu Hanyalah ku cinta padamu
Selamat datang Oktober! Dah seminggu Oktober menjengah kan.. Kejap je rasa.. Hmmm, hari tu aku ada belek-belek cerita kat youtube, terjumpa la satu telemovie ni.. Dan aku sangat-sangatlah rekomenkan kat korang kalau belum tengok lagi.. Actually cerita neh dah beberapa kali tayang kat RTM.. Kot-kot la ada yang terlepas pandang kan..
Cerita neh bertajuk "100 Hari".. Cerita yang sangat-sangat memberi keinsafan.. Sarat dengan pengajaran yang berguna.. Cerita yang bisa menghidupkan kembali jiwa yang mati.. Jiwa yang sering tenggelam dan tewas dengan pujukan duniawi.. Mengisahkan tentang kehidupan dua orang insan yang berbeza latar belakang (satu watak insan yang mengutamakan kehidupan akhirat dan satu watak lagi sebaliknya yang pentingkan keduniaan tanpa mempedulikan bekalan hari akhirat) menghadapi saat-saat 100 hari sebelum kematian mereka..
Sememangnya, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.. Begitulah hakikat kehidupan kita di dunia ini.. Apa saja yang kita miliki selama ini hanyalah pinjaman sementara dari Dia.. Semua milik Allah, bukan milik kita.. Tiba masanya, Dia akan mengambil kembali semuanya.. Termasuklah diri kita.. Nyawa kita.. Sampai masanya, kita akan pergi jua mengadap Dia Sang Pencipta!
Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa ia kan padam akhirnya Dunia ini hanya pinjaman Untuk menguji keimanan Akhirat nanti yang menentukan Balasan syurga ataupun neraka Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati
Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi
Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan
Luangkanlah masa anda seketika untuk menonton telemovie ini dan ambillah iktibar daripadanya.. Berdoalah agar suatu hari nanti, kita dipermudahkan urusan untuk bertemuNya dan pemergian kita adalah dalam keadaan baik sepertimana doa ini..
اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
“Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wa laa takhtim ‘alainaa bi suu il khotimah”
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah (kesudahan yang baik) dan jangan lah Kau akhirkan hidup kami dengan suul khotimah (kesudahan yang buruk)"